Setahun kemudian,
"Mona," sebut satu suara.
Mona kenal benar dengan pemilik suara itu. Dia berpusing ke belakang bersama satu senyuman manis.
"Haiqal.." sebutnya.
"Hehe. Rindu eh?"
Tertawa kecil Mona.
"Sikit," jawabnya jujur.
Memang selepas Sadree tidak bertemu dengan Mona lagi, hubungan Mona kembali rapat dengan Haiqal tapi Mona hanya menganggap Haiqal sebagai sahabatnya. Dia tidak mahu melebih-lebih kerana dia tahu dia masih bergelar isteri Sadree yang sah.
Tergantung tidak bertali bukan bermaksud dia boleh melakukan maksiat di belakang Sadree sesuka hati. Tidak. Bukan macam tu. Selagi masih bergelar seorang isteri, Mona tidak boleh berbuat demikian melainkan Sadree sudah sah melepaskannya.
"Sikit macam mana tu?" tanya Haiqal, sengaja mengusik Mona.
"Eh eh. Awal pagi dah mengusik orang. Awak tu big boss. Tak boleh curi tulang macam sekarang ni takut pekerja awak pun curi tulang nanti."
"Amboi mak cik ni. Sekarang baharu pukul tujuh tepat tau. Ofis buka pukul lapan. Dah alang-alang sampai sini, saya singgahlah tempat awak," kata Haiqal sambil memerhati beberapa keping potret yang dilukis oleh Mona.
Cantik. Nampak real. Tak hairanlah Mona memang pro melukis masa zaman sekolah dulu. Matapelajaran Seni dia selalu berjaya mendapat gred A+. Hawau betul. Tapi, semua potret tersebut Mona tak jual. Dia buat koleksi sendiri.
"Masa form six, awak pilih aliran apa?"
"Seni."
"Dah agak. Tapi kenapa pointer tak berapa baik?" tanya Haiqal lagi.
"Pengajian Am. Selalu dapat F subjek tu, geram betul tapi it's ok. Masa tu, saya dah malas belajar, saya hentam je jawab paper masa exam sebab tu lah dapat pointer lawa amat."
"Hahaha. Lawa ye?"
Mona turut sama tergelak sebelum menyambung melakar satu wajah di kanvas.
"Macam kenal..." kata Haiqal saat menjenguk lakaran potret yang sedang dilukis oleh Mona.
"Ini 'arwah' dia," kata Mona selamba.
Berkerut kening Haiqal seketika.
Sadree dah jadi arwah? Mana ada.
"Awak masih tak mampu lupakan dia."
"Ya. Tapi saya tahu suatu hari nanti saya pasti akan dapat lupakan dia."
"Bila 'suatu hari' nanti tu? Dah masuk tahun baru, ayat awak tetap sama."
Mona tersenyum nipis.
"Di setiap saya mahu, saya berusaha untuk tidak."
Berlapis-lapis kening Haiqal cuba mencerna kata-kata Mona. Tidak dapat memahami, dia terus meninggalkan Mona tanpa kata. Bengang sebenarnya kerana Mona masih tidak mampu untuk melupakan Sadree. Sudah setahun berlalu, perasaan Mona tetap masih untuk Sadree.
Apa kurangnya Haiqal.
Tak tahu.
***
Bahu Mona disentuh lembut dari belakang oleh seseorang. Mona yang terkejut pantas menepis kasar tangan itu.
"Hawauuuu! Saya ni, Syai."
Terperanjat Mona lalu cepat-cepat mengurut tangan Syai.
"Sorry... saya sangka siapa tadi. Ingatkan lelaki gatal ke apa," kata Mona, serba salah.
"Awak belajar silat eh?" teka Syai.
Mona tersenyum nipis tanda mengiyakan kata-kata Syai. Dia belajar pun hanya untuk pertahanan diri bukannya menunjuk.
"Wauuu. Jealousnya saya."
"Pergilah belajar juga. Dijamin awak pasti bahagia. Hahaha."
"Hahaha," sambut Syai.
Beberapa saat kemudian,
"Awak ada contact dengan Sadree lagi?"
Sadree... bukan Syai panggil dia Ishraf ke.
"Dah jadi laki orang kot, siapa nak kacau?" kata Mona.
"Yeke? Dia kahwin dengan siapa?" tanya Syai hairan.
Mona menggaru kening seketika.
"Awak?" kata Mona.
"Saya? Allahuakbar! Jangan-jangan awak tak pergi majlis kahwin saya hari tu sebab awak sangka saya kahwin dengan Sadree kan?" jari telunjuk Syai naik hampir mengenai wajah Mona.
"Kan memang betul awak kahwin dengan dia," ujar Mona.
"Saya kahwin dengan kawan dia, Mujib... bukan dia."
"Oh?"
"Ya. Ishraf Mujib, tu nama penuh suami saya. Ishraf Mujib dengan Ishraf Sadree bukan orang yang sama, Mona..."
"Saya tahu," kata Mona perlahan.
"Dan saya juga tahu Sadree tu suami awak. Sadree bagitahu kat saya masa dia bawa saya kat rumah parents dia. Awal tu memang saya tak boleh terima hakikat sampai saya text awak hari tu yang saya rindukan Sadree tapi bila dah kenal dengan Mujib, saya berjaya lupakan Sadree," kata Syai pula.
"Awak dah lama tahu?"
"Iya, Mon."
"Saya sangka awak kahwin dengan dia..",
"Tak. Awak salah faham rupanya. Hahahaha. Mustahil Sadree tak bagitahu awak?"
"Dia ada bagitahu tapi saya tak hirau."
Tergeleng-geleng kepala Syai mendengarnya.
"Sadree sayangkan awak tapi dia tak nak cakap, tak berani nak tunjuk. Tapi saya nampak tu. Dia betul-betul sayangkan awak."
"Jangan bagi saya harapan palsu, Syai. Saya tak akan mampu miliki hati dia sampai bila-bila. Dia sendiri cakap, dia tak akan sukakan saya sampai bila-bila," kata Mona.
"Seriously?"
Mona angguk.
"Complicated."
"Sangat," sokong Mona sebelum dia dan Syai serentak mengeluh.
Happy reading
11|3|2020
![](https://img.wattpad.com/cover/215572611-288-k992489.jpg)
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...