TDT 27

348 9 0
                                    

"Tak rindu saya?" tanya Sadree kepada Mona apabila Haiqal sudah meninggalkan mereka berdua.

Sadree tersengih kemudian.

"Adalah sikit."

"Seriously?" bulat mata Sadree merenung Mona.

Gulp!

"Apa saya cakap tadi?" tanya Mona balik.

Dia menutup mulutnya sendiri. Rasa macam dia salah jawab tadi. Mesti Sadree fikir yang bukan-bukan dah tu.

Sadree menggeleng perlahan.

"Ohya. Kelmarin time pinjam phone saya, awak call siapa ya?" tanya Mona.

"Penting ke nak tahu?" soal Sadree balik.

Mona menyentuh kening seketika.

"Awak call Haiqal kan?" tanya Mona tidak puas hati.

"Yup! Aku call dia. Aku cakap kau keluar dengan aku kelmarin sebab tu kau tak masuk kerja. That's all."

Mona mengangguk kecil. Patutlah Haiqal marah-marah tadi.

"Seronok kerja sini?" tanya Sadree, mengubah topik.

"Seronok," jawab Mona ringkas.

"Tak teringin nak kerja bawah air-cond? Kau ada SPM dan STP."

Mona tersenyum lalu menggeleng kecil.

"Result tak baik mana," kata Mona ringkas.

"Itulah kau... mak bapak hantar pergi sekolah sebab nak kau lulus. Tapi kau tak hargai pun jasa diaorang. Asyik fikir pasal main je, bila dapat result tak okey macam tu... barulah nak menyesal konon."

Zapppp!

Terhiris hati Mona mendengar bait-bait ayat Sadree. Perlahan-lahan, matanya mulai kabur. Memang benar semua apa yang Sadree cakapkan. Dulu dia asyik fikir pasal main sahaja. Tak pernah pun fikir soal pelajaran. Kenakalan Mona masa zaman sekolah dulu memang tak boleh nak bawa bincang.

Tapi, Mona tidak pernah rasa menyesal pun dapat result macam tu.

Telahan Sadree perfectly salah.

Tsk... tsk... tsk...

Terkejut Sadree melihat Mona yang sudah banjir dengan air mata.

"Sa... saya tak pernah rasa menyesal dapat keputusan macam tu. Ia pilihan saya. Tsk... tsk... tsk."

Terkedu Sadree. Tak menyangka yang Mona akan terasa lalu menangis mendengar kata-katanya tadi.

Mona menyeka kasar air matanya tanpa memandang wajah Sadree.

"Awak pergilah. Saya nak sambung kerja saya," kata Mona, dingin sambil memegang batang penyapu dengan kejap.

"Aku...",

"Pergilah Sadree. Saya tak nak tengok muka awak sekarang ni," potong Mona, tegas.

"Tapi aku suka tengok muka kau," kata Sadree sambil menunduk untuk memandang wajah Mona yang masih basah dengan air mata.

Mona mendongak.

"Ish. Tak payahlah tengok muka orang sampai macam tu sekali," pantas Mona menjarakkan diri dari Sadree.

"Aku nak tengok kau senyum."

"Pergilah Sadree, saya nak buat kerja saya ni."

"Senyum dulu," paksa Sadree sambil mendekati Mona.

"Ehh ehh... awak kenapa ni?" semakin Mona menjauh, semakin pula Sadree mendekat.

"Senyum."

"Okey, okey... nah, saya senyum untuk awak," pantas Mona mengukir senyuman paksa.

Macam bodoh saja dia saat itu.

Sadree tergelak suka.

"Good girl. Haha. Erm... balik nanti, nak aku ambil kau?" soal Sadree.

"Tak apa, tak apa. Saya boleh naik bas macam biasa," tolak Mona, kalut.

Kenapa Sadree ni? Macam kena sampuk!

"Okey. So, aku pergi dulu."

Terangguk-angguk Mona.

"Assalammualaikum?" ucap Sadree sambil mula membuka langkah untuk meninggalkan Mona.

"Waalaikumsalam," balas Mona perlahan.

"Awak!" panggil Mona tiba-tiba.

Pantas Sadree menoleh ke arahnya semula dengan seluruh tubuh menghadap Mona. Keningnya terjongket.

"Drive safely," kata Mona lembut lalu tersenyum manis.

Terpana Sadree beberapa saat sebelum dia mengangguk kecil.

"Thanks."

"Sama-sama," balas Mona.

Setelah itu, Sadree memusingkan tubuhnya semula lalu berlalu pergi dari situ.

***

"Ya Allah, Mon... saya ada berita baik nak cakap kat awak ni," jerit Syai sambil berlari mendekati Mona yang duduk bersila di atas lantai bilik melipat pakaiannya.

"Apa dia tu, Syai?" tanya Mona dengan tenang sambil terus melipat kainnya.

"Saya jumpa Ishraf tadi. Saya tegur dia, dia balas. Ya Allah... kembang setaman bunga dalam hati ni, Mon" cerita Syai dengan muka bahagianya.

Mona tersengih.

"Jumpa kat mana?" tanyanya.

"Kedai buku. Time saya dengan sorang kawan tu jalan-jalan cari buku," jawab Syai dengan wajah teruja bebenornya.

"Apa awak rasa sekarang?"

"Bahagia do. Rasa macam dunia ni, saya yang punya. Hahahaha!" gelak Syai suka.

Amboi.

"Nak juga tengok muka dia. Ada dalam phone awak tak?"

Syai menggeleng. "Tak ada. Ada account Insta dia tapi saya malu nak follow, dia privatekan" kata Syai.

Terangguk-angguk Mona.

"Tak apalah, bukan rezeki" katanya perlahan.

"Ya, tak apa. Insha-Allah, suatu hari nanti awak pasti akan nampak Ishraf berdepan juga. Aminnn..!" doa Syai.

"Aminnn!" sahut Mona sebelum mereka berdua tergelak kecil.





Happy reading
5|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now