TDT 36

369 13 0
                                        

Keesokan harinya,

"Huwarghhhhhh...!" Mona menguap sungguh-sungguh.

Telefon yang berada di tepinya diambil lalu dihidupkan untuk melihat jam. Baru pukul 4:40 pagi. Azan Subuh lama lagi nak berkumandang. Mona memejamkan matanya semula.

"Ehem!" dehem satu suara.

Terbuka mata Mona perlahan namun dia menutupnya semula. Dia sangat mengantuk.

"Abah ke tu?" tanya Mona dengan mata terpejam.

"Sadree."

Terbuka luas mata Mona mendengarnya. Direnung Sadree yang berdiri di tepi katilnya. Laju sahaja Mona duduk di katil.

"Macam mana awak boleh masuk dan apa awak nak buat ni?" soal Mona, cemas dan takut.

Dia benar-benar terlupa hendak menjerit.

"Kenapa? Tak boleh?" soal Sadree sambil melabuhkan punggung dekat dengan Mona.

"Baik awak pergi sebelum saya jerit kuat-kuat," kata Mona keras sambil mengengsot ke belakang sehingga belakangnya terhantuk di kepala katilnya.

"Shh. Kau duduk diam-diam. Aku saja datang, nak tengok kau" kata Sadree, tenang.

"Kenapa awak sanggup buat kerja bodoh ni, Sadree? Berdosa namanya ni. Baik awak keluar. Saya mengantuk."

"Aku tak nak keluar. Kau tak payah tidur. Mari berbual dengan aku," kata Sadree.

"Keluarlah Sadree. Mati awak nanti kalau abah dan mama saya tahu awak dalam bilik saya. Apa diaorang fikir nanti? Saya tak nak dituduh berzina!" tegas Mona lalu bangun berdiri dari katilnya.

Dia bergerak menuju ke pintu biliknya.

"Keluarlah. Macam mana awak masuk, macam tulah awak keluar. Pergi, sebelum mama dan abah saya sedar," kata Mona perlahan tanpa memandang wajah Sadree.

Sejujurnya terubat sedikit rindunya dengan Sadree namun perbuatan Sadree tak betul. Dia tak sepatutnya berani-berani buat macam ni.

"Aku tak nak."

"Awak jangan degil, Sadree."

"Aku dah cakap yang aku tak nak keluar kan, susah sangat ke nak faham?"

Mona mengeluh.

"Baiklah. Kalau macam tu, awak duduklah sini. Nak tidur, tidurlah. Lantak awak kalau mama dan abah saya tahu yang awak ada kat dalam ni," kata Mona. Sadree yang masih berada di atas katilnya tidak dipandang.

Telekung dan sejadahnya dicapai lalu dibawa keluar ke ruang tamu agar mudah untuk dia bersolat jika masuk waktu nanti. Dua benda itu diletakkan di atas sofa, menjadi bantalnya sebelum dia sendiri merebahkan diri di atas sofa.

Beberapa saat sahaja, dia sudah berdengkur halus.

Sadree yang berada di dalam bilik menjongket kening apabila Mona keluar. Dia bangun dari duduknya lalu membuka pintu bilik. Dia melihat Mona berbaring secara mengiring di atas sofa di ruang tamu. Gadis itu tertidur lena.

Melihat itu, Sadree menutup semula pintu bilik Mona.

"Saya tak nak dituduh berzina!"

Sadree tergelak mengingati kata-kata Mona itu tadi. Macam-macam... haih.


***


"Mona... Mona...," tubuh Mona digoyang-goyangkan oleh mama.

Tersedar Mona dari lenanya. Matanya memandang mama.

"Ada apa, mama?" tanyanya mamai.

"Pergilah solat, ajak Sadree sekali."

"Macam mana mama boleh tahu Sadree ada dalam rumah ni?" tanya Mona masih mamai dengan malas. Matanya terpejam semula.

"Mama tahulah. Mona pergi solat. Subuh dah nak habis ni," kata mama tegas.

"Yelah. Mona dah nak bangun dah," kata Moma malas lalu bangun dari perbaringannya.

Dia membawa langkah kaki menuju ke bilik mandi yang berada di luar rumah. Membasuh wajah dan menggosok gigi. Setelah itu, dia mengambil wuduk. Hendak mandi, tak sempat lagi. Subuh dah nak habis.

Setelah mengambil wuduk, dia masuk semula ke dalam rumah. Telekung disarungkan ke dalam tubuh.

"Dah kejutkan Sadree?" tegur mama saat Mona baru sahaja hendak menghamparkan sejadah.

"Sadree?" soal Mona.

"Yelah, Sadree. Kejutkan dia dan Mona pergi solat dengan Sadree. Pergi!"

Berkerut kening Mona seketika.

Sadree.

Dalam bilik.

Bilik siapa.

Laju sahaja Mona mengatur langkah kaki menuju ke dalam biliknya apabila teringatkan Sadree yang berada di dalam biliknya. Tombol pintu dipulas dan terlihatlah Sadree yang masih tidur pulas tanpa memakai baju di atas katil Mona.

Amboi... bukan main.

"Awak," tubuh Sadree dipukul perlahan menggunakan sejadah. Nak sentuh Sadree, takut batal pula wuduknya nanti. Dia dah malas nak ambil balik.

"Ermmmm."

"Bangunlah. Subuh dah nak habis ni," kata Mona.

Perlahan-lahan Sadree bangun. Dia duduk seketika di atas katil. Mona dipandang.

Dug dag dug dag...

Hati Mona berdegup kencang. Sadree tetap nampak kacak walaupun baru bangun dari tidur.

"Cepat! Mama saya suruh kita solat berjemaah," tegas Mona.

Sadree bangun dari duduknya lalu mencapai tuala Mona yang tergantung dengan selamba.

"Eh! Awak nak buat apa dengan tuala saya tu?" soal Mona.

"Nak mandilah. Kan nak solat."

"Dahlah pecah masuk rumah orang! Selamba je nak pakai tuala orang. Apa awak ni," geram pula Mona.

"Takkan tu pun nak kedekut? Kisah apa aku," kata Sadree lalu keluar dari bilik Mona bersama tuala Mona yang berada di atas bahunya.

"Tuala tu tak dibasuh satu tahun!"

"Wangi je?" sempat Sadree membalas sebelum langkahnya dipantaskan menuju ke bilik mandi.

Mona mendengus geram. Tiba-tiba keningnya berkerut.

Sadree buat rumah ni macam rumah dia. Mama pula tak hairan dengan keberadaan dia di sini.

Ada apa ni.

Macam ada sesuatu je.




Happy reading
7|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang