TDT 30

370 10 0
                                    

"Tak kerja hari ni?" tegur Syai saat melihat Mona duduk bersila di atas lantai sambil menyandar di sofa menghadap tv yang tidak dihidupkan.

"Tak," jawab Mona ringkas tanpa memandang wajah Syai.

"Cuti?" soal Syai.

"Berhenti."

"Seriously?" terkejut Syai.

"Ya. Malas nak hadap Haiqal lebih-lebih lagi Aimi."

"Perempuan tak betul tu ganggu awak lagi?" soal Syai.

"Setiap hari."

"Memang nak masuk Tanjung Rambutan dah kalau macam tu."

"Tak lama lagilah kot," kata Mona.

Memang Aimi sering menganggu Mona malah siap mengugut untuk memecahkan rahsia Mona kepada Haiqal kerana Haiqal asyik berjumpa dengan Mona. Mona geram, dia cabar Aimi pecahkan rahsia dia.

Tergelak Syai tapi tak Mona.

"Saya nak balik kampung minggu hadapan. Dah book tiket pun," kata Mona perlahan.

"Serius ah. Bila datang sini balik?"

"Tak tahu lagi, Syai..."

"Yelah. Erm, saya masuk kelas dulu. Dah nak pukul 8 dah. Saya pergi dulu. Assalammualaikum?" tergesa-gesa Syai melangkah keluar sebaik sahaja menyedari jarum jam yang sudah menginjak ke angka lapan pagi.

"Waalaikumsalam," balas Mona perlahan.

Setelah itu, Mona termenung sendiri. Kata-kata Sadree kelmarin kembali berlegar di ruang mindanya.

"Dengar sini baik-baik, aku tak akan sukakan perempuan macam kau. Taste aku tinggi tau. Aku sukakan perempuan yang tinggi, berisi sikit tapi tetap langsing bukan papan sekeping macam kau, cantik tak macam kau yang hodoh, bijak tak macam kau yang lembab ni, stylo, kaya dan paling penting pro bab agama. Itu paling penting dan aku tahu, semua ciri tu tak ada kat kau. So, tadi tu aku gurau jelah eh."

Mona meraup wajah. Salah diri sendiri kerana terjatuh cinta dengan Sadree. Dia berasa sangat menyesal. Dia memang dah tahu yang Sadree tak akan rasa benda yang sama tapi hati Mona tak bekerjasama dengan Mona kali ini. Berkeras juga untuk jatuh cinta dengan Sadree.

Malang kau Mona.

Tak patut kau jatuh cinta ke dia.

Tiba-tiba telefon Mona berdering. Diangkat telefonnya tinggi-tinggi untuk melihat nama si pemanggil. Takut juga kalau Haiqal yang call.

Calls from: Sadree 💕

Mona terus mematikan telefonnya. Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa sekarang terutamanya Sadree. No, never. Kerana Sadree juga, Mona book tiket kelmarin.

Dia nak cepat-cepat keluar dari KL ini untuk pulang ke kampungnya. Kalau boleh, Mona tak nak balik KL lagi. Dia tidak mahu bertemu dengan Sadree lagi. Mungkin dengan cara itu, dia boleh melupakan Sadree perlahan-lahan.

Silapnya juga kerana tersalah faham dengan kebaikan dan kelembutan serta sikap tersendiri Sadree yang dihulurkan kepadanya. Sangkanya Sadree menyukainya, namun ianya sama sekali tidak benar.

Sadree tak sukakan Mona.

Tak dan tak akan pernah.

Mona kembali 'merenung' kehidupan diri dan keluarganya di kampung yang boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan yang terlalu sederhana yang pastinya Sadree tak akan pernah suka.

Haih. Tabahlah wahai hati dan diri.

Ada Haiqal, Mona tak nak.

Apa kau nak sebenarnya, Mona.

'Ya Allah, pertemukanlah Sadree dengan perempuan yang diidam-idamkannya secepat mungkin sekiranya dia bukan jodohku,' bisik hati Mona.

Air mata Mona mengalir perlahan.

Jatuh cinta itu sakit.

Tak mudah untuk pulih dari sakitnya.

Perlu dirawat dengan cara yang betul.

Takut jiwa menjadi semakin parah.

Mona mendongak memandang siling sebelum memejamkan matanya perlahan. Air matanya menitik jatuh keluar dari tubir mata, mengalir menuruni kedua belah pipinya.

Astaghfirullahaladzim...

Ya Allah, aku tak kuat. Hulurkanlah aku sedikit kekuatan, aku mohon... Ya Allah.

Dadanya yang terasa sempit kerana terlalu lama menahan sebak ditumbuk perlahan. Akhirnya dia teresak-esak menangis bersendirian.

Sakitnya bila jatuh cinta.

Lagi sakit dari segala sakit.

Maafkan saya, Sadree. Saya tak patut rasa macam ni kat awak. Saya salah faham kat awak sebab awak terlalu memikat hati saya untuk terjatuh cinta kat awak.

Saya minta maaf.

Saya minta maaf, Sadree.

Meraung Mona sendiri.

Semoga Mona merasa lebih tenang selepas ini.




Happy reading
5|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now