"Macam ada sesuatu je tiba-tiba suruh Sadree balik ni?" tegur Sadree setelah melabuhkan punggung di hadapan mama, abah dan Mona.
"Memang ada sesuatu. Mama dan abah nak bincang tentang Mona dan Sadree."
"Ada apa tu?" tanya Sadree, tenang.
Mona yang duduk di sebelah abah dipandang. Wajah gadis itu tidak beriak apa-apa. Dia juga tidak memandang Sadree. Hanya sibuk merenung jari-jemarinya sesekali memandang kaki Sadree. Wajah Sadree tidak dipandang.
"Mama nak Sadree lepaskan Mona."
Tersentak Mona. Dipandang laju wajah mama yang baru sahaja menuturkan ayat tadi.
"Kenapa?" soal Sadree.
"Mama tak nak anak mama diduakan. Kalau memang Sadree nak berkahwin lagi, mama merayu supaya Sadree lepaskan Mona dulu."
Sadree mengerutkan kening seketika.
"Sadree tak akan lepaskan Mona, mama... abah," katanya.
"Tapi...",
"Izinkan Sadree berbincang dengan Mona dulu," pantas Sadree memotong kata-kata mama.
"Saya tak nak," kata Mona tanpa memandang wajah Sadree.
"Pergilah Mona," pujuk abah.
Mona mengeleng perlahan.
"Mona tak nak tengok muka Sadree lagi, abah. Biarlah dia selesaikan semua hari ni, Mona betul-betul tak nak ada apa-apa lagi dengan dia."
Abah menghela nafas panjang. Mama pula cepat-cepat menyiku lengan abah mengisyaratkan supaya mereka berdua meninggalkan Sadree dan Mona berdua di ruang tamu.
Abah yang faham bingkas bangun dari duduknya bersama mama.
"Sadree dan Mona bincanglah ya? Mama dan abah ke luar dulu," kata mama lalu menarik lengan abah menuju ke luar rumah.
Melihat mama dan abah pergi, Sadree kembali memandang Mona.
"Siapa nak kahwin dengan siapa? Cuba bagitahu aku. Aku tak fahamlah," kata Sadree terus.
Mona memejamkan matanya seketika. Mencari sedikit kekuatan untuk berbicara dengan Sadree.
"Awak sendiri tahu jawapannya," kata Mona tenang.
"Sebab aku tak tahulah aku tanya kau."
"Sadree..." sebut Mona perlahan lalu merenung terus ke mata Sadree.
"Just set me free. Awak faham maksud saya kan?" kata Mona.
"Kau tahu kan berdosa besar meminta cerai pada suami tanpa alasan yang kukuh?" soal Sadree, sinis.
Terjongket kening Mona.
"Tahu."
"Jadi?" soal Sadree lagi.
"Kahwin dengan Syai tanpa persetujuan apatah lagi pengetahuan saya, awak tak rasa itu juga berdosa?"
"What?" terpaku Sadree.
"Saya memang setuju kalau awak nak kahwin lagi tapi tu tak bermakna saya nak bermadu. Saya nak awak lepaskan saya sebelum awak berkahwin dengan Syai. Tolong faham."
Mona angkat punggung, bersedia hendak meninggalkan Sadree.
"Wait," pantas Sadree menarik lengan Mona, memaksa gadis itu untuk memandangnya. Namun Mona tetap tidak mahu menoleh memandangnya.
"Aku rasa ada salah faham ni," kata Sadree.
"Lepaskan tangan saya, Sadree."
"Aku...",
"Kenapa awak suka buat saya terseksa? Saya sayang awak sangat tapi awak tak nampak malah awak tak suka kalau saya cakap yang saya sayangkan awak. Apa masalah awak ni? Tolong Sadree... tolong ceraikan saya. Saya tak nak bermadu. Tolonglah faham.." rayu Mona dengan air mata mula menuruni pipinya. Ini kali kedua dia menangis di hadapan Sadree.
Dia benar-benar sedih, terluka dan berbagai rasa yang seangkatan memenuhi pelosok jiwanya.
"Aku tak akan ceraikan kau."
"Jadi jangan berkahwin dengan Syai!" bentak Mona.
"Aku tak akan kahwin dengan dia. Percayalah."
Terhenti air mata Mona mengalir.
"Syai suka awak. Dia sayang awak. Awak pun sama. Kenapa korang tak bersama? Jangan jadikan saya sebagai beban awak, Sadree. Saya tak nak Syai terluka."
Mona menangis semula.
"Ishraf yang Syairah nak kahwin tu Ishraf Mujib bukan Ishraf Sadree," kata Sadree tenang sambil melepaskan lengan Mona.
Mona terdiam. Dia mengesat air matanya perlahan
Siapa Ishraf Mujib?
"Siapa pun 'Ishraf' yang dimaksudkan, saya tak nak tahu. Kalau awak tak nak ceraikan saya, tolong jangan munculkan diri depan saya lagi... saya nak cuba lupakan awak. Saya nak bagaimana saya tak penting bagi awak, begitulah awak tak penting bagi saya lepas ni..," kata Mona, serius.
"Aku tak akan lepaskan kau dan... baiklah, aku tak akan muncul depan kau lagi kalau itu yang kau nak."
"Keep your promise."
Setelah itu, Mona terus meninggalkan Sadree.
Semoga Mona menjadi lebih tabah selepas ini.
Tiada yang mustahil.
Mungkin ini ketentuanNya.
Mona akan belajar untuk menjadi seorang hamba yang lebih redha atas takdirNya.
Biarlah Mona digantung tidak bertali oleh Sadree asalkan dia tidak akan bertemu dengan Sadree lagi lepas ini.
Semoga Mona berjaya lupakan Sadree.
Semoga.
Happy reading
11|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...