TDT 23

346 11 0
                                    

Sedang menaiki bas menuju ke tempat kerja, tiba-tiba mata Mona tertancap ke wajah seorang lelaki yang dipukul di tepi jalan.

Kesiannya...

Dah tu, tak ada siapa pun yang tolong. Semua mata hanya memandang lelaki itu dibelasah teruk. Ada yang siap merakam video lagi.

Tidak sanggup melihat, Mona menekan loceng meminta bas yang dinaikinya supaya berhenti. Setahu Mona, sekarang baharu pukul enam setengah pagi. Ada setengah jam lagi baharu dia masuk kerja. Inilah kebaikan keluar awal.

Bas yang Mona naik pun berhenti. Laju sahaja Mona berlari keluar dari bas itu menuju ke arah si lelaki yang dipukul.

Melihat Mona mendekat, lelaki-lelaki yang tadinya seronok membelasah si lelaki terus melarikan diri seperti ternampak hantu.

Mona pelik namun tetap juga mendekati lelaki yang dibelasah tadi. Dia menyentuh bahu lelaki itu.

"Awak tak apa-apa?" tanyanya kepada si lelaki yang tertunduk-tunduk menahan sakit di seluruh tubuhnya.

Saat lelaki itu mendongak memandangnya, Mona terkejut lantas menekup mulutnya sendiri.

Sadree.

Kenapa dimana-mana Mona ada, Sadree juga mesti ada?

Tak, tak. Kali ni Mona yang baik hati konon nak tolong dia sebab kena belasah tadi tapi itu pun Mona tak tahu yang lelaki itu adalah Sadree.

Masalahnya sekarang, Sadree dah tahu yang dia tak bisu!

"Bantu aku bangun," kata Sadree sambil berpaut pada lengan Mona.

See?

Dia tak sentuh kulit Mona pun. Jenis lelaki tak suka ambil kesempatan Sadree ni.

Mona membiarkan. Sebelah tangannya pula membantu Sadree untuk bangun.

"Hantar aku kat kereta biru tu," arah Sadree dengan mulut terjuih ke sebuah kereta biru di seberang jalan.

"Saya pendek, susah awak nak berpaut. Baik awak jalan sendiri," kata Mona sambil menolak tubuh Sadree.

Tidak semena-mena, Sadree terjatuh semula dia atas jalan. Ternganga Mona lalu cepat-cepat membawa Sadree bangun berdiri semula.

"Apasal kau bodoh sangat ni? Tak nampak ke kaki aku luka?!" herdik Sadree.

Memang benar kaki Sadree luka tapi masalahnya, tak payahlah nak herdik orang.

"Ehh ehh. Saya dah cukup baik tolong awak bangun berdiri balik kan? Tak payahlah nak herdik-herdik. Awak ingat saya tak ada perasaan ke?" herdik Mona balik.

Ya, ini kali pertama Mona mengherdik orang selain menengking Haiqal, bekas kekasihnya lima tahun yang lalu. Marah betul Mona.

Bikin orang emosi terussssss!

"Ooo... orang bisu sejak pandai bercakap ni, pandai pula herdik orang balik ye?" perli Mona.

Mona termalu sendiri. Membahang wajahnya.

"Okey, sorry. Saya cuma tak suka kena herdik. Jom saya hantar awak kat kereta biru tu," kata Mona sambil memapah Sadree menuju ke kereta yang Sadree tunjuk tadi. Sadree mendengus geram. Mona buat tak tahu.

Sampai sahaja, Sadree memboloskan diri masuk ke dalam dan menyuruh Mona juga masuk.

"Awak nak suruh saya memandu? Saya tak pandai drive," kata Mona.

"Aku ada suruh kau drive ke?" soal Sadree, sinis.

Makin menjadi-jadi pula perangai sinis Sadree sekarang.

Mona menggeleng.

"So, masuk!" tegasnya.

"Saya nak naik bas."

"Kalau aku cakap masuk, masuk jelah!" tengking Sadree.

Terhinjut bahu Mona, terkejut. Cepat-cepat dia masuk ke dalam. Duduk di sebelah Sadree.

"Kan elok macam tu. Ni nak orang tengking baru nak masuk. Susah betul nak cakap," bebel Sadree sambil menghidupkan enjin kereta.

Vroooooommmm!

Sekelip mata Sadree membawa keretanya menuju ke entah ke mana, Mona tak tahu.

Mona di sebelah pula makan hati. Tadi kena herdik, lepas tu kena tengking lepas tu lagi, kena bebel. Inikah rupa sebenar Sadree?

Suka marah-marah, baran, dan... kaki gaduh.

"Kau kerja hari ni?" soal Sadree tiba-tiba.

"Ermmm..," hanya itu balasan Mona yang membawa maksud 'ya'.

"Aku tanya baik-baik, jawablah baik-baik" nada suara Sadree mula mengeras semula.

"Awak ni kenapa? Suka sangat cakap kasar, mengherdik dan menengking saya. Dah tu suka sangat memaksa saya. Saya tak suka tau, mama dan abah saya tak pernah lagi buat saya macam tu. Awak siapa nak buat saya macam tu?!" soal Mona, keras.

Betul-betul hilang sabar dengan perangai Sadree.




Happy reading
3|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now