TDT 15

388 12 0
                                    

Keesokan harinya,

"Mon?" tegur Syai kepada Mona yang duduk termenung di ruang tamu. Dari kelmarin dia melihat Mona berkelakuan sedemikian.

Tv yang dihidupkan bukan dia yang menonton tapi tv itu pula yang menontonnya.

"Fikir apa tu? Dari kelmarin termenung jauh," tegur Syai.

Mona memandang sekilas ke arahnya sebelum kembali termenung.

"Sadree."

"Siapa Sadree?" soal Syai laju sambil melabuhkan punggung di sebelah Mona.

"Salah seorang daripada lelaki yang sangka saya bisu tu. Nama dia Sadree, saya terjumpa dia tadi" kata Mona.

"Seriously? Ini dah third time korang berjumpa tau. Ada jodoh ni, Mona" kata Syai, teruja.

"Apa pula... ini bukan jodoh, Syai. Ini tak bijak namanya. Ceritanya macam ni, masa saya pergi kedai kelmarin cari maggi tom yam tu kan tak ada jadi saya keluarlah dari kedai tu nak balik rumah tiba-tiba lelaki yang nama Sadree tu entah muncul dari mana rempuh saya. Tengok ni, ini buktinya..." pantas Mona membuka baju bahagian bahunya yang masih belum sembuh bebenar lukanya.

"Allahu... biar betul?" terkejut Syai melihat luka besar di bahu Mona. Dalam sangat kut.

"Dah tu, dia bawa saya balik rumah dia. Ada maid dia nama Mak Na tolong cuci dan balut luka ni kelmarin. Nak aje saya jerit kuat-kuat kesakitan tapi bila ingat balik yang saya ni kononnya 'bisu', terpaksalah saya jerit dalam hati. Terlampau sakit, Syai.. macam kena taruh garam!" cerita Mona.

"Eee... terasa macam mana sakitnya dengar awak cerita macam tu. By the way, besar tak rumah Sadree?" tanya Syai.

"Banglo."

"Masya-Allah. Patutlah ada maid. Beruntung awak dapat masuk banglo," kata Syai.

Mona menggeleng. "Tak ada untungnya kalau rumah tu adalah rumah lelaki yang kita takut, Syai. Saya takut dengan lelaki tu, depan mata saya... dia tembak musuh ke entah apa nama dia tu. Berkecai kepala dia, Syai. Saya trauma...!"

"Awak tak buat cerita kan?" tanya Syai, ragu-ragu.

"Pernah ke saya tipu awak?" soal Mona balik.

"Bukan tak percaya tapi...",

"Tak apa, saya faham. Masa Mak Na cakap dia polis pada masa yang sama ketua kepada salah satu kumpulan mafia, saya pun tak percaya. Tapi bila terjadi depan mata saya sendiri, saya memang tak nak dah jumpa lelaki nama Sadree tu. Saya tak nak dan tak akan jumpa dia lagi," potong Mona lalu meninggalkan Syai masuk ke dalam biliknya.

Dia berasa sangat penat dan pening pada masa yang sama. Dia nak rehat dan tidur. Mungkin kerana masih trauma dengan kejadian kelmarin.

Syai yang masih berada di ruang tamu membiarkan Mona masuk ke dalam bilik. Mungkin Mona penat, fikirnya kerana wajah Mona pucat dan tidak bermaya tadi.


***


"Mona," sebut Haiqal sambil mendekati Mona yang sedang menyapu.

"Ya?" sahut Mona.

"Tak rehat ke? Dari tadi saya nampak awak menyapu. Cleaner lain ada je stop-stop," kata Haiqal.

Mona hanya menggeleng kecil dan tersenyum nipis. Tidak tahu hendak menjawab apa.

"Hm. Kalau saya nak awak jadi personal assistant saya, nak tak?" soal Haiqal tiba-tiba.

Mona menggeleng perlahan.

"Saya tak layak," jawabnya ringkas.

"Kenapa pula? Sijil UPSR, PT3, SPM dan STPM ada kenapa tak layak?" soal Haiqal.

Mona diam sahaja.

"Aimi kan ada? Cuba tanya dia," kata Mona apabila terpandangkan Aimi yang sibuk usha-usha Haiqal dari jauh.

"Saya tanya awak, bukan dia."

Zappppp..!

Ha'ah juga kan.

"Maaf, saya tak nak. Saya lagi selesa kerja macam ni," kata Mona, yakin.

Kang dia terima, mengamuk pula satu bangunan tengok keakraban dia dengan Haiqal. Sekarang ini pun, ramai aje yang duk jeling-jeling mereka berdua. Lagipun Mona memang tidak mahu dengan kerja itu. Biarlah, kerja cleaner ini lagi bagus kot. Masuk pukul 7:30  balik pukul 11:00, beberapa jam aje. Waktu petang, boleh dia keluar dengan Syai kalau Syai tak ada kelas pada petang hari.

"Baiklah kalau itu yang awak nak."

Fuhh... nasib baik Haiqal tak paksa.

Mona menguntum senyuman manis sahaja.




Happy reading
2|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now