TDT 24

370 12 0
                                        

"Aku tanya baik-baik, jawablah baik-baik" nada suara Sadree mula mengeras semula.

"Awak ni kenapa? Suka sangat cakap kasar, mengherdik dan menengking saya. Dah tu suka sangat memaksa saya. Saya tak suka tau, mama dan abah saya tak pernah lagi buat saya macam tu. Awak siapa nak buat saya macam tu?!" soal Mona, keras.

Betul-betul hilang sabar dengan perangai Sadree.

"Sadree. Aku Sadree yang buat kau macam tu. Tengking-tengking kau, herdik kau, paksa kau dan marah kau. Ya, itulah aku. Kau marah? Ada aku kisah?" kata Sadree selamba.

Mona mendengus. Tak guna bercakap dengan lelaki bernama Sadree ini. Tak pandai faham bahasa betul. Lain yang Mona maksudkan, lain yang dia faham. Entah-entah soalan KBAT PT3 dan SPM tak dapat jawab ni.

Bengap!

Sreeeet...

Kereta Sadree berhenti tepat di hadapan rumah banglo. Aik. Hari tu banglo konsep lain. Hari ni konsep lain juga. Untunglah orang kaya.

"Ikut aku."

"Buat apa?" soal Mona tanpa memandang wajah Sadree.

Benci sungguh dia memandang wajah lelaki itu.

"Ni yang buat aku marah ni. Aku suruh ikut aku, ikut jel..."

"Baiklah, baiklah. Saya turun. Awak simpan dulu ayat penuh awak. Please... saya tak suka dengan orang yang suka marah-marah," potong Mona lalu keluar dari kereta Sadree.

Sadree tersenyum sinis lalu turut keluar dari perut keretanya. Mona didekati.

"Ini rumah parents aku. Jaga adab kau sikit depan diaorang."

Ooo... rumah mak bapak dia, patutlah lain.

"Awak tak kenal saya lagi, Sadree. Don't judge a book by it's cover, awak jangan menyesal tengok saya layan parents awak baik macam apa nanti," kata Mona lembut bersama senyuman manis.

"Just go on. Asalkan kau jaga hati diaorang," balas Sadree.

"Okey."

"Jom masuk. Banyak cakap betul kau ni. Masa pura-pura bisu tu, diam aje." Sadree mendengus sebelum membawa Mona masuk ke dalam rumah mewah itu.

Terkulat-kulat Mona dibuatnya. Malu pula dia jika Sadree membangkitkan pasal itu. Itulah kau Mona... tak ada masalah, pepandai kau cari masalah. Macam tadi, nak selamatkan lelaki yang rupanya Sadree ni dari terus dipukul konon...

Sekarang kau juga yang makan hati.

Padanlah muka.

Langkah Sadree dikejar.

"Assalammualaikum?" laung Sadree di muka pintu rumah namun salam tidak berjawab. Macam tak ada orang je.

Beberapa saat sahaja, mereka sudah berada di ruang tamu banglo itu.

"Rumah orang tua awak cantik, macam rumah yang hari tu juga," puji Mona tanpa sedar walhal baru tadi dia dan Sadree tidak berapa okey. Kaya betul keluarga Sadree. Oh lupa. Sadree kan jutawan, jutawan muda mesti ibubapa dia pun sama. Mungkinlah.

"Terima kasih," ucap Sadree.

"Hah... untuk?" soal Mona, terpinga-pinga.

"Sebab aku jumpa perempuan bodoh dan bengap macam kau. 'Terima kasih' tadi untuk Allah, bukan kau! Jangan nak perasaan sangat."

Zapppp!

Auchh... menusuk jiwa dan raga. Mona hanya melempar senyum simpul. Dia berjanji pada dirinya agar tidak meninggikan suara, berkasar atau apa-apa sahaja kepada Sadree. Dia mahu berdamai dengan lelaki itu. Tidak mahu marah-marah lagi macam tadi.

Biarlah Sadree nak berkasar terus kepadanya. Mona akan cuba bersabar. Ya, insha-Allah.

"Sunyi ya?"

"Umi dengan abi tak ada kat rumah kot," kata Sadree, tenang.

Dah tak ada nada sinis dan nada marah dalam percakapannya. Itu sekarang, nanti-nanti pasti balik tu.

"Rumah besar macam ni, mustahil tak ada maid?"

"Tengah mencari. Semua dah berhenti," jawab Sadree ringkas.

Dia melabuhkan punggung di atas sofa setelah menghidupkan tv besar gedebak dalam rumah itu. Melotot juga mata Mona tadi tapi sekejap sahaja.

"Kalau saya tawarkan diri nak jadi maid kat sini?" usul Mona dengan wajah berseri-seri.

"Jangan. Aku tak suka."

"Kenapa?" soal Mona, tidak puas hati.

"Sebab aku tak suka kau."

Zuppppp!

Kalau tak suka, kenapa bawa Mona ke sini.

"Dah pukul lapan setengah ni, saya kena masuk kerja," kata Mona cemas apabila terjeling jam tangannya.

"Cuti aje."

"Mana boleh. Tolong hantar saya, saya tak nak dibuang kerja," rayu Mona tiba-tiba.

"Kaki aku sakit. Badan aku juga sakit. Aku tak boleh hantar kau," selamba Sadree berkata demikian.

"Habis, saya macam mana?"

"Lantak kaulah nak buat apa. Aku nak tidur," sebaik sahaja berkata demikian, terus Sadree benar-benar tertidur. Siap berdengkur lagi.

Mona mengetap giginya. Geram.

"Awak memang selfish, Sadree."




Happy reading
3|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang