TSD 37

349 13 1
                                    

"Sadree tu suami Mona. Akad nikah dah dilafazkan oleh Sadree depan abah sejak dua tahun yang lepas. Sengaja mama dan abah tak bagitahu Mona sebab kami takut Mona tak mahu walhal mama dan abah suka sangat Sadree jadi suami Mona. Sadree baik rupa dan agamanya," jelas mama apabila Mona balik-balik bertanyakan perihal Sadree.

"Hah?" terkejut Mona.

Patutlah mama beria suruh dia solat dengan Sadree pagi tadi. Mama tak tunjuk reaksi terkejut mahupun pelik dan hairan saat menyebut nama Sadree. Rupanya ada rahsia yang disembunyikan oleh mama.

Maknanya, baju-baju lelaki dalam almari Mona hari tu adalah milik Sadree. Mona menggeleng seketika. Mimpi ke ni.

Abah gunakan 'kuasa' dia sebagai wali Mona untuk menikahkan Mona dengan Sadree tanpa pengetahuan Mona.

Allahu...

Dipandang Sadree yang berbual dengan abah di luar rumah. Begitu mesra melayan abah seperti bapa kandungnya pun ada.

"Maafkan mama dan abah, Mona. Tapi ni untuk kebaikan Mona juga," kata mama.

Bahu Mona ditepuk dua tiga kali.

"Tapi Mona tak boleh terima Sadree. Syai sukakan dia, mama" kata Mona sambil menekup wajahnya sendiri. Terasa panas matanya tiba-tiba. Air mata mula bertakung di matanya.

Dia terkejut dan terharu kerana Allah izinkan Sadree untuk menjadi suaminya tapi pada masa yang sama, Mona serba salah. Syai cintakan Sadree. Macam mana tu.

"Tapi Sadree tu dah jadi suami Mona. Mona isteri Sadree yang sah, bukan Syai."

Mona menggeleng perlahan.

"Mona sekarang dah jadi isteri orang. Belajar untuk jaga makan pakai suami Mona. Apa yang paling penting, Mona kena belajar terima Sadree."

Mona diam. Dia menundukkan kepalanya.

"Mona ingat lagi lelaki yang kemalangan dua tahun lepas? Yang Mona dan abah tolong tu," kata mama tiba-tiba.

"Kenapa dengan lelaki tu, mama?" tanya Mona balik.

Semestinya Mona ingat. Kalau tak silap Mona nama dia....

"Sadree," sebut mama dan Mona serentak.

"Dia lelaki tu?" tanya Mona dengan mata bulat. Alahai. Keciknya dunia.

"Ha'ah. Selang beberapa minggu dari tu, dia bawa rombongan pinang Mona. Masa tu, Mona cuti sekolah dan Mona ikut Syai balik kampung nenek."

"Terus?" tanya Mona ingin tahu.

"Mama dan abah terimalah. Kata Sadree, dia pinang Mona sebab dia sukakan Mona bukan sebab nak balas jasa baik abah dan Mona tolong dia hari tu. Pernikahan Mona dan Sadree dilangsungkan beberapa hari selepas cuti sekolah. Di masjid," kata mama.

Mona kaku.

Seriously?

Bertapa cepatnya majlis tanpa Mona itu berlangsung.

"Sejak dari hari tu, Sadree akan datang rumah kita waktu Mona tak ada dan sejak tahun ni, Sadree sering bermalam kat sini."

"Kenapa dia cakap dia sukakan Mona walhal dia dan Mona bertemu hanya sekali?" tanya Mona hairan.

"Sebab aku suka kau," sampuk satu suara.

Mona mendongak. Sadree sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Mama pula bangun meninggalkan mereka berdua.

"Alasan."

"Kau tak ingat aku?" soal Sadree.

"Ingat. Lelaki yang terlanggar anjing lepas tu accident tu kan?" geram betul Mona.

Patutlah rumah mereka dah tak ada anjing sejak Mona balik hari tu. Sadree kot yang suruh abah lepaskan anjing-anjing mereka.

"Hahaha. Malu pula aku nak ingat pasal tu," tergelak Sadree sendiri sambil menggosok hidung mancungnya seketika.

Mona hanya diam merenungnya. Comel pula Sadree buat macam tu, gosok hidung. Mona memang suka tengok dan perhati semua apa yang Sadree buat. Dia suka, dalam diam dia semakin jatuh cinta dengan Sadree apatah lagi apabila mengetahui Sadree sudah sah untuknya.

Patutlah Sadree sentiasa ada di mana-mana Mona berada. Mungkin Sadree mengekorinya. Mungkin.

"Kau ingat tak masa kau tahun lima dulu? Ada seorang budak lelaki comel pindah kat sekolah kau. Dia tahun enam, kau tahun lima. Masa form one, dia pindah sekolah. Ingat tak?" soal Sadree dengan kening terangkat-angkat memandang Mona.

Gulp!

Budak lelaki yang Mona sibuk duk usha tapi tak berani nak luahkan perasaan tu ya?

"Nama budak tu Muhammad Ishraf Sadree Bin Mikayl," kata Sadree lagi.

"Awak?"

"Yes. Aku. Aku tahu kau sukakan aku sebab masa tu aku pun sukakan kau," kata Sadree selamba.

"Patutlah awak duk usha-usha saya masa tu," Mona tergelak kecil seusai berkata demikian.

"Kau pun usha aku juga. Aku nampak."

Gulp!

Mona tersengih. Kantoi.

"Awak cakap hari tu saya bukan taste awak. Kenapa tiba-tiba jadi suami saya pula ni?" soal Mona.

"Shhhhhh. Tak payah tanya pasal tu. Aku tak suka jawab," kata Sadree, serius.

"Okey."





Happy reading
7|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now