"Wei bangun!" pipi Mona ditepuk lembut beberapa kali.
"Apa ni...?" tangan Sadree ditepis perlahan dengan mata masih terpejam.
"Bangunlah. Subuh dah nak habis!" tegas Sadree.
"Tak boleh solat," kata Mona ringkas.
"Yeke?" Sadree bangun lalu melangkah keluar dari dalam bilik. Kalau dia tahu Mona 'tak boleh' solat, dah lama dia bersolat sendiri tadi.
Melihat Sadree keluar, laju sahaja tangan Mona mengambil telefonnya yang berada di bawah bantal Sadree sejak semalam.
~20 chat from Syai~
Haishh... Sadree punya pasal lah ni.
Pantas Mona membacanya.
Syai: Knp xreply? Dh tido?
Syai: Wei jwb lah. Awk masih online kan.
Syai: Sye majok ni ☹️
Syai: satu...1
Syai: dua...2
Syai: hm dh tido kut 😓
Banyak lagi tapi Mona malas nak baca.
Mona: Sori. Tertidur klmrin 🙏🏼
Selepas itu, Mona mematikan data telefonnya lalu memejamkan mata semula. Dia sangat mengantuk. Mungkin faktor period.
***
"Assalammualaikum warrahmatullah... Assalammualaikum warahmatullah..."
Mona tersedar. Dibuka matanya memandang Sadree yang kini membaca doa selepas sembahyang. Wajah suci dan bersih itu sedang berdoa, bisik hatinya.
Dia memejamkan mata. Semakin lama memandang Sadree, semakin jatuh pula cinta dan kasihnya untuk lelaki itu. Terdengar Sadree kembali berbaring di sebelahnya.
Dug dag dig jantung berdebar.
Mona membuka matanya. Dalam hati dia bertekad. Dia akan menuntut cerai dengan Sadree tiga bulan sebelum Sadree berkahwin dengan Syai. Dia tidak mahu berbagi kasih. Susah kalau bermadu ni. Kawan boleh jadi lawan. Musuh boleh jadi kawan.
Semoga segalanya dipermudahkan.
***
"Mona nak kerja."
"Sadree benarkan?" tanya mama.
"Nanti Mona tanya dia."
"Isteri ni Mona... kena dengar dan patuh cakap suami. Kalau tak, nusyuz namanya."
"Ya, mama. Mona tahu," kata Mona perlahan.
Mama tergeleng-geleng seketika.
"Mama."
"Ya, Mona?" sahut mama.
"Macam mana kalau suatu hari nanti Sadree nak kahwin lagi dan masa tu Mona tak dapat terima lalu Mona minta Sadree lepaskan Mona? Mama sokong Mona tak?"
"Sokong sangat sebab mama tahu hidup bermadu macam mana. Dah banyak contoh yang kita nampak. Tengok Mak Cik Milan, Kak Nab dan yang lain. Kerana bermadu, hidup mereka jadi tak tentu arah."
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...