"Ishraf, awak buat apa kat sini?" tegur Syai yang baru pulang dari universiti kerana baharu habis kelas. Ketika itu, jarum jam menunjukkan angka 5 petang.
"Eh awak tinggal area sini?" terkejut lelaki yang memakai T-Shirt hitam dengan jeans hitam itu apabila Syai menegurnya.
"Ya. Inilah tempat saya tinggal," kata Syai memaksudkan rumah yang berada di hadapan dia dan lelaki itu.
"Awak buat apa kat sini?" tanya Syai buat kali kedua.
"Saya nak cari kawan saya. Dia pun tinggal kat sini juga," jawab lelaki itu.
"Mona?" soal Syai.
"Ya, ya."
"Mona kawan awak?" soal Syai agak terkejut.
Macam mana pula Mona dengan Ishraf boleh jadi kawan ni.
Syai tak tahu pun.
Lelaki itu tersengih sahaja. Tidak menjawab soalan Syai.
"Emm. Sekejap ya, saya panggilkan dia," kata Syai lalu membuka kunci mangga dan masuk ke dalam rumah untuk memanggil Mona.
Masuk sahaja di dalam rumah, Syai melihat Mona tertidur di atas sofa di ruang tamu. Berkira-kira dia hendak kejutkan Mona atau tidak apabila melihat keadaan Mona yang sedemikian.
Tiba-tiba,
"Ehh Syai... dah lama balik?" tanya Mona sambil menenyeh matanya dua tiga kali, baru bangun.
"Baru aje. Erm... tu Ishraf tunggu awak kat luar, dia nak jumpa awak" kata Syai dalam nada teragak-agak.
"Ishraf. Bukan tu lelaki yang awak minat ke?"
"Entahlah. Cepatlah pakai tudung, dah lama juga dia tunggu awak tadi," kata Syai lalu meninggalkan Mona masuk ke dalam biliknya.
Terpinga-pinga Mona seketika sebelum masuk ke dalam biliknya mencapai sehelai selendang hitam. Dililit bebas selendang itu di kepala dan lehernya lalu berjalan ke luar rumah.
Tiba di luar rumah, dia melihat seorang lelaki memakai T-shirt lengan pendek hitam dan seluar jeans hitam berdiri membelakanginya. Tingginya lelaki tu... sama macam Haiqal dan Sadree sahaja.
Didekati lelaki itu bersama sapaan salam.
"Assalammualaikum?" ucap Mona.
"Waalaikumsalam," balas lelaki itu seraya berpaling menghadap Mona.
Buntang mata Mona.
Ishraf yang Syai selalu cerita adalah... Sadree.
"Kenapa tak angkat call aku?" soal Sadree terus.
"Err... bateri mati," bohong Mona.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?" soal Sadree apabila Mona masih memandangnya dengan wajah hairan.
"Siapa nama penuh awak?" tanya Mona tanpa mempedulikan soalan Sadree.
"Penting ke?" sinis Sadree menanya.
Mona hanya mengangguk mengiakan.
"Muhammad Ishraf Sadree Bin Mikayl, your future husband's fullname."
Ternganga Mona bukan kerana ayat terakhir Sadree tapi ianya kerana nama penuh Sadree.
Ishraf Sadree.
Jadi selama ini, Ishraf yang disebut-sebut oleh Syai ialah Sadree dan lelaki yang disukai oleh Syai juga adalah Sadree.
Ya Allah... dugaan apakah ini.
"Ada apa datang ni?" soal Mona dingin.
Bila dah tahu yang Syai pun sukakan Sadree, serta merta hati Mona berasa tawar dengan Sadree. Mungkin Syai, sepupu kesayangannya layak untuk Sadree daripada diri dia.
"Aku nak jumpa kau. Saja nak tengok keadaan kau, yelah mana tahu kau tak sihat sebab baru 'berpisah' dengan Haiqal kan," perli Sadree.
Mona tersenyum nipis, paksa sebenarnya.
"Saya okey dan akan sentiasa okey. Awak tak perlu susahkan diri nak datang sini untuk tengok keadaan saya ke apa," kata Mona perlahan.
"Kau tak suka aku datang?" soal Sadree.
"Ya," jawab Mona laju.
"Ada aku kisah? Aku nak datang kat sini juga tiap hari."
"Tak perlu susahkan diri awak untuk perkara tak berfaedah macam ni, Sadree. Kenapa awak suka susahkan diri awak sebab saya? Awak ada banyak kerja yang lebih penting daripada datang sini jumpa saya. Saya bukan siapa-siapa bagi awak dan awak bukan siapa-siapa bagi saya. Tolong Sadree... saya tak nak jumpa awak lagi. Kita tak patut macam ni. Awak baliklah dan jangan datang sini lagi," kata Mona lalu terus berpaling ke belakang, mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah semula.
"Mona," pantas Sadree menarik lengan Mona membuatkan Mona terpusing ke belakang semula, menghadap Sadree.
"Kalau tak nak aku datang sini, sekurang-kurangnya angkat call aku," kata Sadree perlahan sambil melepaskan lengan Mona.
Mona diam.
"Boleh ke tak?"
Mona angguk akhirnya.
"Awak baliklah," gesa Mona.
"Iya, Mona. Kau tu jaga diri," pesan Sadree lalu memboloskan diri masuk ke dalam keretanya.
"Kirim salam kat kawan kau, Syairah. Dia sangat cantik dan lembut mata memandang, tak macam kau."
Mona angguk sahaja. Dia tahu Sadree hanya bergurau tapi gurauan dia tu mengena pada tangkai hati Mona. Mungkin juga Sadree tidak bergurau. Sebak Mona dibuatnya.
Mona terluka.
... untuk ke sekian kalinya.
"Assalammualaikum!" laung Sadree.
"Waalaikumsalam," balas Mona.
Vrrrrooommmmm!
'Terima kasih Sadree. Terima kasih sebab bagi saya rasa perasaan yang tak sepatutnya untuk dirasai ini,' bisik hati Mona lalu masuk ke dalam rumah semula.
Happy reading
6|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...