TDT 02

840 22 0
                                    

Dua tahun lebih kemudian,

Tergesa-gesa seorang gadis genit berbaju putih dan berselendang hitam masuk ke dalam sebuah restoran lalu mendekati seorang gadis dengan wajah kalut. Sepuluh jarinya disusun lalu dipersembahkan kepada kawan di hadapannya tanpa mengeluarkan suara mahupun sepatah ayat dari mulutnya.

"Bisu ke?" bisik Mujib perlahan khas untuk didengari oleh Sadree dan Leng sahaja kerana sedari tadi mereka bertiga memerhati gadis berbaju putih berselendang hitam tersebut sejak sebelum dia melangkah masuk ke dalam restoran sehinggalah dia dah duduk di hadapan kawan ke entah siapa tu. Kawanlah kot.

Gadis itu memandang sekilas ke arah mereka bertiga sebelum memandang wajah rakannya semula.

"Macam," sahut Mujib dan Leng serentak.

Mereka bertiga berbual kosong kemudian dengan rancaknya.

Kelihatan gadis itu tiba-tiba bangun dari duduknya lalu melangkah keluar dari restoran. Wajahnya kelihatan mendung dan muram sahaja. Di luar restoran, tiba-tiba seorang remaja lelaki dalam usia tiga belas ke lima belas tahun mendekatinya.

Laju sahaja gadis itu menunjukkan isyarat tangan yang sama sekali Sadree, Mujib dan Leng tak faham. Dah tu, cara dia tunjuk isyarat tu laju bukan main. Siapa aje yang nampak tak boleh tangkap, apatah lagi nak faham.

"Dia memang bisu," kata Sadree.

"Ha'ah," sokong Leng.

"Sayang muka dia comel dan lawa tapi tak ada suara," kata Mujib pula.

"Pasti ada hikmah kenapa Allah jadikan dia bisu. Mungkin banyak cakap kot kalau dia ada suara, sebab tu Allah tak kasi dia anugerah tu," kata Leng.

"Shhh! Tak baik cakap macam tu. Jom kita balik."

"Jap wei, sirap aku belum habis ni" kata Mujib laju.

"Tapaukan," selamba sahaja Sadree menuturkannya.

"Dah tinggal beberapa titik macam ni kau suruh aku bungkus? Buang masa je."

"Dah tu, cepat sikitlah minum!" tempelak Sadree.

"Yelah, yelah" balas Mujib lalu menyedut airnya dengan pantas.

Slurppppp...!

"I'm done. Jom gerak," kata Mujib setelah menghabiskan airnya.

"Jom."

Mereka bertiga pun berlalu keluar dari restoran setelah membayar bil makanan mereka.


***


Tergesa-gesa Mona berlari masuk ke dalam restoran mendekati Syai. Pasti Syai dah lama menunggunya tapi dia memang sibuk sangat membeli peralatan sekolah adiknya, Rayyan yang akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan. Itu pun belum semua barang yang dicari dapat beli kerana sebaik sahaja mengingati Syai, dia terus berlari ke sini. Dia lupa sama sekali akan janjinya dengan Syai untuk bertemu hari ini tadi.

Tanpa sepatah kata, dia hanya mampu menyusun sepuluh jari tanda meminta maaf setelah sudah melabuhkan punggung di hadapan Syai.

"Bisu ke?"

Terkejut Mona mendengar seorang lelaki yang duduk di meja selang dua meja dari tempat Mona dan Syai melabuhkan punggung membisikkan soalan itu dengan suara perlahan kepada kawan-kawannya. Untung Mona masih mampu mendengarnya.

Dia memandang ke arah lelaki itu dan dua orang kawannya sekilas sebelum memandang wajah Syai semula.

'Tak sangka ada lelaki jenis busybody hal orang eh,' bisik hatinya.

Kedengaran tiga orang lelaki sibuk berbual kemudian. Entah apa benda yang dibualkan, Mona tak nak ambil tahu. Tak penting pun.

"Kenapa lambat? Janji hari tu pukul sembilan, sekarang dah pukul sepuluh lebih" kata Syai, separuh membebel.

"Sorry, Syai... saya teman Rayyan beli barang sekolah. Terlupa sangat pasal date kita hari ni. Sorry, Syai... ini first and last time saya lewat macam ni, i promise!" kata Mona bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan kirinya separas telinganya tanda bersumpah dan berjanji.

"Janji ya, tak nak lewat lagi lepas ni. So, mana Rayyan?" tanya Syai sambil melilaukan mata mencari kelibat adik Mona.

"Tuu...," kata Mona sambil menjuihkan mulut ke suatu arah.

Syai pun menoleh ke arah itu. Kelihatan Rayyan berjalan perlahan menuju ke arah mereka.

"Dah siap cari barang exam Rayyan ke?" tanya Syai.

Mona menggeleng laju tanda belum.

"Kalau belum, jom kita sambung cari. Awak pergi dulu, saya nak bayar bil" kata Syai.

"Okey. Kalau macam tu, saya tunggu awak kat luar" kata Mona pula lalu terus bangun berdiri.

Dia berlalu keluar dari restoran itu lalu mendekati Rayyan. Wajahnya yang tadi mendung dan muram kerana masih berasa bersalah dengan Syai berubah menjadi ceria apabila berada di hadapan Rayyan.

Laju sahaja tangannya menunjukkan isyarat 'kenapa' kepada Rayyan yang bisu.

Rayyan pun membalas dengan isyarat tangannya iaitu 'pen belum beli lagi' kepada Mona.

Mona tersenyum lalu membalas, 'sekejap lagi kita beli. Tunggu Kak Syai dulu.'

Mulut Rayyan berbentuk bulat menandakan 'ooo...' lalu dibalas dengan anggukan kecil sahaja oleh Mona.

Tidak lama kemudian, Syai muncul. Mereka bertiga pun meninggalkan kawasan itu menuju ke Super Bee untuk membeli pen Rayyan.

Tergeleng-geleng kepala Mona apabila menyedari tiga orang lelaki tadi masih memerhatikannya. Malas ambil kisah, Mona buat-buat tak perasan.





Happy reading
28.02.2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now