~ Saya tak layan perempuan yang tak pernah tinggalkan sesuatu dalam hidup saya ~
__________
Perjalanan yang dahulunya cepat jika menaiki bas kini menjadi sangat lambat pula bagi Mona. Dia dahlah segan dan kalut duduk di sebelah Encik CEO syarikat, Encik CEO itu pula duk sibuk bertanya itu ini ke dia.
Tapi, boleh dikatakan Mona semakin selesa dengan Haiqal. Haiqal yang dulunya disangka introvert, garang dan tegas itu rupanya seorang yang baik, lemah lembut dan caring.
Teringat pula Mona akan kata-kata Kak Mi yang Haiqal kononnya tidak melayan kaum Hawa selain Mona. Timbul pula perasaan ingin menanyakan soal itu kepada Haiqal. Bukan tak percayakan Kak Mi, dia cuma nak tahu betul ke tak dari mulut Haiqal sendiri.
"Betulkah Encik Haiqal...",
"Sekejap. Sebelum tu, saya nak minta dari awak sesuatu" potong Haiqal laju sambil menjeling Mona sekilas.
Terkebil-kebil Mona. Kuning pula otaknya saat ini. Salah tafsir maksud soalan Haiqal punya pasal.
"Minta apa tu?" tanya Mona.
"Panggil saya Haiqal, bukan Encik Haiqal" jawab Haiqal.
Ooo... tu je pun. Ingatkan apa sangatlah tadi.
"Tapi, Encik Haiqal bos saya" sanggah Mona.
"Dan awak pekerja saya. Sebagai bos awak, saya nak awak panggil saya Haiqal bukan Encik Haiqal" tegas Haiqal.
Zapppppp!
Menusuk jauh ke dasar hati Mona. Haha. Siapa suruh banyak cakap.
"Baiklah," kata Mona akhirnya.
"Good. So, apa yang awak nak cakap tadi? Cakaplah," kata Haiqal dalam nada biasa dan bukannya dalam nada tegas-tegas macam tadi.
"Erm... betul ke yang en... eh! yang awak memang tak layan kaum Hawa hatta bercakap sekalipun?" tanya Mina lurus. Sempat pula hampir tersasul nak panggil 'encik'.
"Hahahaha!" tergelak Haiqal tiba-tiba.
Eh ehh... orang serius dia gelak pula. Tapi, encem juga eh dia ni kalau gelak.
Astaghfirullahaladzim...
"Siapa cakap?" soal Haiqal.
"Terdengar kawan-kawan lain bercakap pasal awak," tipu Mona.
"Betul lah kot."
Seriously?
"Jadi saya ni...?"
Haiqal diam. Dia tidak membuka mulut lagi. Takkanlah nak bagitahu Mona yang dia adalah Haiqal Farihin, bekas kekasih Mona lima tahun yang lalu pula kan.
Dibiarkan Mona di sebelah bermain dengan teka teki ciptaannya sendiri. Mona memang tak kenal Haiqal sebab wajah Haiqal dah lain. Wajah Haiqal sekarang bukan wajah Haiqal yang dulu. Ianya ditukar menggunakan pembedahan plastik akibat suatu kejadian tiga tahun yang lalu.
Kejadian yang memang Haiqal tahu akan terjadi ke atas dirinya dan sememangnya ia telah pun terjadi. Haiqal dilanggar oleh musuh ayahnya iaitu Tan Sri Fahmi menggunakan lori balak menyebabkan wajahnya terseret di jalan tar dengan teruk. Wajahnya tidak dapat dipulihkan melainkan mengubah wajahnya ke wajah lain.
Ya, begitulah ceritanya. Wajah Haiqal yang sekarang bukan wajah Haiqal yang dulu. Jadi tidak hairanlah mengapa Mona tak dapat mengecamnya.
Nasib baik tak mati masa kena heret lori balak yang besar tu dulu. Itu maknanya, Allah masih sayangkan dia.
"Saya tak layan perempuan yang tak pernah tinggalkan sesuatu dalam hidup saya," kata Haiqal perlahan namun masih dapat didengari oleh Mona.
Terus Mona memejamkan matanya. Tiba-tiba berasa pening sebab tak faham dengan ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Haiqal. Mungkin Haiqal cakap dengan diri sendiri.
Mona membuang pandang ke luar tingkap.
"Saya tak layan perempuan yang tak pernah tinggalkan sesuatu dalam hidup saya."
Kata-kata itu...
Mona pernah dengar dari mulut seseorang lima tahun yang lalu tapi tak mungkin dia. Haiqal bekas kekasihnya dan Haiqal aka bos Mona tak sama. Dari rupa paras pun dah tak sama.
Mungkin ayat tu tiba-tiba terlintas sahaja di minda Haiqal, bos Mona sebab tu dia cakap macam tu.
Mana awak, Qal? Dah lama saya tak nampak awak.
Saya rindukan awak.
Mona menggeleng perlahan. Cukuplah.. cukuplah dia berharap menanti kemunculan Haiqal lagi. Dah lima tahun pun berlalu. Haiqal pun pasti dah lupakan dia.
Tak guna berharap pada sesuatu yang kita dah tahu ia tak pasti. Tak guna. Tak ada faedah. Sedarlah.
Lupakanlah Haiqal.
Dia pasti dah bahagia dengan orang lain sekarang.
Happy reading
1|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...