Sejak Haiqal menghantar Mona ke rumah sewa Mona tempoh hari, mereka berdua mula rapat tetapi Mona tetap menghormati Haiqal sebagai bosnya.
Haiqal pula tetap merahsiakan siapa dirinya yang sebenar kepada Mona. Dia berfikir, belum tiba masanya untuk memberitahu akan hal itu kepada Mona.
Biarlah.
Bila tiba masa yang sesuai, pasti Haiqal akan bagitahu. Bukan hari ini, bukan esok, bukan juga lusa tapi suatu hari nanti dan 'suatu hari nanti' itu pasti akan tiba jua.
Suatu hari,
Sedang Mona berjalan di tengah bandar, tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang lelaki. Lelaki itu cedera di bahagian perut. Terpelanting tubuhnya saat terlanggar tubuh Mona akibat pelanggaran yang terlalu kuat.
Mona pun sama. Tubuhnya terpelanting menghentak bahunya di sebuah dinding bangunan berhampiran menyebabkan bahunya luka terkena bucu bangunan tersebut yang menyerupai pagar.
"Ughh.." hanya itu yang mampu terkeluar dari dalam mulutnya.
Sakit di bahu usah dikatakan. Terlalu sakit dan pedih. Macam patah pula bahunya. Entah 'badak sumbu' dari mana entah yang melanggarnya tadi.
Orang ramai mula mengerumuni Mona yang terduduk di atas jalan sambil memegang bahunya yang terkoyak dan mula mengalirkan darah pekat. Baru sahaja Mona hendak bangun berdiri, sepasang tangan menarik tubuh Mona ke dalam pelukannya lalu membawa Mona pergi dari situ secepat yang mungkin.
Mona yang terkejut hanya mampu membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian. Semoga 'orang ini' berniat baik untuk membawanya ke hospital. Deria bau Mona dapat mengesan bau darah semakin kuat menusuk hidungnya. Bukan darah Mona kerana Mona tahu bau darahnya macam mana.
Bau darah itu seperti bau darah 'orang' yang mengangkatnya. Mungkinkah 'orang' ini adalah lelaki yang merempuhnya kerana lelaki itu cedera di bahagian perutnya tadi.
Ah! Abaikan. Semoga dia menghantar Mona ke hospital sahaja kerana bahu Mona sudah terlalu sakit.
Tidak semena-mena, buk..!
Erghhh...
Tubuh Mona dilemparkan ke seat belakang sebuah kereta sebelum pintu kereta ditutup kasar. Lelaki itu kemudiannya bergerak masuk ke bahagian pemandu. Dia menghidupkan enjin lalu memecut laju pergi dari situ bersama Mona yang terpinga-pinga kerana masih terkejut tatkala tubuhnya dihempas begitu sahaja di tempatnya sekarang.
Bertuah punya lelaki. Suka hati sahaja main hempas-hempas tubuh Mona. Perlahan-lahan Mona yang terbaring bangun untuk duduk. Dia memandang wajah lelaki itu melalui cermin pandang belakang.
Eh!
Lelaki ini kan yang...
Sreeeeeet...!
Tiba-tiba lelaki itu brek mengejut di hadapan sebuah rumah banglo. Enjin keretanya dimatikan sebelum dia keluar dari kereta menuju ke arah Mona.
Lengan Mona ditarik untuk membawanya keluar dari keretanya.
Mona kaku.
Apa nak buat ni? Takkan nak ikut lelaki ini masuk ke dalam... siapa aje dalam rumah besar ni.
Janganlah dia rogol aku, Ya Allah...
Melihat Mona kaku tidak bergerak, lelaki itu semakin kuat menarik lengan Mona. Sekilas pandang, macam Mona kena heret masuk ke dalam rumah banglo itu pula.
"Duduk!" arah lelaki itu sebaik sahaja dia dan Mona sudah berada di dalam rumah banglonya.
Tiba-tiba, seorang lelaki muncul dengan memakai seragam polis di tubuhnya. Indah dilihat, seindah pemakainya.
"Wei Sadree, kau cedera teruk ni!" katanya sebaik sahaja melihat ada kesan darah di bahagian perut si lelaki yang rupanya bernama Sadree itu.
"Cik Bisu pun ada juga?" soalnya kepada Sadree lagi.
Terkebil-kebil Mona. Dia panggil aku Cik Bisu? Ohyayaya, no wonder sebab aku berlakon bisu hari tu kan.
"Suruh maid cuci dan balut luka dia, Leng. Aku tak sengaja terlanggarkan dia tadi. Entah dari mana, tiba-tiba aje depan mata aku," kata Sadree kepada kawannya yang bernama Leng rupanya.
"Got it. Kau pun pergilah cuci dan balut luka kau kat belakang," kata Leng sebelum memanggil seorang maid entah lupa nama.
Sadree memandang Mona sekilas sebelum membawa kakinya ke suatu arah. Tubuhnya hilang di situ kemudian. Serentak dengan itu, seorang mak cik muncul lalu mendekati Leng dan Mona.
"Ada apa tuan?" tanyanya sebaik sahaja sudah berada di hadapan Leng.
"Mak Na tolong cuci dan balut luka kawan Tuan Sadree ni. Nanti dah siap, bagitahu Tuan Sadree. Saya dah nak masuk kerja," kata Leng.
"Baiklah, Tuan Leng" balas si mak cik yang bernama Mak Na.
"Dia bisu, Mak Na" tambah Leng sebelum keluar dari rumah itu.
Mak Na terus menjatuhkan pandangan ke wajah Mona yang terkebil-kebil memandangnya.
Happy reading
1|3|2020

ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...