TDT 19

361 13 0
                                    

Kampung Mona

"Assalammualaikum?" laung Mona yang sudah berada di hadapan pintu rumah.

"Waalaikumsalam... Mona. Bila sampai? Tak telefon mama pun," kata mama sambil mengajak Mona masuk ke dalam menyambut huluran tangan Mona.

Mona tersengih.

"Saja nak buat kejutan untuk orang dalam rumah ini," katanya selamba.

"Yelah. Mari masuk," ajak mama sambil menarik tangan Mona.

"Abah, Mona dah balik ni" laung mama apabila dia dan Mona sudah berada di ruang tamu.

"Assalammualaikum, abah" sapa Mona kepada abah yang baru keluar dari dapur rumah.

"Waalaikumsalam. Anak abah dah balik..," jelas terlihat wajah senang dan gembira di wajah abah melihat Mona berada di hadapan mata.

Mona tersenyum lebar lalu menghulurkan tangan kepada abah untuk bersalaman. Abah menyambutnya sebelum menggosok kepala Mona seperti sebelum-sebelumnya.

Mona sengih lagi.

"Makin kecik badan Mona," selamba abah mengomen.

"Mona nampak macam biasa aje," kata Mona sambil merenung tubuhnya sendiri.

Abah tertawa. Mama pula tersenyum sahaja.

"Mungkin abah dah lama tak nampak Mona," katanya.

Mona menyimpul senyum. Bahagia sungguh hatinya melihat abah tertawa. Semoga ianya berkekalan. Bahagia abah, bahagia Mona juga. Begitu juga mama... bahagia mama, bahagia Mona juga.

"Rayyan belum balik lagi?" tanya Mona.

Matanya menjeling sekilas jam dinding. Baru pukul satu setengah petang. Rayyan biasanya akan pulang dari sekolah pada pukul dua. Sekejap lagi barulah balik.

"Belum. Sekejap lagi abah jemput dia," kata abah.

Mona mengangguk.

"Abah, mama. Dalam beg tu..." jari telunjuk Mona menuding ke suatu beg yang berada di tepi sofa. Sempat dia meletakkannya di situ tadi.

"... ada hadiah untuk mama dan abah, ambil lah. Ada biskut kegemaran abah dan mama juga tu. Mona nak masuk bilik sekejap," kata Mona lalu berjalan masuk ke dalam biliknya apabila melihat mama dan abah mengangguk mengiakan.

Masuk sahaja di dalam biliknya, Mona menghempas tubuhnya di atas katil yang tidak berapa empuk miliknya. Berbunyi belakangnya menghentak tilam nipis dan katil kayu tapi taklah sakit.

Matanya terus merenung siling rumah. Lama. Tak ada pula sawang dalam biliknya. Mungkin mama selalu bersihkan. Mona menjeling pula almarinya sebelum dia bangun mendekati almarinya itu. Dia ingin menukar baju sebelum keluar semula dari bilik.

Tudung dibuka terlebih dahulu sebelum pintu almari dibuka.

"Mama, abah!" jeritnya tiba-tiba.

Mama dan abah yang mendengar jeritannya terkocoh-kocoh mendapatkannya.

"Kenapa, Mona?" tanya keduanya dengan wajah kalut.

"Siapa punya baju ni?" tanya Mona.

Jari telunjuk ditudingkan ke arah baju-baju yang nyata bukan miliknya. Cantik aje tersangkut kemas di dalam almari bajunya.

Mama dan abah berpandangan seketika.

"Biar abah ambik," kata abah tanpa menjawab soalan Mona.

Tangannya pantas sahaja mengambil kesemua baju yang berada di dalam almari Mona. Hanya baju-baju Mona yang ditinggalkan di situ.

Tanpa sepatah kata, abah membawa baju-baju itu keluar.

"Mona tukarlah baju lepas tu makan. Mama ada masak lauk kegemaran Mona. Nak mama sediakan makanan untuk Mona?" kata mama.

"Tak apa, biar Mona buat sendiri. Mama rehatlah, sekejap lagi Mona keluar" kata Mona.

Mama mengangguk lalu keluar dari bilik Mona. Mona kemudian mencapai sehelai baju T lengan pendek berwarna hitam lalu menukar bajunya. Seluar track dicapai selepas itu lalu seluar diganti.

Setelah siap, dia pun keluar dari bilik. Ingin ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong minta diisi. Mama dan abah tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin pergi menjemput Rayyan bersama dari sekolah.

Mona mula mencapai sebiji pinggan kaca. Nasi dicedok dan dimasukkan ke dalam pinggannya. Lauk ayam masak merah kegemarannya dikeluarkan dari dalam tudung saji.

Ketika melabuhkan punggung di atas kerusi, mindanya tiba-tiba teringat akan baju-baju dalam almarinya yang sudah abah bawa entah ke mana tadi.

Sungguh Mona berasa pelik dan hairan. Nak cakap baju Rayyan, Rayyan ada bilik sendiri. Rayyan ada almari sendiri juga. Lagipun baju-baju itu besar. Nampak macam baju orang yang bertubuh tinggi, badan Rayyan tak besar dan tak tinggi sampai macam tu sekali.

Siapa punya baju tu...

Mama dan abah pula macam mengelak daripada menjawab soalan Mona tadi.

Kenapa.

Ada apa sebenarnya.

Ada apa-apa yang Mona tak tahu ke.




Happy reading
3|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now