"Siapa suami awak, Mona?" tanya Haiqal tanpa memandang wajah Mona.
Mona diam.
Perlukah bagitahu Haiqal? Tapi rasanya Haiqal sudah tahu kan. Mama siap bagitahu nama penuh Sadree kat Haiqal lagi tempoh hari. Ah. Mungkin Sadree mahu mendengar dari mulut Mona sendiri.
"Sadree."
"Dia?" soal Haiqal terkejut.
"Ya. Dia."
"But, why....?" soal Haiqal lirih.
Tak ada lelaki lainkah selain Sadree. Kenapa mesti lelaki tu.
"Allah dah aturkan jodoh setiap hambaNya, Haiqal. Siapa tahu jodoh awak lebih baik dari saya?" kata Mona.
Tergeleng-geleng kepala Haiqal.
Buk! Tiba-tiba pintu bilik Mona ditendang dari luar. Tercabut dalam sekelip mata pintu itu.
"Sadree," sebut Mona terkejut saat melihat si penendang ialah Sadree.
Sadree mara dengan wajah menyinga. Haiqal yang masih duduk di birai katil Mona ditarik keluar dengan kasar dari bilik menuju ke ruang tamu. Ditumbuk dan dibelasahnya Haiqal secukupnya.
"Sadree, sudah!" pantas Mona menghalang sambil menarik lengan Sadree.
Wajah Haiqal sudah lebam-lebam dan mulutnya berdarah banyak. Kenapa Haiqal tak membalas? Bodoh betul Haiqal ni.
"Kenapa kau suruh aku stop? Tak puas lagi nak bermesra dengan lelaki ni?" soal Sadree sambil mencengkam dada baju Haiqal.
"Awak salah faham. Haiqal tak buat apa-apa," jelas Mona serba salah.
Dia tahu perbuatannya dengan Haiqal tadi salah dan pastinya berdosa. Mona mengeluh berat dalam hati.
"Kau memang perempuan tak tahu malu, Mona Aisha!" bentak Sadree keras.
Terhinjut bahu Mona.
"Kau tak ada hak nak tinggikan suara kat dia, Sadree!" bentak Haiqal pula.
"Kau diam! Dia isteri aku. Aku ada hak atas dia. Kau nak tengok aku rogol dia depan mata kau sangat ke?"
Haiqal tertawa sinis.
"Mona tak pernah cintakan kau, Sadree. Hati dia untuk aku saja," kata Haiqal bangga.
Mata Mona melotot mendengarnya. Haiqal ni dah nak mati kena tibai dengan Sadree pun masih ada semangat nak cakap macam tu eh. Perasan betul mamat ni.
"Kurang ajar!"
Buk! Buk! Buk!
"Sadree, sudah. Please Sadree, lepaskan dia... saya tak nak awak jadi pembunuh," rayu Mona takut.
"See? Aku dah cakap yang dia masih sayangkan aku," tergelak-gelak Haiqal berkata demikian.
Sadree sudah benar-benar geram. Pistol yang berada di kocek seluarnya dikeluarkan. Dia benar-benar ingin menghancurkan kepala Haiqal malam ini juga.
"Sadree, jangannnn..." pantas Mona memeluk erat pinggang Sadree.
"... saya tak nak tengok awak macam ni, sa... saya sayang awak!" tangis Mona sepenuh hati di belakang Sadree.
Terpaku Sadree seketika.
"Saya sayang awak!"
Tubuh Mona ditolak membuatkan Mona jatuh terduduk.
"Kau keluar sebelum aku tembak kau!" kata Sadree kepada Haiqal tanpa mempedulikan Mona yang ditolaknya tadi.
"Hahaha. Sure, aku keluar tapi ingat selagi aku masih hidup selagi itu hidup kau tak tenang," kata Haiqal lalu terus keluar dari rumah itu.
Ping!
Pistol yang berada di tangan, Sadree buang di atas lantai rumah. Dia berpusing memandang Mona yang mengesat air mata.
"Kau masih sayangkan dia."
Mona menggeleng.
"Jadi, siapa yang kau sayang? Aku?" soal Sadree sambil duduk mencangkung di hadapan Mona.
Mona menggeleng lagi. Dia tahu Sadree tak suka dengar kalau dia cakap dia sayangkan Sadree tapi tadi tu Mona benar-benar terpaksa. Lagipun... ianya memang wujud dalam hati Mona. Perasaan yang Sadree tidak akan pernah hargai sampai bila-bila.
"Tadi kau cakap kau sayangkan aku?"
Mona bangun dari duduknya.
"Awak kalau nak mandi, pergilah mandi. Nak saya ambil tuala untuk awak?" tanya Mona tanpa memandang wajah Sadree.
"Kau belum jawab soalan aku," kata Sadree sambil turut bangun berdiri di hadapan Mona.
"Tak penting, Sadree. Tadi tu saya cuma nak awak berhenti pukul Haiqal. Saya tak suka tengok awak macam tu," kata Mona.
"Maknanya kau nak pertahankan bedebah tu even dia pecah masuk rumah dan berduaan dengan kau dalam bilik? Ingat, Mona. Kau tu isteri aku. Isteri kepada Muhammad Ishraf Sadree. Aku tak suka bini aku berperangai macam lahanat. Nasib baik aku cepat datang kalau tak, sah! Haiqal pasti dah seronok 'rasmi'kan kau."
Mona terlopong kecil namun ada benarnya kata-kata Sadree. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa. Sadree mengekori dari belakang.
"Dah nak tidur?" soal Sadree apabila melihat Mona sudah berbaring.
"Mengantuk," jawab Mona sambil baring mengiring apabila melihat Sadree membuka bajunya.
"Jangan tidur dulu. Aku nak share something kat kau."
Mona memandang Sadree semula. Ketika itu, Sadree sudah berbaring di sebelahnya dengan tidak memakai baju. Hanya seluar yang ditukarnya. Segan jugalah Mona. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan mata merenung siling.
"Apa dia tu?" tanya Mona.
Sadree berdehem kecil seketika sebelum mula bercerita.
Happy reading
10|3|2020

YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romansa"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...