"Lepaskan dia sebelum kepala kau pecah!" jerit Sadree tiba-tiba.
Serentak Mona dan si lelaki memandang Sadree. Tika itu, wajah Sadree berlumuran darah. Keningnya luka, bibirnya pecah dan bajunya terdapat sedikit kesan koyak. Darah banyak terpalit di bajunya.
Semua orang-orang si lelaki yang masih menggenggam lengannya dah tumpas dan terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan. Baru Mona perasan, jalan ini agak sunyi. Patutlah tidak ada satu pun kereta lalu apatah lagi nak berhenti membantu.
"No means no, Sadree. Aku suka perempuan ni, apa salahnya aku 'pinjam' dia?" kata si lelaki.
"Aku kira sampai tiga. Satu...",
Lelaki itu menyeringai mendengar amaran Sadree. Lengan Mona dilepaskan sebelum sepucuk pistol dikeluarkan dari kocek seluarnya.
Tiba-tiba, pistol itu dilekapkan tepat di kepala Mona yang memang dah kaku berdiri tidak bergerak sejak lelaki itu mula mengeluarkan pistol itu dari kocek seluarnya.
"Tiga!" jerit Sadree..
Bang! Bang!
Mona terus melurut jatuh sebelum terkulai tidak sedarkan diri.
"Allahhh...!" hanya itu yang mampu keluar dari mulut Sadree saat itu.
***
"Erghhh..." rintih Mona perlahan.
"Kau tak apa-apa?" tanya Sadree laju melihat Mona yang sudah sedar.
Serta merta air mata Mona mengalir membasahi pipinya sendiri mengingati kejadian tadi. Dia trauma. Dia tidak mahu bersama Sadree lagi apatah lagi nak pandang muka Sadree, dia dah tak sanggup.
Sadree adalah seorang pembunuh!
Depan matanya kepala lelaki tadi hancur berkecai ditembak Sadree dengan berdas-das peluru. Entah dari mana Sadree dapat pistol, dia tidak tahu. Dia faham Sadree hanya ingin menyelamatkannya tapi dia sangat takut dengan lelaki itu sekarang.
Terlalu takut.
"Berkawan dengan Tuan Sadree ni, kamu dah tahu ke kerja Tuan Sadree apa? Kalau tak tahu, biar Mak Na cerita... Tuan Sadree ni jutawan muda. Orang putih panggil, bil.. bill... billionaire? Ye kut. Selain seorang jutawan, Tuan Sadree juga adalah seorang anggota polis. Pada masa yang sama, Tuan Sadree merupakan kepala sebuah kumpulan mafia dalam negara ni."
'Tuan Sadree merupakan kepala sebuah kumpulan mafia dalam negara ni..' ulang Mona dalam hatinya apabila teringat akan kata-kata Mak Na tadi.
Mona tidak menyangka kata-kata Mak Na ada benarnya. Dia menyangka Mak Na hanya mereka-reka cerita sahaja sebab itu dia tidak percaya. Bila sudah terjadi depan mata, baru Mona percaya. Macam sekarang.
"Kenapa kau menangis?" soal Sadree walaupun dia tahu Mona tidak mendengar suaranya.
"Kau jangan risau. Selagi ada aku, aku akan jaga kau. Itu janji aku."
Kepala Mona terangkat memandang wajah Sadree.
Merepeknya lelaki ni... ingat ni cerita dalam novel ke. Aku hampir mati tau tadi.
"Well... jom aku hantar kau balik," kata Sadree bersama bahasa isyarat.
Mona pun turun dari katil hospital. Eh iya, dia berada di dalam hospital rupanya.
Kakinya diatur mengejar langkah Sadree yang laju.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah sewa Mona, Mona lebih banyak melemparkan pandangan ke luar cermin yang dah pecah tadi.
"Dah sampai," kata Sadree setelah memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumah sewa Mona.
Perlahan-lahan Mona menolak pintu kereta. Sadree yang masih berada di dalam dipandang lalu dengan lancar, tangannya memberi isyarat.
'Terima kasih untuk semua hari ni. Luka di bahu, dan pengalaman nampak lelaki dengan kepala hancur kena tembak depan mata buat pertama kali. Saya harap, saya tak akan jumpa awak lagi lepas ni. Assalammualaikum?'
Jelas Sadree agak terkejut namun dia hanya membiarkan Mona berlalu pergi masuk ke dalam rumah sahaja. Sadree menggeleng-gelengkan kepala seraya mengukir senyuman sinis di bibirnya.
"Kau ingat senang ke aku nak lepaskan kau?"
Vrrrooooommmm!
Mona yang memerhatikan Sadree dari tingkap gelap tadi menggeleng perlahan apabila Sadree sudah memecut pergi.
Mona berharap hari ini adalah hari terakhir Mona jumpa Sadree. Lelaki itu sangat membahayakan jiwa dan dirinya. Boleh depresi Mona dibuatnya kalau tiap hari berhadapan dengan situasi 'aneh' macam tadi.
Terasa bagaikan mimpi pula.
Semoga aku tidak bertemu dengan kau lagi...
Happy reading
2|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...