TDT 40

381 10 0
                                    

Ting! Ting!

Telefon yang berada di sebelahnya diambil. Berbunyi-bunyi minta diangkat.

Calls from Sadree 💕

"Assalammualaikum?" sapa Mona setelah talian bersambung.

"Waalaikumsalam."

"Ada apa call?" tanya Mona.

"Aku rindu kau."

Tergelak kecil Mona. Sadree memang suka membuatkan hati Mona kembang kempis tapi sejak Sadree pernah berkata yang dia tidak akan menyukainya apatah lagi mencintai Mona, Mona jadi lali. Dia tahu Sadree hanya bergurau dan akan terus bergurau soal hati dan perasaan.

"Seriuslah?" sengaja sahaja Mona bertanya demikian.

"Tak."

See?

Sadree hanya bergurau.

"Dah agak. Erm... seriuslah cakap. Kenapa call ni?" tanya Mona lagi.

"Kan aku dah cakap, aku rindu kau."

"Kalau tak ada apa-apa, saya letak ni. Saya belum solat Isyak lagi," kata Mona dalam serius.

Dia memang belum menunaikan solat fardu Isyak lagi walaupun dah pukul sembilan malam. Tadi dia benar-benar sibuk menolong jiran yang mengadakan kenduri. Cuci pinggan mangkuk, menyapu, mengemas semua Mona tolong. Ikutkan hati Mona tak mahu tolong pun tapi mama paksa. Terpaksalah Mona pergi membantu.

"Pemalasnya bini aku ni."

Mona tersengih.

Bini sementara sahaja.

"Memang pemalas sangat. Eh awak ada jumpa Syai tadi?" tanya Mona.

"Pergi solat dulu. Lepas solat, call aku balik," arah Sadree lalu terus mematikan talian.

Aii... baru nak cakap pasal Syai, dia dah off. Lelaki ni kan..

Perlahan-lahan Mona bangun dari perbaringannya. Tuala dicapai. Tiba-tiba dia teringat Sadree selalu memakai tualanya yang itu. Mona tersenyum sendiri.

Kenapa hati ni macam rindukan awak, Sadree...

Malas melayan perasaan, dia meletakkan tuala itu ke dalam laci. Tuala lain dicapai lalu langkahnya dipantaskan menuju ke bilik air di luar rumah.

Seusai membersihkan, Mona terus masuk ke dalam biliknya lalu menunaikan solat fardu Isyak. Mungkin kerana terlalu penat, dia terlelap seusai bersolat. Terlupa nak call Sadree.

***

"Assalammualaikum?"

"Waalaikumsalam. Eh Haiqal...," tersenyum manis mama menyambut kedatangan Haiqal.

Mereka bersalaman dan bertukar khabar seketika.

"Mona ada?" tanya Haiqal.

"Mona ke pasar dengan Rayyan. Sekejap lagi dah nak balik. Haiqal duduk dulu, mak cik nak buatkan air."

"Tak apa, mak cik. Susah-susah aje. Haiqal tak lama pun," tegah Haiqal.

"Tak ada apalah. Haiqal duduk aje. Mak cik ke dapur dulu," kata mama lalu terus ke dapur.

Haiqal menghela nafas.

Lama lagi ke Mona nak balik?

"Assalammualaikum?" laung Mona.

Haa... dah balik pun.

"Waalaikumsalam," balas Haiqal sambil tersenyum manis memandang Mona.

Rayyan yang melihat Haiqal mendekati Haiqal lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Haiqal menyambutnya lalu mengusap kepala Rayyan sebelum Rayyan ke dapur menyimpan barang yang dibeli oleh dia dan Mona di pasar tadi.

"Mona," sebut Haiqal apabila Mona mula membuka langkah menuju ke dalam biliknya.

Langkah kaki Mona terhenti. Dia memandang Haiqal bersama jongketan kening.

"Duduklah dulu," kata Haiqal.

Siapa tuan rumah sebenarnya ni? Haha.

Mona akur. Dia melabuhkan punggung di hadapan Haiqal.

"Ada apa?" tanya Mona.

Haiqal mengusap belakang tengkuknya seketika.

"Saya nak berkahwin dengan awak."

Mona terkebil-kebil.

"Assalammualaikum?" laung satu suara di luar rumah tiba-tiba. Suara mak cik-mak cik. Mungkin jiran sebelah.

Pantas Mona bangun dan keluar melihat.

"Waalaikumsalam. Ada apa, mak cik?" tanya Mona.

Mak Ya di hadapan berpeluk tubuh. Untuk pengetahuan korang, Mak Ya ni tinggal di kampung seberang dan juga merupakan ibu kepada Damia.

"Mana Haiqal? Aku nak jumpa dia," kata Mak Ya angkuh sambil menjeling kereta mewah Haiqal yang tersadai elok depan rumah.

Mona tersenyum manis. Orang tua, tak baik kalau dilayan tak sopan.

"Sekejap ya. Saya panggilkan," kata Mona lalu masuk ke dalam semula.

"Ada apa tu?" tanya Haiqal apabila melihat Mona bergerak masuk ke dalam semula.

"Mak Ya nak jumpa awak," jawab Mona.

"Mak Ya ibu Damia? Buat apa?" soal Haiqal pelik.

"Mana saya tahu. Awak pergilah jumpa bakal ibu mertua awak tu," kata Mona selamba.

Haiqal diam. Langkah kaki diatur mendekati Mak Ya. Tergeleng-geleng kepala Mona sebelum berjalan masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian. Mak Ya tak pernah nak berubah. Mungkin dia dah tahu yang Haiqal berkawan rapat dengan Damia, pasti dia mahu Haiqal berkahwin dengan Damia, anak emas dia tu sekarang.

Haih. Mata duitan betul. Apa tu? Gold digger dalam bahasa inggeris kan.





Happy reading
7|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now