"Mona."
Mona mendongak tatkala Haiqal sudah berdiri di hadapannya dengan wajah serius.
"Siapa lelaki yang call saya kelmarin pakai phone awak?" tanyanya, serius juga.
"Eh?"
"Awak tak payah buat-buat tak faham," tegas Haiqal.
"Apa awak cakap ni? Saya tak fahamlah," kata Mona.
Dia benar-benar tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Haiqal. Dahlah datang dan menyoal dengan wajah serius, tanya benda yang bukan-bukan lagi.
"Saya tanya siapa yang call saya pakai phone awak kelmarin dan kenapa awak tak turun kerja?"
"Ermm... tu sebab..",
"Awak keluar dengan Sadree kan, kelmarin?" potong Haiqal.
"... so, yang call saya kelmarin tu Sadree lah kan?" sambung Haiqal.
Mona terpaku. Serta merta mindanya teringatkan Sadree. Kelmarin Sadree memang ada meminjam telefon Mona dengan alasan nak call seseorang sebab telefon dia mati. Mungkin yang Sadree call kelmarin tu... Haiqal.
"Saya tak suka awak rapat dengan Sadree," kata Haiqal tiba-tiba.
"Kenapa pula?" tanya Mona, hairan.
Sejak bila Haiqal pandai masuk campur dengan halnya.
"Sebab saya tak suka lelaki tu. Dia saja rapat dengan awak sebab nak ambil kesempatan ke atas awak."
"Hah?" makin pelik Mona mendengarnya.
Setahu Mona, Sadree tak pernah ambil kesempatan ke atas diri Mona malah Sadree pernah membantu Mona. Sadree juga tidak pernah menyentuh Mona secara terus. Hanya yang berlapik sahaja yang disentuhnya tapi tak kerap.
Mana salah dan silap Sadree?
Kelmarin tu memanglah sebab Sadree sengaja tak hantar Mona masuk kerja. Tapi pasal Sadree call Haiqal tu, Mona nak tanya Sadree dulu barulah dia nak marah. Belum tahu lagi ni, dia tak nak marah-marah dulu sebab dia tak tahu lagi apa yang Sadree cakap kat Haiqal.
"Listen, Mona... saya tak nak awak rapat dengan Sadree. Tolong dengar," tegas Haiqal.
Pap... pap... pap..!
Terdengar bunyi tepukan tangan yang semakin mendekati tempat Mona dan Haiqal berdiri. Serentak Mona dan Haiqal memandang siapakah gerangan yang bertepuk tangan itu.
"Sadree..." sebut Mona perlahan melihat Sadree yang memakai kemeja biru gelap dengan gaya lengan dilipat paras separa lengan dan memakai seluar slack hitam. Tai hitamnya tergantung kemas di leher.
Encem...
Sadree tersenyum sinis tatkala pandangan matanya bertembung dengan pandangan mata Mona.
"Apahal kau datang sini?" soal Haiqal sambil mara mendekati Sadree.
Mona sudah terkebil-kebil memandang Haiqal dan Sadree silih berganti. Janganlah mereka bergaduh, Mona tak tahu macam mana nak sabarkan.
"Aku ada meeting dengan CEO syarikat QHoldings ni dengan Encik Hamdi. Kalau tak silap aku, Encik Hamdi kata tadi CEO syarikat nama Muhammad Haiqal Farihin tak ada kat office so dia yang tolong handle meeting. But now, lucky to see who I see here" kata Sadree sambil menjongket kening dua tiga kali ke arah Haiqal.
Sinis nada bicaranya.
"Kau... Sadree Mikayl?" soal Haiqal dengan wajah pucat tiba-tiba.
"Don't worry, aku tak akan batalkan bussines kita. Just don't let that cutie princess know who I am," bisik Sadree dengan jari telunjuk tertuding ke arah Mona yang tidak mendengar suaranya.
Haiqal diam seketika.
"I have to talk with you," kata Haiqal.
"Esok, office aku."
"Okey," balas Haiqal.
"Aku nak cakap dengan dia ni and I want some privacy so you, get lose."
Haiqal mengetap bibir menahan geram namun dia tetap mengatur langkah meninggalkan Mona dan Sadree. Jika Sadree bukan klien terpenting syarikatnya, sudah lama dia membelasah lelaki itu.
Terkejut dia mengetahui yang Sadree rupanya adalah Sadree Mikayl, jutawan muda yang sudah lama menjalankan perniagaan bersamanya. Terlalu banyak Sadree membantunya selama ini tanpa dikenal rupa parasnya. Siapa sangka, Sadree Mikayl adalah lelaki yang dibencinya kerana tiba-tiba muncul dan mendekati Mona.
Haiqal geram. Nasib baik dia tak macam-macam dengan Sadree sebelum ini.
Dijeling tajam Sadree dan Mona yang berbual di tempat tadi. Makin benci dan geram pula Haiqal melihat panaroma itu. Macam Sadree sengaja nak buat dia rasa cemburu.
Happy reading
5|3|2020

ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...