"Assalammualaikum?"
Syai yang baru pulang dari kedai menoleh ke belakang memandang si pemberi salam.
"Waalaikumsalam. Ada apa ya?" tanya Syai. Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki kurus dan hitam.
"Aku nak cakap sesuatu kat kau," kata lelaki itu.
"Apa dia tu?" tanya Syai.
"Aku nak bunuh kau!" Serentak itu, sebilah pisau kecil dikeluarkan oleh lelaki itu dari poket seluarnya.
Belum sempat dia hendak menusukkan pisau itu di perut Syai, tiba-tiba ada tangan lain menepis tangan lelaki tersebut.
"Ishraf..." hampir menangis Syai menghadapi situasi itu.
Mengapa dia hendak dibunuh? Tiba-tiba pula tu. Setahu Syai, dia tidak mempunyai sebarang musuh. Nasib baik Sadree muncul dan menyelamatkannya. Jika tidak, innalillah jawabnya Syai hari ni.
"Kau kerja untuk siapa?" bisik Sadree keras ke telinga lelaki tersebut.
"Kau siapa nak masuk campur urusan aku?" tempik lelaki kurus tadi.
"Kau cakap atau aku bunuh kau," tangan si lelaki kurus yang masih dipegang oleh Sadree dipusingkan oleh Sadree ke perutnya.
"Pergi mampuslah kau! Aku tak akan cakap."
Zuuuppppp!
Pisau itu ditusukkan oleh Sadree ke perut lelaki tersebut sebaik sahaja mendengar lelaki tersebut berkata demikian.
"Ikut saya. Kemas baju-baju awak," kata Sadree kepada Syai yang terlopong.
Setelah itu, tanpa mempedulikan Syai, Sadree menelefon anggota polis, rakannya untuk menyelesaikan mayat lelaki tadi.
Tergesa-gesa Syai masuk ke dalam rumah, akur akan kata-kata Sadree meski dia sebenarnya takut dengan Sadree yang begitu berani membunuh lelaki kurus tadi.
***
"Ya Allah! Jadi, awak kat mana sekarang? Lelaki tu datang balik tak?" soal Mona risau mendengar cerita Syai di corong telefon.
"Saya kat rumah parents Ishraf..."
Ishraf tu... Sadree lah kan.
"... Ishraf selamatkan saya dari lelaki tu. Lelaki tu tak akan datang balik sebab dia dah mati."
Mona terdiam. Sadree membawa Syai ke rumah ibubapanya demi keselamatan Syai. Baiknya hati awak, Sadree.
"Syukur kalau macam tu. Awak dah makan ke tak ni? Dah pukul sepuluh malam pun," kata Mona.
"Dah. Umi iaitu umi Ishraf masak ayam masak merah. Sedap, Mon..." kata Syai, teruja.
"Wah.. untungnya awak, dah merasa masakan bakal mentua. Haha," gelak Mona hambar.
"Insha-Allah. Hehe. Eh tadi kan... Ishraf ada tanya awak kat mana."
"Jangan bagitahu yang saya kat kampung," kata Mona laju.
"Iya, saya tahu. Tadi saya cakap yang awak tinggal kat rumah kawan yang lain," kata Syai.
"Baguslah kalau macam tu. Nombor baru saya ni pun, jangan bagi dia tahu."
"Baiklah, Mon. Tapi kenapa awak perlu mengelak dari dia? Dia baik tau. Tak macam lelaki lain," kata Syai, lembut.
"Tak ada apa. Hm. Saya nak masuk tidur dah. Awak jaga diri sana. Assalammualaikum?" kata Mona laju, takut Syai bertanya mengapa dia mengelakkan diri dari Sadree.
"Waalaikumsalam. Sleep tight, my baby... "
"Iya. Awak juga," balas Mona lalu memutuskan talian.
Tut!
Mona melemparkan telefonnya di tepinya setelah itu. Rambut panjang paras pinggangnya yang mengurai dikusutkan.
"Siapa lelaki yang nak bunuh Syai eh? Syai tak ada boyfriend so mustahil lelaki yang nak bunuh dia tu boyfriend atau ex boyfriend dia. Atau pun, musuh Sadree? Sebab nampak Sadree rapat dengan Syai. Atau, pembunuh upahan?" fikir Mona.
"Astaghfirullahaladzim..." isighfar Mona lalu menepuk dahinya.
"Apa aku fikir ni?" cepat-cepat dia berbaring.
Matanya cuba untuk ditutup namun tetap juga tidak mahu bertutup. Nak buka juga. Mona pun membuka matanya. Siling bilik direnung, tabiatnya yang memang tidak boleh dipisahkan dengannya sejak dahulu jika dia tidak boleh melelapkan mata.
Tepat pukul sebelas malam, Mona menutup matanya kerana mula berasa mengantuk.
"Kalau aku suka kau, kau suka aku tak?"
Terbuka mata Mona luas-luas. Soalan Sadree tempoh hari di tasik tiba-tiba sahaja menjengah mindanya, terngiang-ngiang di telinganya.
Kenapa juga saat ini kau nak terngiang-ngiang konon.
Mona menghela nafas berat.
Susah.
Terlalu susah untuk lupakan Sadree.
Walhal lelaki itu hanya melakar beberapa kenangan pahit dalam dirinya. Tiada kenangan manis seperti madu, semuanya hanya pahit seperti hempedu.
Mona kembali memejamkan matanya. Surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi dibaca berulang kali agar tiada lagi gangguan selepas ini. Dia nak tidur. Esok awal pagi dalam pukul enam kena turun kebun, membantu mama menoreh getah.
Biasanya orang lain akan menoreh pukul dua tiga pagi tapi Mona dan mama tak. Diaorang buat pembaharuan dengan menoreh getah pada pukul enam pagi.
Happy reading
7|3|2020

ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...