TDT 05

574 14 0
                                        

Buk!

Terdengar satu suara mengerang kecil sebaik sahaja pelanggaran kuat tadi berlaku. Pantas Sadree memandang bawah kakinya. Seorang gadis kelihatan cuba untuk bangun berdiri dalam payah.

"Kau buta ke apa ni?" soal Sadree sambil cuba untuk membantu gadis tadi untuk bangun berdiri.

Tapi laju sahaja gadis itu menggerak-gerakkan tangan kanannya ke kiri dan ke kanan tanda tidak mahu dibantu.

Leng dan Mujib yang melihat automatik teringatkan gadis tempoh hari.

"Budak bisu tu," kata Leng.

Gadis itu mendongak memandang Leng dan Mujib sekilas sebelum memandang Sadree yang masih mencangkung di sebelahnya.

Mengetahui itu, tanpa berkata apa-apa, laju sahaja Sadree membawa tubuh si gadis bangun berdiri.

Tangan mula membuat isyarat yang membawa maksud, 'saya minta maaf' kepada si gadis yang cuma paras dadanya.

Kelihatan gadis itu terkebil-kebil seketika sebelum tangannya naik melakarkan isyarat membalas kata-kata Sadree tadi.

'Saya pun minta maaf, saya tak nampak korang bertiga tadi.'

"Apa dia cakap?" tanya Mujib sambil memukul perlahan lengan Sadree kerana sepatah haram dia tak faham apa yang gadis itu isyaratkan. Dengan isyarat-isyarat Sadree tadi sekali pun dia tak faham.

"Dia cakap dia pun minta maaf. Dia tak nampak kita bertiga tadi," jawab Sadree.

Terangguk-angguk Leng dan Mujib yang mendengar.

"Cakap kat dia, lain kali hati-hati. Muka comel dan badan kecik macam ni memang susah sangat orang tinggi macam kita nak nampak," kata Leng.

Serentak Sadree dan Mujib memandang tajam ke arahnya.

"Kau nak hina ciptaan Tuhan ke?" soal mereka serentak.

"Apa pula? Aku cakap benda betul kan. Dia kecik, kita tinggi tak nampak dia sebab tu berlaku pelanggaran tadi," kata Leng sambil menyentuh belakang tengkuknya.

Tergeleng-geleng kepala Sadree dan Mujib seketika sebelum Sadree mengisyaratkan, 'lain kali hati-hati' kepada si gadis. Malas dia nak tambah ayat Leng di hujung isyaratnya.

Gadis itu membalas, 'baiklah. Saya pergi dulu' dan ianya dibalas anggukan oleh Sadree.

Sebelum dia pergi, sempat dia menguntum senyuman kepada tiga orang lelaki itu dan ketiga-tiganya membalas senyumannya.

"Sejuk hati aku wei. Pakaian pun tak ketat, menantu idaman umi dan abi ni" kata Sadree sambil menyentuh dadanya. Lebar sungguh senyumannya.

"Mimpi kau je tu, Sadree" sembur Leng dan Mujib sebelum meninggalkannya.

Terkekeh-kekeh Sadree ketawa mendengarnya. Dia bergurau aje kot tadi. Telapak tangannya direnung. Gadis tadi merupakan bukan muhrim pertama yang disentuhnya.

'Beruntung kau,' bisik hatinya lalu mengejar langkah kaki Leng dan Mujib.


***


"Syai, saya nak share satu cerita ni" kata Mona dengan wajah berseri-seri setelah pulang dari membeli belah.

Syai yang duduk menonton tv memandang ke arahnya.

"Apa dia?" tanya Syai.

"Ada tiga orang lelaki tadi. Lelaki tu lelaki yang sama di restoran saya cerita hari tu yang sangka saya bisu tu? Tak sangka hari ni, saya jumpa diaorang lagi," kata Mona sambil tertawa kecil.

"Ye? Cuba cite," kata Syai penuh minat.

Mona pun menceritakan dari awal hingga akhir. Apalagi, Syai pun terkekeh-kekeh ketawa mendengarnya. Apa punya bangang Mona pergi berlakon jadi bisu... tak ke lucu tu.

"Mesti diaorang percaya sangat dah tu," kata Syai.

"Ya, Syai. Memang muka diaorang bertiga tadi percaya sangat yang saya ni bisu," kata Mona.

"Handsome tak?"

"Sempat tanya pasal tu eh?"

Syai sengih lebar.

"Hm... ya. Handsome. Tiga-tiga sekali, macam mix blood," kata Mona sambil menyentuh keningnya.

Ya, mereka bertiga tadi tu macam kacukan. Semuanya berkulit putih kemerahan. Hidung memang terlalu mancung, pakaian bergaya ya ampun. Macam anak orang berada...

"Kaya."

"Seriously?" bulat besar mata Syai mendengar itu.

"Ya dan pastinya tadi tu adalah kali terakhir pertemuan kami," kata Mona selamba.

"Tak."

"Kenapa pula?" soal Mona pelik. Tiba-tiba sahaja Syai menidakkan.

"Saya yakin tadi bukan kali terakhir. It just a beginning."

"Pula daa...," juling mata Mona mendengarnya.

"Dahlah. Saya nak mandi. Bercakap dengan awak, takut juling betul pula saya nanti," kata Mona lalu berlari laju masuk ke dalam biliknya.

Malas mendengar kata-kata Syai yang terkekeh-kekeh ketawa setelah dia pergi..




Happy reading
29|2|2020

Ternyata Dia TakdirkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang