TDT 21

379 12 0
                                    

Mona memejamkan matanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di dalam kapal terbang yang dinaikinya. Dia penat, penat bekejar ke airport tadi. Dia benar-benar lupa akan penerbangannya adalah hari ini. Nasib baik mama ingatkan. Mona apalagi, terus bekejar ke sini dan sekarang Mona sudah boleh bertenang sedikit.

Tiba-tiba, Mona merasakan ada seseorang yang melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya. Dia membiarkan. Mungkin rakan duduknya dalam kapal untuk kali ini.

'Mmm... sedapnya bau minyak wangi orang ni,' bisik hati Mona dengan mata masih terpejam rapat.

Beberapa minit kemudian, terasa lengannya ditepuk lembut. Mata yang tadi terpejam, terbuka luas. Dia menoleh ke sebelah. Penumpang yang duduk di sebelahnya yang rupanya adalah seorang lelaki bermasker hidung direnung tajam.

Kurang ajarnya. Suka hati aje nak pukul-pukul lengan aku. Nasib baik dia pukul lembut, kalau kasar? Kau jawab.

Terjongket kening Mona memandangnya.

Lelaki itu pun membuka masknya.

Alamak! Apasal dia ada disini...

"Hai?" sapa Sadree sambil menghulurkan senyuman manis bersama isyarat tangan.

Mona hanya membalas dengan kerlipan mata.

"Kau cakap hari tu kau tak nak jumpa aku lagi. Tapi hari ni, Allah izinkan kita jumpa. Kau tak rasa yang kita ada jodoh ke?"

Terkebil-kebil Mona cuba menangkap kecekapan tangan Sadree membuat isyarat tangan. Diamati dan difahami dengan jelas apa yang Sadree cuba sampaikan.

Bila dah faham, Mona terus membulatkan mata merenung Sadree yang ketawa-ketawa kecil.

Ingat lucu lah?

Laju sahaja Mona membalas dengan bahasa isyarat juga.

"Ini bukan jodoh namanya. Ini bala."

Sadree yang ketawa tadi terus berubah serius.

"Kenapa?" soalnya tanpa bahasa isyarat.

Mona diam. Dia mengalihkan pandangan ke tepi tingkap. Sadree pun mendiamkan diri. Keadaan menjadi kaku dan janggal serta-merta sehinggalah mereka tiba di KLIA.

Sedang Mona menarik bagasinya untuk cepat-cepat pergi dari situ, tiba-tiba Sadree menahan bagasinya. Laju sahaja Mona menoleh memandang Sadree.

"Ikut aku, aku hantar kau."

Pantas Mona menolak dengan menggoyang-goyangkan tangannya.

"Jangan degil. Nanti kau sendiri yang susah," tenang sahaja riak wajah Sadree menuturkannya bersama bahasa isyarat.

Tangan Mona yang memegang pemegang bagasi ditepis sebelum bagasi bertukar tangan. Dengan selamba, Sadree mengheret bagasi Mona menuju ke suatu arah.

Berkerut-kerut kening Mona memerhatikan langkah kaki Sadree yang semakin menjauhinya. Suka hati aje nak bawa beg orang eh.

"Mona?"

Mona menoleh ke belakang apabila mendengar namanya disebut oleh seseorang.

"Haiqal. Awak buat apa kat sini?" tanya Mona terus.

Sempat matanya diliarkan ke sekeliling mencari kelibat Sadree. Takut tiba-tiba lelaki itu berada dekat dengannya. Kantoi dia kalau Sadree tahu yang dia ada suara dan bukannya bisu.

"Kita naik flight yang sama tadi," jawab Haiqal.

"Oh ya? Awak tak tegur saya pun..." Mona garu kepala sendiri.

"Sekarang dah tegur kan?" Haiqal sengih lebar sebaik sahaja berkata demikian.

Mona pula tersenyum nipis.

"By the way, siapa lelaki tadi?" tanya Haiqal, serius.

"Lelaki yang mana?" tanya Mona balik.

Tiba-tiba bahu Mona dipeluk oleh seseorang. Pantas Mona mendongak untuk melihat siapakah gerangan yang memeluknya sesuka hati ini.

Sadree..!

Laju sahaja Mona menolak tangan Sadree namun Sadree mengeraskan tangannya.

"Siapa ni?" tanya Sadree dengan kening terangkat membalas pandangan Mona.

"Kau siapa?" soal Haiqal kepada Sadree pula apabila Mona diam tidak menjawab pertanyaan Sadree.

"Aku Sadree," jawab Sadree sambil menghulurkan tangan kepada Haiqal.

Teragak-agak Haiqal menyambutnya dengan wajah ketara kurang senangnya.

"Haiqal," sebut Haiqal sambil menarik tangannya semula.

"Kawan Mona?" tanya Haiqal, ingin tahu.

"Nama manja dia Mona ke? Aku cuma tahu nama betul dia, Mona Aisha. Erm... ya, mungkin kawan," jawab Sadree sambil melarikan tangannya dari bahu Mona.

Mona sudah terketap-ketap gigi dan bibir sendiri. Matilah kalau Sadree tahu yang dia tak bisu dan habislah dia kalau Haiqal tahu yang dia berlakon jadi bisu depan Sadree.

Mona tidak mahu dicop sebagai penipu.

"Aku bekas kekasih dia," kata Haiqal tanpa ditanya oleh Sadree.

Sadree sentuh kening seketika.

"Rasanya, aku tak tanya pasal tu" ada nada sinis dalam ayat Sadree.

"Aku cuma nak kau tahu."

Sadree ketawa kecil lalu mengangguk dua tiga kali. Haiqal memang tak mahu kalah.

"So, kalau tak ada apa-apa..." tergantung ayat Sadree apabila Mona menggoyang-goyangkan lengannya yang berbalut jaket.

Terangkat keningnya memandang Mona tanda bertanya mengapa dia berkelakuan sedemikian. Pantas Mona mengisyaratkan, 'jom kita balik' kepadanya.

"Kami pergi dulu. Assalammualaikum!" terus Sadree tarik lengan Mona meninggalkan Haiqal begitu sahaja.

Mona hanya mampu memandang Haiqal dua tiga saat sebelum memandang ke hadapan.

Haiqal mendengus. Benci pula dia dengan Sadree yang sesuka hati mengheret Mona. Mona pun satu, dibiarkan sahaja Sadree sentuh lengan dia. Ya, Haiqal tahu lengan Mona berlapik tapi selama dia bercinta dengan Mona, tak pernah dia sentuh Mona.

Setahunya, itu pantang Mona. Dia tak suka disentuh oleh lelaki bukan mahramnya.

Tapi kenapa dengan Sadree, Mona tak halang...



Happy reading
3|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now