TDT 33

343 13 0
                                    

"Kau dah settlekan kerja kau?" soal Haiqal.

"Baru on the way ke rumah dia," kata satu suara di corong telefon.

"Good. Dah settle nanti, kau call aku. Ingat! Pastikan dia mati."

"Okey, bos!"

Tut!

Haiqal melemparkan telefonnya di atas meja kerjanya setelah itu.

Dia meraup wajahnya perlahan. Entah di mana Mona sekarang. Sudah dua minggu dia mencari gadis itu. Ditelefon tidak diangkat, dicari tidak jumpa.

Di mana kau, Mona.

Aku rindu kau.

Haiqal memejamkan matanya seketika.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" arah Haiqal sambil membetulkan duduknya.

Pintu ditolak dari luar dengan perlahan.

"Assalammualaikum, Encik Haiqal?" sapa Aimi.

"Waalaikumsalam. Ada apa datang jumpa saya ni? PA saya kan ada di luar," kata Haiqal agak kurang senang dengan kemunculan Aimi di dalam bilik pejabatnya.

Hanya Mona perempuan yang boleh masuk ke sini.

"Saya nak cakap sikit dengan encik. Hal peribadi. Boleh kan?" kata Aimi lemah lembut.

"Penting?" soal Haiqal, bodoh.

"Pasal Mona Aisha Nawab."

Terus riak wajah Haiqal bertukar serius.

"Cakap cepat."

Tersenyum Aimi.

"Arwah Cikgu Syamailiha...",

"Kenapa?" potong Haiqal.

Lambat betul Aimi ni nak mulakan cerita.

"Mona Aisha Nawab, dialah penyebab arwah Cikgu Syamailiha meninggal dunia," kata Aimi.

"Kau jangan nak buat cerita!" tegas Haiqal.

"Arwah mati sebab disimbah asid dan terjatuh dari bangunan. Apa kaitan dengan Mona?" soal Haiqal lagi.

"Dia yang rancang semua tu dan dia yang buat semua tu. Buka minda awak sikit, Haiqal!" tinggi suara Aimi berkata demikian.

"Kau siapa nak tuduh dia tanpa bukti?!" tengking Haiqal.

Perkataan 'awak' bertukar menjadi 'kau'.

"Nampak sangat yang awak masih cintakan dia. Move on lah Haiqal, dia dah tak sayangkan awak lagi. Awak kena sedar tu," kata Aimi perlahan.

"Keluar Aimi. Aku tak suka tengok muka kau. Jangan sampai aku buang kau kerja."

"Sampai hati awak halau saya, Haiqal...." serentak itu, Aimi membuka topeng wajahnya. Terserlah wajah sebenarnya.

"Damia..." terlopong Haiqal.

"Ya. Damia sahabat awak sejak di bangku sekolah lagi," kata Aimi atau nama sebenarnya Damia.

"Macam mana awak boleh tahu saya 'Haiqal'? Walhal rupa saya dah bertukar," kata Haiqal sambil meraup wajahnya.

'Aku' kembali bertukar kepada 'awak'.

Kenapa Damia sentiasa menganggu jalannya untuk rapat dengan Mona balik.

"Saya tak pernah tinggal walau sebesar zarah pun soal awak. Abaikan pasal tu, sekarang awak kena percaya yang Mona penyebab kakak awak, Cikgu Syamailiha meninggal beberapa tahun yang lalu. Semua tu dia punya kerja. Awak sendiri tahu Haiqal tapi demi perasaan sayang dan cinta awak kat dia, awak nafikan. Tuan Pengetua pun dah sahkan yang dia punca segalanya."

Haiqal terdiam.

Dia bungkam.

Kelu lidah, habis bicara.

"Mona dah tak sayangkan awak lagi. Dia dah ada orang lain, awak kena tahu tu."

"Dah, Damia. Awak boleh keluar, saya ada banyak kerja yang nak disettlekan," halau Haiqal.

"Fine. Saya keluar tapi jangan menyesal jika perempuan yang bunuh kakak awak masih berlegar-legar di muka bumi ni dan pastinya sedang bahagia dengan orang lain. Awak ada hak untuk sumbat dia dalam penjara, Haiqal. Tu je. Assalammualaikum!"

Bammmm!

Pintu bilik Haiqal berbunyi kuat setelah dihempas sekuat hati oleh Damia. Geram betul dia kerana Haiqal tak sudah-sudah menyebelahi Mona.

Apa lebihnya Mona dan apa kurangnya Damia.

"Kurang ajar!" bentak Damia sambil mengenggam penumbuknya.

Laju sahaja langkah kakinya diatur meninggalkan bilik pejabat Haiqal menuju ke tingkat bawah. Dia nak pulang ke rumah kerana jarum jam sudah menginjak angka 12 tengah hari. Sia-sia betul usahanya untuk membuatkan Haiqal membenci Mona.

Damn!

Damia pula yang menahan malu. Dia tahu Haiqal sedia maklum yang dia sukakan Haiqal tapi sampai sekarang Haiqal tak bagi apa-apa respon.

Hatinya hanya untuk Mona. Mona dan terus Mona sahaja. Tak pernah nak ada nama Damia.

Kenapa?!

Apa kekurangan Damia sehinggakan Haiqal tak pernah pun nak balas balik cinta dia.

Bodohkah Haiqal.

Ya, memang.

Emas di depan mata, kaca juga jadi pilihan.

Begitulah lelaki. Tapi tak semua. Begitu juga perempuan. Tapi tak semua juga. Masih ada lagi yang terus memilih emas tanpa memandang kaca.




Happy reading
6|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now