"Assalammualaikum?" laung satu suara di luar rumah pada suatu petang. Ketika itu Mona tinggal berseorangan di rumah. Rayyan masih di sekolah, mama di rumah jiran, abah bekerja.
Mona yang sibuk membersihkan kebun mamanya pantas menjawab.
"Waalaikumsalam. Jap eh," tergesa-gesa Mona mencuci tangannya menggunakan air paip yang berada hampir dengannya.
Setelah itu, Mona bergerak ke hadapan rumah.
"Haiqal..." sebut Mona terkejut.
Haiqal menghulurkan senyuman manis.
"Awak apa khabar? Mak cik dan pak cik ada? Rayyan?"
Ya. Haiqal memang mengenali kesemua ahli keluarga Mona. Mama, abah, Rayyan. Semua dia kenal sebab dulu ketika dia dan Mona hangat bercinta, Haiqal pernah datang ke rumah Mona dua tiga kali dengan alasan hendak belajar bersama Mona.
Mama dan abah yang tak perasan akan hubungan Haiqal hanya mempelawa Haiqal agar selalu datang ke rumah kerana tiap kali Haiqal datang, Syai pun ada sama. Disebabkan itu, mama dan abah menyangka Haiqal, Mona dan Syai hanya berkawan biasa sehingga sekarang.
"Saya sihat. Abah kerja, Rayyan masih kat sekolah, mama kat rumah sebelah. Awak datang sini, kenapa?" tanya Mona terus.
"Saja nak jenguk awak dan keluarga."
"Siapa ni?" tegur mama yang tiba-tiba berada di belakang Haiqal.
"Mak cik.. Haiqal ni," pantas Haiqal menghulurkan tangan kepada mama sambil memperkenalkan namanya dan mama seperti biasa, menyambutnya dengan wajah ceria.
"Mak cik sihat?" tanya Haiqal setelah menjelaskan mengapa wajahnya bertukar. Terangguk-angguk mama tadi mendengar penjelasan Haiqal.
"Alhamdulillah, sihat. Haiqal?"
"Gembira dengar mak cik sihat. Haiqal pun sihat juga ni," tersenyum-senyum Haiqal berkata demikian.
"Eh marilah masuk. Mona sediakan air untuk Haiqal, macam tak biasa pula Haiqal datang rumah" kata mama sambil mula melangkah masuk ke dalam rumah dengan diekori oleh Haiqal.
Mona mencebik seketika.
Haiqal mengenyitkan mata sebelum masuk ke dalam rumah.
'Eh eh! Ingat handsome lah?' bisik hati Mona, geram.
Tapi memang handsome pun.
Mona pun bergerak masuk ke dalam rumah lalu terus ke dapur. Menjerang air dan menyediakan sepinggan biskut kering.
Terdengar mama dan Haiqal berbual mesra siap bergelak tawa di ruang tamu. Mona mengetap gigi. Kalau dengan mama dah cakap macam tu, mesti dengan mama Damia pun Haiqal layan macam tu.
Damia.
Mona menggaru keningnya seketika. Apa khabar perempuan tu. Dia dan Haiqal dah clash ke. Tapi sebab apa. Itu pun kalau Damia dan Haiqal bercinta lah.
"Fikir apa tu?"
Mona menoleh ke muka pintu dapur. Haiqal berpeluk tubuh sambil menyandar di situ, memandangnya dengan wajah serius.
"Sibuk je."
Haiqal tersenyum.
"Mana tudung?" tanyanya.
Berkerut kening Mona lalu menyentuh kepalanya. Mak ai. Tudung mana tudung.
"Tengok air ni. Nak masuk bilik sekejap," kata Mona malu.
"Buat apa? Macam tak biasa pula tak pakai tudung depan saya. Tak payahlah pakai depan saya, saya ni bakal suami awak juga."
Haktuihh!
Mona menjeling sebelum terus keluar dari ruang dapur namun dihalang oleh Haiqal dengan lengannya.
"Apa ni?" bentak Mona perlahan.
Kang dia bentak kuat, terkejut pula mama nanti.
"Awak cantik sama macam dulu," bisik Haiqal.
Siapa tak kembang bila dipuji wei. Mona dah kembang setaman. Namun disedarkan dirinya yang dia dan Haiqal dah tak ada apa-apa lagi.
"Dahlah Haiqal. Awak tak payah nak cakap macam tu."
Pantas Mona menolak tangan Haiqal lalu masuk ke dalam dan memakai tudung. Seusai itu, dia keluar semula. Dia bergerak mendekati air yang sudah mendidih. Api gas dimatikan lalu dia mula membancuh air teh kerana Haiqal tidak minum kopi mahupun susu.
Mengada sahaja lelaki ini.
"Saya cakap benda betul. Awak sangat cantik tapi bukan tu yang buat saya masih cintakan awak."
Berkerut kening Mona memandang Haiqal.
"Awak masih cintakan bekas kekasih awak ni?" soalnya.
"Of course! Awak yang pertama dan awak jualah yang terakhir," jawab Haiqal yakin.
"Mana Damia awak?" soal Zin sinis.
"Kan saya dah cakap yang saya tak pernah ada apa-apa dengan Damia. Dia kawan saya sahaja," tegas Haiqal.
"Ohya? Tapi, saya tak cintakan awak lagi," kata Mona sambil mengangkat dulang berisi dua biji gelas berisi teh dan sepinggan biskut kering untuk dibawa ke ruang tamu.
"Tapi kenapa? Saya sanggup datang sini sebab awak tau."
"Ada saya suruh awak datang?" soal Mona.
"Tak."
"Habis tu?" soal Mona sinis.
Haiqal diam.
"Tepi, saya nak keluar," halau Mona.
Haiqal pun memberi ruang untuk Mona lalu.
"Saya masih sayangkan awak dan saya nak awak jadi milik saya suatu saat nanti," bisik Haiqal keras apabila Mona berada begitu hampir dengannya.
"Buktikan," cabar Mona.
Langkah kakinya kemudian dipantaskan ke arah mama. Malas betul hendak melayan Haiqal.
Happy reading
7|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...