TDT 29

346 12 0
                                    

Keesokan harinya di dalam ofis Haiqal,

"Saya dan Damia cuma kawan."

Tergeleng-geleng kepala Mona. Hari tu, Haiqal bagitahu yang Damia adalah sepupunya. Hari ini kawan. Esok lusa, tak tahu lagi.

"Kawan tak akan berpegangan tangan sampai macam tu, Haiqal. Awak tak payah berselindung lagi, saya tak bodoh seperti apa yang awak fikirkan," kata Mona.

"Saya sentuh Damia, Sadree sentuh awak. Apa beza?" sinis sahaja Haiqal menembak bicaranya.

"Enough, Haiqal. Awak tak tahu apa-apa."

"So, let me know it" balas Haiqal.

"Awak panggil saya datang sini sebab nak bagi explanation pasal hubungan awak dengan Damia, yang tiba-tiba sentuh pasal Sadree ni kenapa?" bentak Mona.

"Rileks, Mona. Awak tak pernah marah-marah macam ni sebelum ni. Mana sifat manja dan lembut awak dulu?"

Makin tajam pula renungan mata Mona.

"Okey, okey. Saya serius... Damia tu cuma kawan saya. Kami berkawan dah lebih sepuluh tahun. Dia sukakan saya tapi saya sukakan awak so there's no thing untuk disalahfaham dan dimarahkan. Saya cuma anggap dia kawan, kawan mesra. Tu je. One thing that I want you to know is..." Haiqal angkat punggung lalu mendekati Mona. Bahu kiri gadis itu disentuh.

"Saya masih cintakan awak."

"Tapi saya tak," perlahan Mona menolak tangan Haiqal.

"Why?" tanya Haiqal, perlahan.

"Entah."

"Sebab Sadree kan?"

"Tak ada kaitan dengan dia. Dahlah Haiqal, saya tak nak awak ganggu saya. Anggap sahaja yang awak tak pernah kenal saya. Saya nak berhenti kerja. Assalammualaikum."

Haiqal mendengus saat Mona sudah berlalu pergi.

Haishhhh..!


***

Beberapa hari kemudian,

"Cik Bisu," sapa satu suara ketika Mona duduk termenung jauh di tepi sebuah tasik.

Dia menoleh. Kelihatan Leng dan Mujib tersenyum memandangnya sebelum melabuhkan punggung di sebelahnya begitu sahaja.

"Cik Bisu buat apa kat sini?" tanya Leng.

Mona melarikan pandangan mata sebelum menggeleng kecil.

"Cik Bisu boleh dengar suara saya?" soal Leng terkejut.

"Dia tak bisu, saja buat-buat bisu" sampuk satu suara dan Mona pasti itu adalah suara Sadree. Mona kenal sangat suara dia.

"Really?" soal Leng dan Mujib serentak.

Mona mahupun Sadree, kedua-duanya membiarkan soalan itu sepi tidak berjawab.

"Apasal kau duduk sorang tepi tasik ni? Dah berani sangat? Kalau ada lelaki tak baik datang kacau kau, macam mana?" kata Sadree. Selamba dia melabuhkan punggung di hadapan Mona.

"Saya nak tenangkan fikiran. Awak jangan tambah masalah saya," kata Mona dengan suara bergetar.

"Cik Bisu pandai bercakap wei," lengan Mujib disiku oleh Leng. Terpesona dia melihat Mona pandai bercakap dan tak bisu.

"Bagi aku dengan dia privasi."

"Okey bos!" pantas Leng dan Mujib menjauhi Mona dan Sadree.

"Haiqal buang kau kerja kan?"

Mona diam.

"Sebab apa?"

Mona diam lagi.

"Kau sukakan dia lagi?"

Mona angkat kepala pandang wajah Sadree. Mata bertemu mata sebelum Mona cepat-cepat melarikan anak matanya.

"Saya yang berhenti," katanya perlahan.

"... and it's none of your bussiness," sambung Mona.

"Cakaplah... aku tak akan perlekehkan kau. Aku cuma nak dengar masalah kau," kata Sadree lembut.

Terpesona Mona seketika. Jarang dapat melihat dan mendengar Sadree berkata lembut begini.

"Cuma rasa tak selesa kerja situ dah. Haiqal kan bekas kekasih saya."

"Apa salahnya? Gaji pun besar. Sayang kalau berhenti," kata Sadree.

"Tak apa. Banyak lagi tempat yang ada kerja kosong. Saya dah tak nak hadap muka Haiqal lagi."

Terangguk-angguk Sadree.

"Mesti kau masih sukakan dia, kan?" soalnya.

"Dulu."

"Sekarang?"

"Tak lagi."

"Jadi, kau suka siapa sekarang?" soal Sadree.

Mona diam. Dia angkat wajah pandang Sadree.

"Kau suka aku?" soal Sadree.

Mona menggeleng lagi.

"Kalau aku suka kau, kau suka aku tak?" tanya Sadree, serius.

"Tak," jawab Mona, tak yakin sebenarnya.

"Kenapa?" soal Sadree, ingin tahu.

"Sebab kita tak padan. Awak billionaire. Pada masa yang sama, awak bekerja sebagai seorang anggota polis dan pada masa yang sama juga, awak ketua sebuah kumpulan Mafia."

Sadree terpaku.

"Macam mana awak tahu semua tu?"

"Adalah."

"Hm. Macam mana kalau dah jodoh?"

Mona diam. Bila Sadree cakap macam tu, Mona dapat merasakan sesuatu di dalam hatinya. Rasa macam... yang dia sukakan Sadree? Entah. Tak pasti.

"Kenapa diam?"

Mona menunduk perlahan. Sadree ni makin sweet.

"Hahahahahaha. Aku gurau jelah. Kau ni... serius betul!" gelak Sadree, suka.

Mona telan liur.

Sadree main-main?

"Dengar sini baik-baik, aku tak akan sukakan perempuan macam kau. Taste aku tinggi tau. Aku sukakan perempuan yang tinggi, berisi sikit tapi tetap langsing bukan papan sekeping macam kau, cantik tak macam kau yang hodoh, bijak tak macam kau yang lembab ni, stylo, kaya dan paling penting pro bab agama. Itu paling penting dan aku tahu, semua ciri tu tak ada kat kau. So, tadi tu aku gurau jelah eh."

Zaaapppppp!

Mona terpaku. Hatinya seperti terhiris dek sembilu. Jiwanya kacau. Perasaannya memberontak. Tubuhnya menggeletar. Seperti dirinya sedang berada dalam kepungan kekecewaan. Kecewakah dia mendengar kata-kata Sadree tadi?

Oh tak.

Mona kau dah kenapa.

Jangan macam ni, tolonglah.

Kan aku dah cakap kau tak layak untuk Sadree. Tak layak dan tak akan pernah layak untuk berdampingan dengan dia.

Kau dan Sadree tak setaraf.




Happy reading
5|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now