"Angah!" pantas seorang gadis paras leher Sadree memeluk tubuh sasa Sadree sebaik sahaja Mona dan Sadree masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu.
'Tingginya dia ni,' bisik hati Mona.
Mona yang bertubuh kecil, makin kecil pula berdiri di sebelah Sadree dan gadis itu.
"Siapa ni?" tanya gadis itu sebaik sahaja menyedari keberadaan Mona di sebelah Sadree.
"Ini Kak Mona, isteri angah. Umi dan abi mana?" tanya Sadree terus.
Gadis itu merenung Mona separa tajam sebelum menghulurkan tangan kepada Mona untuk bersalaman.
'Macam tak ikhlas je?' bisik hati Mona lagi.
"Umi dan abi masih kat atas. Sekejap, Dihah panggilkan" kata gadis itu lalu berlari naik ke tingkat atas.
"Tu Madihah atau nama pendek, Dihah. Sepupu aku belah ibu. Muda dua tahun dari kau," kata Sadree tanpa disoal oleh Mona.
Terangguk-angguk Mona. Maknanya Madihah umur 18 eh.
"Dia suka aku dari dulu tapi aku tak. Jadi kau, tak payah nak cemburu sangat kalau dia rapat dengan aku."
"Hah?" terpinga-pinga Mona.
Terjongket-jongket kening Sadree.
"Siapa aje nak cemburukan awak? Ishh ishh..." gumam Mona.
Sadree tertawa besar. Suka pula dia.
"Mari duduk."
Mona akur. Dia melabuhkan punggung di sebelah Sadree.
"Awak anak tunggal eh?" tanya Mona, tiba-tiba ringan mulut.
"Aku anak kedua, semua orang panggil aku 'angah'. Adik-beradik aku ada empat. Along, aku (Angah), Bangde dan Acu."
"Wah. Semua lelaki?"
"Ya. Tu yang Madihah rapat sangat dengan umi. Umi tu teringin nak ada anak perempuan."
Banyak cakap pula Sadree ni. Sebelum ni, tak adanya dia nak cakap normal macam sekarang. Asyik kasar dan marah-marah je.
"Kenapa kau diam?" soal Sadree.
"Err... tak ada apa-apa."
***
Mona terus melabuhkan punggung di atas sofa rumah Sadree setelah bertemu dengan ibubapa Sadree. Lepas sahaja hertemu dengan orang tua itu, Sadree terus membawa Mona pulang ke rumahnya.
Penat juga Mona dicium oleh umi tadi. Begitukah umi buat pada Syai masa Sadree bawa Syai tinggal dengan umi dan abi tempoh hari? By the way, umi rupanya wanita yang Mona 'tertanduk' dekat mall tempoh hari.
"Tak lapar ke?" tegur Sadree sambil melabuhkan punggung di sebelah Mona.
Mona menggeleng.
"Terlalu kenyang adalah. Tadi umi suruh tambah nasi banyak kali," kata Mona.
Sadree tertawa.
"Siapa suruh keding sangat? Tu yang umi suruh tambah banyak kali," kata Sadree.
Mona mengherotkan senyuman paksa.
"Aku naik dulu. Kau tunggu sini," kata Sadree lalu terus meninggalkan Mona berseorangan di ruang tamu.
Mona pun duduk berseorangan di situ.
"Akak isteri angah? Kenapa angah boleh berkahwin dengan akak? Akak jampi angah eh?"
Tersentak Mona sendiri mengingati kata-kata Madihah di rumah umi tadi sewaktu dia ditinggalkan berdua bersama Madihah. Madihah nampak sahaja baik tapi bila di belakang umi, abi apatah lagi Sadree, lancangnya mulut dia Allah SWT dan Mona sahaja yang tahu.
"Dihah akan pastikan angah ceraikan akak suatu hari nanti."
Zapppp!
Mona meraup wajah. Apakah Madihah akan membuktikannya suatu hari nanti? Mona penat betul menghadapinya.
Syai, Haiqal, Damia, Sadree dan sekarang Madihah.
Entah siapa lagi lepas ni.
"Eh kau..." tegur satu suara.
Terangkat kepala Mona. Leng pula yang menegurnya. Masih duduk serumah pula dengan Sadree. Ingatkan tadi tak ada orang kerana sunyi sahaja rumah sewaktu Mona masuk.
"Aku Leng," Leng memperkenalkan diri bersama senyuman manis.
"Saya tahu," kata Mona turut tersenyum juga.
"Oh haha. Mesti Sadree yang kenalkan kan. By the way, mana Sadree?" tanya Leng.
"Dia di atas. Baru je naik," jawab Mona.
Ramahnya Leng, tak macam Sadree. Sadree pun adakalanya peramah juga tapi ada masanya.
"Ooo... erm. Aku keluar dulu. Kalau Sadree tanya pasal aku, bagitahu dia pukul 12 nanti ada 'kerja' sikit. Dia mesti turun," kata Leng.
"Baiklah," kata Mona sambil merenung belakang tubuh Leng yang memakai seragam polis. Lelaki itu kemudian keluar dari rumah.
'Kerja' apa tu eh?
"Leng cakap apa tadi?" tanya Sadree.
Terkejut Mona. Sadree ni selalu sahaja muncul tiba-tiba dan terus tiba-tiba. Haha.
"Dia cakap pukul 12 nanti ada kerja sikit. Awak wajib turun," ulang Mona lancar.
Terangguk-angguk Sadree.
"Kerja apa tu?"
Gulp! Apasal kau busybody sangat ni, Mona! Dah tahu Sadree tak akan jawab, yang kau pergi tanya dia apa daa.
"Operasi."
Eh Sadree jawablah.
"Ooo," terangguk-angguk Mona.
Dia malas bertanya lagi. Takut Sadree kurang senang sekiranya dia banyak tanya.
"Malam ni nak buat serbu besar-besaran kat suatu tempat. Kegiatan penyeludupan dadah makin berleluasa."
Mona pandang Sadree. Sadree balas.
"Aku akan kunci pintu rumah elok-elok. Aku tak nak Haiqal dapat masuk macam hari tu," kata Sadree lagi.
Mona mengangguk kecil walhal punyalah dia takut tidur berseorangan dalam rumah besar gedebak ini.
"Mari ikut aku."
Mona kemudian bangun berdiri mengekori Sadree naik ke tingkat atas. Kalau tak silap Mona, rumah ni ada lif tapi kenapa Sadree tak pakai lif tu. Rosak kut.
Sadree menghentikan langkah kakinya di hadapan sebuah bilik. Mona juga sama sebelum pintu bilik itu Sadree tolak dari luar, perlahan.
Wah. Luasnya bilik ni. Macam besar rumah kat kampung.
"Ini bilik kita. Kau tidurlah atas katil tu. Bak kata kau, buat macam katil sendiri."
Mona mengherotkan senyuman nipis. Memang dia pernah cakap macam tu kat Sadree di kampung hari tu.
"Aku dah nak keluar. Sleep tightly. Aku akan cuba balik awal, temankan kau."
Gulp!
Mimpikah Mona.
Sadree cakap 'sleep tightly'?
"Eh. Awak balik lambat pun tak apa," kata Mona laju.
Kenapa Sadree makin lama makin baik ni.
"Kau ingat aku tak tahu yang kau tu penakut?"
Zappp!
Mona tersengih sahaja.
Macam mana Sadree boleh tahu?
"Dah. Tidur. Assalammualaikum," ubun-ubun Mona diusap sebelum dia meninggalkan Mona yang terkebil-kebil.
"Waalaikumsalam."
Kenapa Sadree jadi pelik sangat tiba-tiba ni? Orang kata, petanda seseorang tu nak mati, perangai dia akan berubah menjadi pelik-pelik. Uishh... janganlah Sadree mati dulu. Aku tak nak membalu.
Happy reading
10|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...