"Apa hubungan awak dengan Ishraf?" tanya Syai apabila Mona sudah masuk ke dalam rumah.
Mona terpaku. Terkejut dia disergah oleh Syai dengan soalan itu.
"Ishraf tulah Sadree. Muhammad Ishraf Sadree Bin Mikayl, itu nama penuh dia."
"Seriously?" Syai terlopong.
Mona mengangguk.
"Baru saya sedar yang dunia memang kecik," kata Syai sebelum tergelak kecil.
Mona melorek senyuman nipis. Dia tahu Syai terlalu sukakan Sadree dan Syai yang bertemu dengan Sadree dulu. Bukan Mona. Mona cuma orang kedua.
"Dia tak akan datang sini lagi," kata Mona perlahan
"Kenapa pula?" soal Syai.
"Saya tak nak dia datang sini lagi. Lagipun minggu depan saya dah nak balik kampung. Saya tak nak dia datang sini balik-balik masa awak tinggal sorang. Nanti apa pula jiran fikir," jelas Mona.
Syai diam. Mona juga sama.
"Awak masih sukakan dia?"
"Tak ada soalan lain ke nak tanya?" Mona mengurut dahinya seketika.
"Awak masih sukakan dia?" ulang Syai.
"Tak, Syai. Saya tak suka dia. Dari dulu sampai sekarang saya tak pernah sukakan dia, awak pun tahu tu" tegas Mona.
Terangguk-angguk kepala Syai mendengarnya. Memang Mona selalu berbual tentang Sadree tapi Mona tak pernah memberitahunya yang dia sukakan Sadree. Mungkin memang betul lah Mona tak pernah sukakan Sadree.
"Tapi dia macam sukakan awak."
"Haha. Tak, Syai... tak. Luculah dengar awak cakap macam tu. Dahlah, saya nak mandi," cepat-cepat Mona masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu.
Buat masa sekarang, dia tak nak ingat pasal Sadree. Bercakap pasal dia pun tak nak. Sudah-sudahlah dia bersedih sejak beberapa hari ini. Dia tidak mahu bersedih lagi.
Sudah terang lagi bersuluh, Sadree memang tak akan pernah sukakan dia sebab itulah dia ketawakan kata-kata Syai tadi. Tak boleh pakai langsung ayat Syai tadi.
Tergeleng-geleng kepalanya. Dicapai tuala mandi sebelum dia masuk ke dalam bilik mandi namun sempat dia membuka pintu biliknya seketika apabila teringatkan sesuatu.
"Syai," panggilnya kepada Syai yang masih berada di ruang tamu.
"Apa?" sahut Syai.
"Sadree kirim salam. Dia kata awak cantik dan lembut," kata Mona.
"Hahaha. Ada-ada je dia tu. Waalaikumsalam."
Mona tersengih lalu menutup pintu biliknya semula.
Bahagiamu, bahagiaku.. Syai.
***
Kampung Mona.
"Bulan lalu dah balik. Bulan ni nak balik juga?"
Mona yang memberi makan arnab mama tersenyum manis tatkala abah berkata demikian.
"Kalau boleh, hari-hari Mona nak balik sini," balasnya.
Abah mengerutkan kening seketika. Lain macam sahaja sikap Mona kali ini. Wajah pun muram semacam.
"Mona ada masalah ke? Cuba cerita kat abah."
"Erm... Mona dah berhenti kerja," kata Mona perlahan.
"Ooo... elok juga tu. Ada juga yang teman mama kat rumah kalau abah pergi kerja, Rayyan pergi sekolah," kata abah.
"Abah tak marah Mona?" tanya Mona sekadar ingin tahu.
"Buat apa nak marah? Mona tu satu-satunya anak perempuan abah dan mama. Memang abah risau kalau anak abah ni jauh dari abah. KL bukan tempat yang selamat untuk anak gadis macam Mona. Dah berhenti kerja ni, lega hati abah sikit."
Terangguk-angguk Mona.
"Mona kalau ada apa-apa masalah, bagitahu abah. Jangan pendam, jangan rahsiakan. Abah sentiasa ada untuk Mona," kata abah tulus.
Serta merta Mona menundukkan kepalanya. Air mata bertakung di tubir mata mendengar abah berkata sedemikian. Abah memang sangat memahaminya sejak dulu.
"Baik, abah."
"Abah tahu Mona ada masalah. Kalau Mona dah bersedia nak kongsi dengan abah, Mona cakaplah ya?" bahu Mona ditepuk beberapa kali oleh abah, cuba menyalurkan sedikit kekuatan kepada si anak gadisnya.
"Mona... Mona..." teresak-esak Mona menangis. Semakin lama, semakin kuat. Habis merah dan basah seluruh wajahnya.
Hatinya sakit.
Hanya kerana Sadree.
Dia tidak berharap Sadree membalas cintanya tapi pada masa yang sama dia mahu Sadree membalas perasaan cintanya. Mona tidak faham dengan dirinya sendiri.
Mona buntu.
Apa kau dah buat kat aku, Sadree.
"Mona nak bersendirian, abah..." kata Mona putus-putus.
Abah akur. Dia meninggalkan Mona sendirian walaupun hati tuanya agak risau melihat Mona berkelakuan sedemikian. Anak gadisnya itu kelihatan benar-benar sedih dan ingin bersendirian. Dia kenal Mona macam mana.
Anaknya itu kuat adakalanya lemah tapi dia pasti mampu untuk hadapi segala masalahnya. Mona tahu memotivasikan dirinya sendiri. Itulah kebaikan dan kelebihan Mona setahu abah.
Happy reading
6|3|2020
![](https://img.wattpad.com/cover/215572611-288-k992489.jpg)
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...