TDT 07

474 15 0
                                    

"Kenapa Encik Haiqal nak jumpa dia, kak?" soal Aimi tidak puas hati apabila Mona sudah berlalu pergi dari situ.

"Mana akak tahu. Kamu tanyalah dengan Mona atau Encik Haiqal sendiri," kata Kak Mi selamba.

Dia memang tahu Aimi menyukai Haiqal semenjak hari pertama Aimi masuk bekerja di dalam syarikat ini. Tak tahu mula dari mana dan macam mana tapi yang pastinya Aimi memang sukakan Encik Haiqal. Dah banyak kali dia cuba mendekati Haiqal tapi tak pernah juga dapat-dapat, tak pernah berjaya.

Aimi bukan tak cantik. Dia sangat cantik, tinggi lampai, langsing dan hyperactive. Cuma perangai mengada dia kot yang membuatkan Haiqal tidak mahu melayannya lagipun Haiqal memang tidak melayan kaum Hawa. Tidak pernah lagi di hadapan mata Kak Mi selain Mona.

"Nak tanya dengan Encik Haiqal, mana dia nak layan Aimi. Nak tanya dengan 'perempuan' tu, geli pula nak bercakap dengan dia. Baik Aimi diam," kata Aimi.

"Baguslah diam, tak payah nak masuk campur hal orang. Kamu memang dari dulu suka sangat bertengkar dengan Mona takut pula Kak Mi suatu hari nanti Aimi akan rindukan dia."

"Heh, kak... tak ada maknanya Aimi nak rindu-rindu perempuan tu lah. Kak Mi ni suka sangat cakap kosong!" tinggi suara Aimi memarahi Kak Mi.

Terhinjut bahu Kak Mi sebelum kepalanya tergeleng-geleng perlahan. Begnya dicapai. Tanpa berkata apa-apa, dia meninggalkan Aimi berseorangan di situ.

Aimi mendengus kasar. Sejak Mona masuk kerja dalam syarikat ini, Kak Mi seperti mula menjauhi dirinya. Bukan Kak Mi sahaja, semua kawannya juga mula menjauhinya lalu mendekati Mona. Haiqal juga sama. Perhatian mereka kini lebih tertumpu kepada Mona.

Tapi, kenapa Haiqal juga termasuk?!

'Ubat' apa juga yang Mona dah guna sehingga membuatkan Haiqal yang tak pernah berbual apatah lagi nak rapat dengan mana-mana kaum Hawa tiba-tiba rapat dengan Mona? Tak boleh jadi ni. Kena halang.

Buk!

Meja yang berada di hadapannya ditumbuk geram. Kesian meja tu menjadi sasarannya untuk melampiaskan kemarahan.

***

"Rayyan nak datang KL? Bila tu, dik?" tanya Mona menggunakan bahasa isyarat tangan kepada Rayyan dalam panggilan video.

Rayyan membalas dengan isyarat tangan juga iaitu 'penerbangan 17 haribulan.'

"17 haribulan tu maknanya lusa. Rayyan pergi dengan siapa?" tanya Mona.

Rayyan membalas dengan berkata, 'kawan-kawan dan cikgu-cikgu sebab kami nak buat lawatan kat sana.'

Terangguk-angguk Mona tanda faham. Pada awalnya, dia menyangka Rayyan ingin ke tempatnya kira nak lawat dia tapi bila Rayyan cakap nak buat lawatan dan datang dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan dia, baru Mona faham. Ada rasa terkilan juga Rayyan tak dapat nak jumpa dia.

"Nanti datang KL, hati-hati. Dengar apa yang cikgu-cikgu Rayyan cakap" pesan Mona.

Rayyan hanya mengangguk dan tersenyum lebar. Haish... dah tingkatan tiga pun tetap nampak comel juga. Anak bongsu katakan.

Setelah itu, Mona berbual kosong dengan Rayyan sebelum Rayyan memutuskan talian untuk mengulangkaji pelajaran.

Kagum benar Mona dengan adiknya itu. Walaupun tak terlalu sempurna, Rayyan merupakan seorang anak dan adik yang sangat baik dan rajin. Hatinya suci dan masih bersih seperti bayi yang baharu lahir. Terlalu mudah untuk dibentuk menjadi insan mulia.

Pernah Mona terfikir, alangkah baiknya jika dia seorang yang bisu. Rayyan pula seorang yang tiada cacat celanya. Sungguh bisu itu lebih baik daripada mempunyai suara. Jika kau bisu, kau tak akan dengar umpatan para kaki umpat yang berada di sekeliling kau. Itulah antara kebaikan diciptakan menjadi bisu. Allahuakbar.

"Jauhnya termenung?" tegur Syai.

Terangkat sedikit bahu Mona, terkejut.

"Hehe."

"Fikir apa juga?" tanya Syai.

"Tentang kebaikan diciptakan dan dilahirkan untuk menjadi seorang yang bisu," jawab Mona.

"Macam Rayyan?" tanya Syai sambil bergerak masuk ke dalam dapur. Sebiji gelas dicapai lalu diisi dengan air kosong. Kemudian, dia bergerak ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sebelah Mona.

"Ha'ah," jawab Mona ringkas.

"Dia sihat?" tanya Syai.

"Alhamdulillah, sihat. Dia cakap minggu depan nak datang KL tapi tak ke sini. Sekolah diaorang nak buat lawatan."

"Alhamdulillah, sihat juga dia. Area mana nak pergi dekat KL ni?" tanya Syai.

Mona menjongket bahu. Tak pula dia tanya Rayyan tadi.

Melihat itu, Syai pun mula membuka cerita kosong dan Mona hanya menjadi pendengar setia seperti biasa. Adakalanya dia menyampuk juga.




Happy reading
1|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now