"Mari ikut Mak Na," kata Mak Na sambil memegang lengan Mona lalu membawanya masuk ke dalam sebuah bilik.
"Buka baju kamu, pakai kain ni" sehelai kain sarung dihulurkan kepada Mona oleh Mak Na.
Mona menurut. Tudung kepalanya dibuka sebelum bajunya ditanggalkan. Sarung tadi dililit ke tubuh kemudian. Tiada apa juga yang perlu dirisaukan. Mak Na perempuan, Mona juga perempuan lagipun Mak Na dah kunci pintu dari dalam. Tak ada siapa-siapa yang boleh masuk lagi.
Jangan sahajalah Mak Na jadi 'grrr'. Memang nak kena 'pulahun' dari Mona.
Setelah itu, Mak Na mula mencuci luka Mona menggunakan first aid yang memang berada dalam bilik itu. Khas untuk bilik ini kot, fikir Mona.
"Mak Na tak tahu bahasa isyarat tapi Mak Na nak bercerita juga dengan kamu," kata Mak Na sambil terus mencuci luka Mona.
Berkerut-kerut kening Mona menahan sakit. Ikutkan hati, nak sangat dia menjerit-jerit kesakitan sekarang. Mengingati lakonannya, dia terpaksa mengunci mulut. Jeritan kesakitan dilampiaskan di dalam hati.
Kesian boh.
"Tuan Sadree mahupun Tuan Leng dan Tuan Mujib tak pernah lagi bawa mana-mana perempuan bukan muhrim masuk ke dalam rumah ni. Kira kamu adalah orang pertama..",
Mujib... tu siapa eh. Tadi Leng dan Sadree sahaja.
"... dan, tak pernah lagi Tuan Sadree berkawan dengan mana-mana perempuan. Terkejut Mak Na dengar yang kamu ni kawan Tuan Sadree tadi. Siapa kamu? Bakal isteri Tuan Sadree ke? Hm... entahlah," sambung Mak Na sambil terus-terusan mencuci luka Mona.
Ada pula macam tu tak pernah berkawan dengan perempuan. Tipu je! Zaman sekarang tak wujud dah ayat tu.
"Berkawan dengan Tuan Sadree ni, kamu dah tahu ke kerja Tuan Sadree apa? Kalau tak tahu, biar Mak Na cerita... Tuan Sadree ni jutawan muda. Orang putih panggil, bil.. bill... billionaire? Ye kut. Selain seorang jutawan, Tuan Sadree juga adalah seorang anggota polis. Pada masa yang sama, Tuan Sadree adalah kepala sebuah kumpulan mafia dalam negara ni...",
'Erk. Apasal mak cik ni banyak cakap eh. Melalut pula tu,' bisik hati Mona.
"... tak percaya?" soal Mak Na apabila melihat Mona mengherotkan sedikit mulutnya.
Terkebil-kebil sahaja Mona.
"Tak apalah. Asalkan Mak Na dah buka cerita pasal Tuan Sadree. Kamu ni beruntung sangat tau. Mak Na rasa Tuan Sadree... em, tak ada apalah. Dah siap balut, kamu pakai baju dan tudung balik. Mak Na nak jumpa Tuan Sadree sekejap," kata Mak Na sambil menghulurkan tudung dan baju Mona kepada Mona.
Apabila Mona menyambutnya, dia pun berlalu keluar dari dalam bilik mencari Sadree yang entah di mana.
Beberapa minit kemudian,
Mak Na masuk semula ke dalam bilik. Ketika itu, Mona sudah siap memakai baju dan tudungnya semula.
Mak Na menghulurkan senyuman kepada Mona dan Mona membalasnya manis. Dengan perlahan, Mak Na menyentuh bahu Mona.
"Mak Na tak rasa Tuan Sadree saja-saja bawa kamu ke sini dan sanggup tolong kamu sampai macam ni sekali. Mak Na harap, kamu ikhlas berkawan dengan Tuan Sadree. Tuan Sadree tu sangat baik tapi kalau dah marah, tiada siapa boleh tenangkan kecuali umi dia," kata Mak Na lalu membawa Mona keluar dari bilik itu.
Kelihatan Sadree berada di luar bilik sedang berdiri dengan gaya kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Matanya terus menikam tepat ke anak mata Mona apabila Mona memandangnya.
Dengan perlahan, Sadree menunjukkan isyarat tangan kepada Mona yang membawa maksud, 'Jom aku hantar kau balik.'
Mona membalas dengan anggukan sahaja.
"Hati-hati tuan..," pesan Mak Na apabila Sadree mula melangkah keluar dari rumah.
"Baiklah Mak Na," balas Sadree.
Mona menghulurkan tangan kepada Mak Na. Kelihatan Mak Na terkejut namun tersenyum kemudian. Dia menyambut huluran tangan Mona lalu memeluk tubuh kecil Mona seketika.
Setelah Mak Na melepaskan pelukannya, Mona pun mengejar Sadree yang berdiri di tepi pintu keretanya.
'Masuk,' kata Sadree dengan bahasa isyarat.
Mona menurut dengan memboloskan diri ke dalam duduk di seat sebelah driver kerana Sadree yang mengisyaratkan dia untuk duduk di situ.
Bukan tadi dia suka hati sahaja lempar tubuh Mona ke seat belakang ke... sekarang kenapa suruh duduk depan pula. Ish kau ni Mona, bersyukur jelah dapat duduk sebelah encik handsome ni.
Ahakss...!
Vrooommmm....
Sepantas kilat sahaja kereta Mona meluncur laju menuju ke lebuh raya.
Happy reading
2|3|2020

ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...