Tersenyum-senyum Mona apabila terpandangkan Syai yang memakai jubah berwarna hitam. Tudung labuhnya pula berkibar-kibar ditiup angin kencang kerana saat ini mereka berada di pantai.
"Assalammualaikum!" laung Mona sambil berlari mendekati Syai.
"Waalaikummussalam. Dah lama sampai?" tanya Syai sambil memeluk sahabatnya itu.
"Lebih kurang dalam dua puluh minit macam tu. Taklah lama sangat kan?" jawab Mona sambil meleraikan pelukan.
"Awalnya awak sampai. Bukan main semangat," usik Syai.
"Kan saya dah janji yang saya tak akan pernah lewat lagi lepas kejadian tempoh hari tu?" kata Mona sebelum tergelak kecil.
Syai pun tergelak sama.
Untuk pengetahuan pembaca, setelah tamat SPM, Syai menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Syai tak ambil STP macam Mona. Bulan depan dia dah nak graduate. Tak lama lagi Syai yang sopan santun akan jadi ustazah. Tahniah buat Syai.
Yeay.
Keduanya punya cita-cita yang berbeza. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara, Mona dan Syai tetap juga berkawan seperti biasa. Bagi mereka, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan persahabatan lagipun Mona dan Syai merupakan sepupu. Manakan mungkin putus air yang dicincang (air yang dicincang tidak akan putus).
"Makin cantik awak sekarang, Mon" puji Syai sambil merenung wajah dan penampilan Mona.
Sepupunya itu hanya memakai shawl berwarna peach dililit secara random dipadankan dengan baju T lengan panjang yang dilipat hingga ke paras lengan dan seluar palazo hitam. Kakinya pula dikenakan kasut Gucci hitam putih.
Nice.
"Alooo... mulut tu. Biasa je ni. Awak tu yang masa awal saya nampak tadi... wow! Automatik dalam hati berbisik, 'calon isteri idaman kaum Adam ni' hahahaha," gelak Mona, suka.
"Amboi... awal lagi tu. Baru dua puluh tahun ni," kata Syai sebelum turut tergelak.
"Eh Mon, cakap pasal tu kan... automatik saya teringat seorang ex senior tu. Dia dah graduate masa awal tahun ni dan tak tahu dah kerja mana. Walaupun dia study kat UIA, dia ambil bidang bussiness. Tak tahu dia kat mana sekarang. Apa yang saya nak bagitahu sebenarnya, saya pernah minat dia. Allahu... dia baik sangat Mon, masa awal saya kenal dia tu dia tolong saya panggilkan seorang pensyarah . Tak minta tolong pun tapi dia tiba-tiba je nak tolong. Siapa tak jatuh suka, Mon? Dia dahlah perfect, top student UIA lagi."
"Siapa nama dia?" tanya Mona. Suka pula dia mendengar cerita Syai. Bukan senang nak dengar insan bernama Syai bercakap soal lelaki ajnabi. Kalau dah bercakap soal tu maknanya Syai memang dah suka sangat dengan si encik ajnabi yang diceritakan.
"Muhammad Ishraf... Ishraf apa tu? Lupa pula hujung nama dia," kata Syai sambil menyentuh keningnya.
Apasal boleh lupa ni...
"Tapi semua orang panggil dia Ishraf. Ah! Lupakan pasal tu. Dia dah tak ada khabar so saya tak nak fikir tentang dia lagi. Awak pula apa cerita? Mustahil dalam bangunan tiga puluh lima tingkat tempat awak kerja tu tak ada lelaki yang awak terminat atau tersuka langsung?" tanya Syai dengan wajah bersinar-sinar.
"Tak ada," jawab Mona ringkas.
"Betul?"
"Yeeeeeee... betul."
"Okey," balas Syai dengan sengihan lebar.
Mustahil, bisik hatinya.
Selama ini, Syai menyangka Mona sudah berjaya menemui bakal menantu abah dan mamanya tapi hampeh. Tak ada pula. Dahlah abang-abang sado kat syarikat Mona kerja selalu keluar masuk, mustahil tak ada seorang yang Mona tersuka ke, terminat ke kan.
Dan mustahil juga kalau tak ada seorang pun yang tersukakan Mona. Tapi, biasanya orang-orang kaya ni tak suka perempuan miskin. Diaorang nak yang setaraf sahaja.
Yeke?
Kesian kami yang miskin.
(annoying*)***
Buk!
"Erghhh...," rintih Mona perlahan sambil menahan kesakitan di bahagian punggungnya.
"Kau buta ke apa ni?" soal satu suara tiba-tiba sambil cuba membantu Mona berdiri namun pantas Mona menolak dengan menggoyang-goyangkan tangan kanannya.
"Budak bisu tu," kata satu suara lain pula.
Mona mendongak memandang si pemilik suara sebelum memandang lelaki yang masih mencangkung di sebelahnya.
'Lelaki bertiga tempoh hari yang sangka aku bisu tu,' bisik hati Mona. Dia cam benar akan wajah mereka bertiga.
Tanpa berkata apa-apa, lelaki yang duduk mencangkung di sebelah Mona pantas membawa Mona bangun berdiri. Isyarat tangan membawa maksud 'saya minta maaf' ditayangkan olehnya kepada Mona.
Terkebil-kebil Mona seketika sebelum ketawa kecil di dalam hatinya. Nyata mereka bertiga menyangka dia bisu kerana kali pertama mereka bertemu, Mona banyak kali menggunakan isyarat tangan kepada Syai dan Rayyan di restoran tempoh hari berbanding bersuara. Memang patut pun mereka salah faham.
Terfikir juga Mona, alang-alang mereka dah salah faham ni, baik Mona berlakon jadi bisu. Lagipun lelaki yang membantu Mona berdiri tadi pandai pula bahasa isyarat. Mungkin dia ada family yang bisu juga.
Mona pun mula membalas dengan isyarat tangan juga.
'Saya pun minta maaf. Saya tak nampak korang bertiga tadi,' balas Mona.
Happy reading
29|2|2020

ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...