Keesokan harinya,
"Ikut aku."
"Ke mana?" tanya Mona.
"KL."
"Tapi, mama dan abah belum balik lagi. Siapa nak teman Rayyan?" kata Mona.
"Tu mama dan abah dah balik," mulut Sadree terjuih ke luar rumah.
Benar kata Sadree. Mama dan abah dah balik.
"Buat apa kat KL?" tanya Mona.
"Bawa kau jumpa abi dengan umi."
"Erk. Hmm."
"Kenapa?" soal Sadree.
"Tak ada apa-apa," kata Mona lalu bergerak ke dapur.
Sebenarnya dia tiba-tiba rasa segan dengan orang tua Sadree yang belum pernah ditemuinya. Mona dahlah agak kekampungan. Hm.
"Kau cepat sikit bersiap. Flight pukul sepuluh nanti. Sekarang dah pukul lapan. Belajar bersiap cepat sikit," kata Sadree yang mengekorinya sehingga ke dapur.
Mona membalas dengan mengangguk kecil pada masa yang sama, matanya memerhatikan tingkah Sadree yang menyapu lantai dapur dengan wajah 'bersih'nya.
Masya-Allah. Indahnya ciptaanMu ini, Ya Allah.
"Kenapa awak tiba-tiba nak kahwin dengan saya? Awak cakap awak tak sukakan saya. Jadi, kenapa awak kahwin dengan saya? Awak sendiri nampak kan keluarga saya hidup susah. Awak boleh je cari perempuan yang lebih baik untuk jadi pendamping awak tanpa perlu bercerai seperti yang akan awak buat dengan saya suatu hari nanti," kata Mona lancar.
Sadree menoleh memandang Mona. Pandangan mata mereka bertaut. Kali ini Mona membalas pandangan mata Sadree tanpa ragu kerana kali ini hatinya benar-benar kosong. Hilang segala perasaan buat Sadree semenjak dia bangun pagi tadi.
"Apa kau cakap?" soal Sadree walhal kata-kata Mona tadi jelas dia dengar semuanya.
Mona diam. Dia malas nak mengulang semula ayatnya. Dia tahu Sadree dengar kata-kata dia tadi.
"Kau tahu, aku tak akan lepaskan kau. Sekali aku lafaz akad tu, selama-lamanya aku akan jaga kau."
"Tak Sadree. Awak ada Syai atau mana-mana perempuan lain yang baik untuk awak. Saya tak layak untuk awak. Bukan awak sendiri cakap yang awak tak akan pernah sukakan saya ke? Jadi tak ada gunanya awak pertahankan perkahwinan yang tidak ada penghujungnya ni," kata Mona.
"Aku tak nak cakap soal ni sekarang," kata Sadree lalu terus meletakkan penyapu di tempatnya semula. Hilang moodnya ketika itu. Dia berjalan keluar dari dapur meninggalkan Mona.
Mona menghela nafas.
Kenapa Sadree tidak mahu melepaskan Mona walhal dalam hatinya tidak pernah ada nama Mona?
Kau kejam, Sadree. Kau kejam.
***
Mona membelek penampilannya di cermin. Dress labuh hitam dipadankan dengan shawl coklat cair. Wajahnya pula ditempek bedak compact nipis dan bibirnya dicalit gincu berwarna soft red.
"Dah siap?" tegur Sadree yang baru masuk ke dalam bilik.
"Dah," jawab Mona.
"Jom."
"Baiklah," balas Mona sambil mencapai beg tangannya yang berada di atas katil.
Langkah Mona diekori. Setelah bersalaman dengan mama dan abah, mereka bertolak menuju ke lapangan terbang.
Seperti biasa, sepanjang perjalanan Mona dan Sadree tidak akan berbual. Ada pun berbual, sepatah dua cukuplah.
Tiba di KLIA, Sadree membawa Mona masuk ke dalam perut sebuah kereta Alphard. Hampir ternganga Mona namun cepat-cepat dia control rasa kagumnya.
Sadree memang sangat kaya.
Semakin lama, semakin banyak yang Mona tahu tentang Sadree.
Hampir sejam perjalanan, kereta Alphard yang dinaiki Mona dan Sadree berhenti di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat.
"Ini rumah parents awak?" tanya Mona.
Sadree angguk.
"Tapi, hari tu dua tingkat je?" tanya Mona lagi.
"Rumah baru. Rumah lama dah jual."
Mona terlopong namun ditekup laju oleh Sadree.
"Ambik kesempatan ke?" soal Mona apabila Sadree menarik semula tangannya.
"Aku suka sentuh kau," selamba Sadree berkata demikian sambil memeluk bahu Mona setelah mereka keluar dari perut kereta.
"Awak jangan buat saya macam ni, Sadree. Kang saya tersukakan awak, awak makin bencikan saya pula nanti," kata Mona berbaur amaran.
"Haha. Buat lawak ke apa? Aku suami kau. Kau nak jatuh cinta ke, nak makan aku ke, nak buat apa kat aku, aku okey. Aku izinkan."
"Awak sendiri cakap yang awak tak suka kalau saya tersukakan awak?" kata Mona.
"Dulu lain. Sekarang lain," balas Sadree.
Mona mengherotkan senyuman nipis, palsu.
Kau makin lain, Sadree... adakah kerana Syai?
"Senyum lebar sikit. Umi tu tak sabar nak jumpa awak dari dulu."
"Awak tak rasa ke ni semua sia-sia?" tanya Mona tiba-tiba. Tangan Sadree yang memeluk bahunya ditolak perlahan.
"Apa yang sia-sianya?" soal Sadree dengan kening berkerut.
"Tak ada apalah."
Sebenarnya Mona nak bagitahu yang Mona rasa macam sia-sia sahaja bertemu dengan orang tua Sadree walhal hubungan Sadree dengan Mona tak lama pun. Syai yang patut jumpa orang tua Sadree.
Bukan Mona.
Mona tak layak.
Jadi... dengan siapa kau layak, Mona?
Tak tahu.
Just follow the flow.
Happy reading
10|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...