TDT 06

488 16 0
                                    

"Mona, Encik Haiqal panggil awak. Tu dia.." kata Kak Mi. Jari telunjuknya dihalakan ke arah seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempat Mona dan dia menyapu.

"Siapa tu kak?" tanya Mona.

"Encik Haiqal, CEO syarikat ni. Takkan Mona tak kenal?" soal Kak Mi pelik.

Mona terkejut. Haiqal CEO syarikat ni? Patutlah tiba-tiba jumpa Mona tanya ada STP ke tak hari tu. Dia nak pantau pekerja baharu kot.

Mona menggeleng perlahan tanda tidak mengenali Haiqal. Memang dia tidak mengenali Haiqal pun. Tahu nama hari tu pun dari Aimi dan hari ini pula dari Kak Mi. Apa-apa pun, dia kena juga bertemu dengan Haiqal sekarang.

"Saya ke sana dulu ya kak? Jumpa Encik Haiqal," kata Mona.

"Baiklah."

Setelah mendengar Kak Mi berkata begitu, Mona pun mendekati Haiqal.

"Encik Haiqal," sebut Mona setelah berada di hadapan lelaki itu.

"Assalammualaikum?"

Zappppp! Auch...

Tersenyum nipis Mona tanda malu sebelum menjawab.

"Waalaikumsalam. Ada apa encik nak jumpa saya?" tanya Mona terus.

"Saya nak sebelum balik, awak datang jumpa saya dalam bilik pejabat saya. Awak tahu di mana pejabat saya?" soal Haiqal.

"Tak tahu, encik" jawab Mona bersama gelengan kepala.

"Tingkat paling atas, naik lif. Belok kanan, pusing depan dan itulah bilik ofis saya."

Err...

"Dapat?" soal Haiqal apabila melihat wajah Mona tiba-tiba menjadi blur.

"Tak apa, awak ambil kad ni... nanti text saya dekat WhatsApp yang awak dah habis kerja. Okey?" sekeping kad bertukar tangan.

"Baiklah, encik. Ada apa-apa lagi?" tanya Mona.

Haiqal menggeleng sahaja menandakan tidak ada apa-apa lagi.

"Kalau macam tu, saya balik ke sana dulu ya encik? Terima kasih dengan kad ni. Nanti saya text encik," kata Mona.

Haiqal mengangguk.

Mona pun perlahan-lahan berlalu meninggalkannya.

Melihat Mona sudah berada di tempatnya menyapu tadi, Haiqal pun kembali semula ke ofisnya.

"Apa aje Encik Haiqal cakap kat Mona?" tanya Kak Mi.

"Dia suruh saya jumpa dia lepas habis waktu kerja," jawab Mona sambil mula menyapu semula.

"Apa dia? Encik Haiqal suruh Mona jumpa dia? Kak Mi tak salah dengar kan?"

Berkerut kening Mona memandang Kak Mi yang seperti terkena histeria tiba-tiba.

"Ya, kak. Kenapa?" tanya Mona hairan.

"Akak cuma terkejut."

"Sebab?" tanya Mona lagi.

Pandangan matanya dipusatkan ke wajah Kak Mi.

"Sebab sebelum ni, Encik Haiqal tak pernah suruh mana-mana perempuan datang jumpa dia. Nak jumpa mana-mana perempuan pun tak, biasanya setiausaha dia yang akan berurusan dengan mana-mana klien perempuan ataupun pekerja perempuan. Tak pernah lagi Encik Haiqal buat macam apa yang dia dah buat kat Mona sebab tu akak terkejut," jelas Kak Mi.

Memang sejak Haiqal memberi isyarat kepada Kak Mi yang dia nak berjumpa dengan Mona tadi dah berjaya buat Kak Mi tertanya-tanya dan terkejut.

"Betul ke? Mungkin Encik Haiqal seorang yang introvert atau terlalu menjaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) kot," teka Mona.

"Akak rasa macam tu tapi kenapa Encik Haiqal lain sikit kalau dengan Mona?"

Mona menjongket bahu tanda tidak tahu.

"Encik Haiqal nak bincang benda penting kot. Tu yang terdesak nak jumpa saya... eh kak, jom sambung buat kerja. Tak pasal-pasal, ada nanti cerita yang kononnya kita duk sibuk membawang je kerja," kata Mona lalu menjarakkan dirinya daripada Kak Mi.

Penyapunya laju sahaja dihayunkan menyapu lantai. Malas sebenarnya bercakap dengan Kak Mi, takut kerja tak siap kalau asyik bercakap sahaja.

Soal Haiqal, Mona tak nak fikir apa-apa kerana setahunya dari riak wajah Haiqal tadi, dia seperti serius hendak membincangkan sesuatu nanti. Entah apa, nantikan sahaja apa dia.

Melihat Mona menjarakkan diri darinya, Kak Mi pun mendiamkan diri lalu dengan perlahan, dia pun mula menyapu lantai.


***

Tiga jam kemudian,

Teragak-agak Mona mencapai telefon iPhone 5s pemberian abangnya pada tahun lalu iaitu sewaktu harijadinya yang ke-19 tahun.

Kad pemberian Haiqal dan telefonnya direnung silih berganti sebelum telefonnya dicapai laju. Tadinya dia berkira-kira hendak menghantar mesej kepada Haiqal atau tidak. Namun, mengingati Haiqal adalah CEO syarikat ini maka dia kena juga menghantarnya sebelum dia diberhentikan kerja.

Nombor Haiqal disimpan di dalam telefon. Setelah itu, dia menghidupkan data sebelum aplikasi WhatsApp dibuka untuk menghantar mesej kepada Haiqal melalui aplikasi hijau itu.

Mona : Assalammualaikum, Encik Haiqal. Encik Haiqal dapat lagi nak jumpa saya? #Mona

Selamat mesej itu dihantar tapi masih double greytick. Maknanya Haiqal online tapi belum baca lagi. Sibuk kot.

Ting..!

Satu mesej daripada Haiqal masuk. Laju sahaja Mona membacanya.

Haiqal : Waalaikummussalam. Xjadi, sye busy... ada meeting tiba2 😐

Pantas Mona membalas,

Mona : Tak apalah kalau macam tu 😁

Ting..!

Haiqal : Maaf ye 😩

"Kenapa emoji yang Enck Haiqal bagi semua buat saya geli hati ni?" bisik Mona kepada dirinya sendiri sebelum membalas mesej Haiqal.

Mona : Tak apa. Saya off dah ya?
Assalammualaikum...

Laju sahaja Mona mematikan data tanpa menunggu balasan daripada Haiqal. Dia berkemas hendak pulang ke rumah setelah itu.

"Eh, Mona. Tak jadi jumpa Encik Haiqal?" tegur Kak Mi sebaik melihat Mona yang kelihatan sudah hendak balik.

"Buat apa perempuan ni nak jumpa Haiqal, kak?" sampuk Aimi yang berada di sebelah Kak Mi.

"Encik Haiqal yang nak jumpa dia tadi," jawab Kak Mi.

"Erm... tak jadi, kak. Encik Haiqal cakap, dia ada mesyuarat" kata Mona pantas. Malas mendengar suara Aimi.

"Ooo... jadi dah nak balik lah ni?"

"Ya, kak. Esok kita jumpa lagi ya?" kata Mona.

"Baiklah. Hati-hati," pesan Kak Mi.

"Ya kak. Insha-Allah," balas Mona lalu meninggalkan tempat itu dengan pantas. Tidak dipandang pun wajah Aimi hatta sekilas.




Happy reading
29|2|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now