TDT 03

689 16 0
                                    

"Assalammualaikum?"

Mona yang sedang membersihkan lantai bangunan tingkat 3 berhenti menyapu. Dia memandang si pemberi salam. Wah... tingginya. Terpaksa Mona mendongak. Seorang lelaki berkemeja putih dan bertai hitam berdiri dengan gagahnya di hadapan Mona.

Tidak pernah lagi Mona melihat wajah lelaki itu sebelum ini di syarikat ini. Pegawai baharu kot sebab hari tu ada diwar-warkan untuk mengambil pekerja yang menyandang jawatan sebagai pegawai.

"Waalaikumsalam. Ya?" tanya Mona.

"Awak cleaner baharu yang nama Mona Aisha?" soal lelaki itu.

"Ya, saya" jawab Mona.

"Ada STP kan?" soal lelaki itu lagi.

"Ya, ada tapi pointer CGPA tak berapa nak memuaskan. Kenapa encik?" tanya Mona, pelik.

Apasal dia soal aku macam aku ni penjenayah pula...

"Tanya je. Saya pergi dulu. Assalammualaikum?" terus lelaki itu berlalu pergi sebelum sempat Mona membalas salamnya.

"Waalaikumussalam... peliknya lelaki tu. Siapa tu eh?" bisik hati Mona lalu menyambung semua kerjanya yang tergendala.

Sedih pula Mona mengingati keputusan STPnya yang tidak memuaskan. Dulu masa sekolah, Mona seorang yang sangat nakal. Di rumah, depan mama dan abah dia memang nampak baik. Tapi hakikatnya tak. Hanya kawan-kawan Mona yang tahu perangai nakalnya dulu macam mana.

Sebab tu Mona sanggup kerja sebagai cleaner di syarikat M.Holdings ini lagipun gaji sebagai cleaner di syarikat ini mencecah dua ribu lebih. Bolehlah menampung perbelanjaan mama, abah dan Rayyan di kampung nanti.

Walhal, dulunya dia seorang yang bercita-cita tinggi. Kalau bukan nak jadi cikgu Bahasa Inggeris, dia akan menjadi nurse tapi perancangan Allah lebih indah. Mona just can follow the flow sekarang.

"Eh kau..." tiba-tiba Aimi datang terkocoh-kocoh mendekati Mona. Entah dari mana, sepantas kilat dia sudah berada di hadapan Mona.

"Kenapa?" tanya Mona.

"Encik Haiqal tanya apa aje dengan kau?" soal Aimi.

"Encik Haiqal. Siapa tu?" soal Mona balik, tidak faham.

"Buat-buat tak faham pula dia ni. Cakaplah jelah apa yang dia cakap tadi!" marah pula Aimi apabila Mona menyoalnya balik.

"Saya tak fahamlah dengan awak ni Aimi. Tepi, saya nak sambung kerja" tegas Mona.

Encik Haiqal entah siapa yang Aimi cakapkan, dia tak kenal langsung pun. Tiba-tiba dia memandang Aimi semula apabila teringatkan lelaki yang baru sahaja pergi tadi.

"Lelaki yang tadi ke? Kalau yang tu, dia tanya nama saya aje," kata Mona tanpa menyebut soal Haiqal menanyakan yang dia ada STP tadi.

"Apasal dia tanya nama kau pula? So sekarang mesti kau terhegeh-hegeh kat Encik Haiqal sebab kau ingat dia berminat kat kau kan."

Zapppp..!

"Awak jaga sikit mulut awak tu eh. Suka hati je nak tuduh saya sembarangan!" tinggi suara Mona memarahi Aimi yang memang sejak Mona masuk kerja sini, dialah musuh utama Mona. Mona tak kisah pada awalnya tapi makin lama, Aimi semakin menjadi-jadi pula.

Pantang betul Mona kalau pasal lelaki ni. Dia datang ke KL sekadar ingin bekerja bersungguh-sungguh. Dia nak cari duit untuk bantu keluarganya di kampung bukannya nak sibuk pasal lelaki.

Terkejut Aimi. Selama ini Mona tidak pernah pun meninggikan suara walaupun dia terlalu marah dengan Aimi tapi hari ni tak. Mona begitu berani menaikkan suaranya. Hilang terus keayuannya selama ini di mata Aimi.

"Yang kau nak marah sangat apahal?" balas Aimi, tinggi juga.

Mona menghela nafas perlahan.

"Dahlah, Aimi... saya tak nak gaduh dengan awak. Awak pergilah buat kerja awak, saya pun nak buat kerja saya," kata Mona perlahan sambil mula menyapu semula.

Tidak dipedulikan Aimi yang masih berada di hadapannya. Aimi mendengus kasar. Entah kenapa dia ada bad sense dengan Mona dan Haiqal. Tu yang dia takut sangat. Takut Mona 'rampas' Haiqal dari dia.

"Aku tak nak kau berbual dengan Encik Haiqal lagi eh. Kalau aku nampak, siap kau!" kata Aimi lalu terus meninggalkan Mona.

'Ya Allah, kenapa konon dengan Encik Haiqal dia tu. Kenapa awak obses sangat dengan lelaki tu, Aimi? Allahu...,' keluh Mona dalam hatinya.

Cepat-cepat dia menyudahkan kerjanya lalu membawa peralatan membersihnya di tingkat paling bawah untuk menyimpan peralatan itu ke dalam stor. Sempat dia menjeling jam tangannya. Sudah pukul 11:10 pagi maknanya dia dah boleh balik rumah sebab masa kerja dah habis. Masuk kerja pukul 7:00 pagi balik pula pukul 11:00 pagi.

Tak sabar nak balik.





Happy reading
29|2|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now