TDT 20

399 12 0
                                    

Keesokan harinya,

"Berapa hari cuti Mona?" tanya mama.

Ketika itu, dia dan Mona berada di kebun belakang rumah. Membersihkan dan menyiram pokok keladi mama. Abah pula bertugas di pekan dan Rayyan di rumah. Sengaja mama tak bawa, katanya biar Rayyan jaga rumah.

"Bukan hari, tapi minggu. Dua minggu enam hari," jawab Mona lalu mengisi baldi yang sudah kosong dengan air.

"Baguslah. Dah lama juga Mona tak balik sini."

"Ya," balas Mona ringkas.

Baldi yang sudah penuh dengan air, diangkat lalu bekas untuk mencedok air dimasukkkan ke dalam baldi. Perlahan-lahan tangannya mula menyiram pokok-pokok keladi mama.

Mama pula menanam pokok lada. Kedudukannya dengan Mona tidak jauh sangat.

"Siapa kawan Syai tinggal sana? Mona kan dah balik."

"Syai cuti sem. Kelmarin Mona balik dengan dia," kata Mona.

"Tak datang sini pun?" kata mama kerana biasanya Syai akan datang ke sini terlebih dahulu sebelum ke rumah orang tuanya.

"Entah dia," jawab Mona ringkas.

"Ooo..." terangguk-angguk mama.

Setelah itu, Mona dan mama berdiam diri. Sibuk dengan kerja masing-masing.


***


"Kenapa dengan bahu Mona?" tegur mama saat melihat Mona yang hanya berkemban di hadapan cermin. Anaknya itu kelihatan sibuk memicit jerawat pasir yang tumbuh dua tiga biji di dahinya.

Bahu Mona yang berparut masih direnung tajam. Setahunya, Mona tidak pernah ada parut di tubuh.

"Luka," jawab Mona ringkas.

"Sebab?" Mama benar-benar tak puas hati, dia nak tahu jalan cerita dan bagaimana luka itu boleh terjadi.

Takkan gaduh dengan Syai pula.. mustahil. Sangat mustahil kerana Mona dan Syai tak pernah bergaduh. Mereka sepupu yang sangat rapat.

Mona diam seketika lalu berkata,

"Ada lelaki entah siapa tiba-tiba rempuh Mona masa Mona baru keluar dari kedai. Badan Mona terhumban kat dinding berhampiran yang berbentuk pagar tajam, tu yang jadi macam ni... luka besar dan berparut macam ni," cerita Mona.

Dia cuma cerita separuh. Takut kalau dia cerita penuh apalagi membuka perihal Sadree, mama jadi risau dan tak nak dia balik ke KL lagi.

Eh. Sadree lagi.

"Nasib baik Mona tak mati."

Mona herot senyuman nipis mendengar ayat mama.

"Cepat sikit pakai baju dan keluar. Abah dah nak balik dari kerja, kita makan tengah hari bersama," kata mama sebelum keluar dari bilik Mona.

"Okey, bos!" laung Mona.

Dia mencapai T-shirt merah dan seluar palazo hitam lalu disarungkan ke tubuh. Rambutnya diikat gaya ponytail seperti biasa sebelum melangkah keluar dari bilik.

Di ruang tamu, Mona mendekati Rayyan. Dipukul lembut lengan adiknya itu agar memandangnya. Rayyan pun menoleh, memandangnya di sebelah kanan Rayyan.

Tangan Mona terangkat membuat isyarat tangan.

"Masa akak kat KL, ada siapa-siapa datang sini?" tanya Mona menggunakan bahasa isyarat.

Rayyan mengetuk dagunya perlahan seperti sedang berfikir. Ketika dia menjawab soalan Mona, Mona terdengar suara abah memberi salam lalu Mona menoleh memandang abah tanpa perasaan akan jawapan Rayyan dalam bahasa isyarat.

"Assalammualaikum?" ucap abah yang baru balik dari kerja.

"Waalaikumsalam," balas Mona bersama senyuman manis memandang si abahnya.

"Mana mama?" tanya abah terus.

"Dalam dapur kot," jawab Mona.

"Oh," terangguk-angguk abah lalu membawa langkah masuk ke dapur.

Mona memandang Rayyan yang kembali fokus kepada tv di hadapan. Dia ingin bertanya soalan tadi tapi Rayyan macam tak perasaan pula akan keberadaannya di situ walhal tadinya dia dah siap utarakan satu soalan kepada Rayyan. Akhirnya Mona mendiamkan diri.

"Mona, bawa Rayyan ke sini. Tutup tv tu. Jom kita makan," panggil mama dari dapur.

"Baiklah, mama" kata Mona.

Lengan Rayyan ditepuk.

"Mama panggil, jom kita pergi makan" kata Mona menggunakan bahasa isyarat.

Mulut Rayyan berbentuk 'o' lalu dia bangun mematikan tv. Mona juga bangun berdiri. Setelah itu, keduanya berjalan beriringan menuju ke dapur.




Happy reading
3|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now