TDT 42

379 10 0
                                        

Mona termenung panjang di ruang tamu setelah menunaikan solat fardu Isyak, memikirkan nasib hidupnya. Semuanya yang menjadi 'tiba-tiba'. Rambutnya yang panjang dibiarkan mengurai.

Tiba-tiba, dia kenal Sadree. Pada masa yang sama, Syai mengenali Sadree sebagai Ishraf. Syai sukakan Sadree. Mona juga sukakan Sadree. Haiqal muncul dengan wajah baharu setelah sekian lama menghilang.

Dia pula menyuruh Mona menjauhkan diri daripada Sadree dengan alasan Mona tak kenal lagi siapa Sadree yang sebenar. Damia juga muncul, masih sibuk menagih cinta dan kasih sayang Haiqal.

Tergeleng-geleng kepala Mona sendiri. Mengapa semuanya terjadi begini. Ikutkan hati, Mona tidak mahu pun mengenali lelaki bernama Sadree hatta Haiqal didalam hidupnya.

Kedua-dua mereka pernah dicintai Mona. Kedua-duanya juga pernah melakar sesuatu dalam diri dan hidup Mona. Tapi, Sadree adalah cinta pertama Mona. Ketika masih berada di sekolah rendah, Sadree yang berpindah ke sekolah Mona pernah berjaya mencuri hati Mona tapi tidak lama. Dalam lapan sembilan bulan begitu sahaja.

Haiqal pula dikenali ketika Mona berada dalam tingkatan tiga. Haiqal tahu Mona siapa dan Haiqal tahu Mona yang sebenar macam mana tapi Haiqal tak kisah. Dia tetap cintakan Mona walhal Mona merupakan kawan kepada pembunuh kakaknya, Cikgu Syamailiha.

Mona meraup wajahnya perlahan.

Haiqal ada Damia. Sadree ada Syai.

Mona ada siapa?

Tak apa. Mona ada mama, ada abah dan ada Rayyan. Mereka bertiga akan sentiasa ada untuk Mona. Sentiasa.

"Mona," sebut mama sambil mendekati Mona.

"Ya, mama?" sahut Mona. Mama dipandang.

"Mama dan abah nak ke rumah nenek. Mona dengan Rayyan tinggal je kat rumah eh? Esok atau lusa baru mama dan abah balik," kata mama.

"Dah pukul lapan malam ni. Tak nak tunggu esok baru pergi ke?" tanya Mona.

"Nenek tak ada teman. Atok pergi memburu dengan kawan-kawan dia dalam dua tiga hari macam tu, tinggal nenek seorang kat rumah. Tu yang terpaksa pergi sekarang," jelas mama.

Terangguk-angguk Mona.

"Mama dan abah pergi dulu. Kunci rumah elok-elok, ada apa-apa jerit je panggil jiran sebelah."

"Iya. Hati-hati," pesan Mona sambil bangun berdiri melihat mama dan abah yang sudah memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta.

"Jaga rumah, jaga Rayyan ya? Assalammualaikum."

"Iya. Waalaikumussalam," balas Mona.

Perlahan-lahan kereta abah mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Mona pun menutup pintu rumah lalu menguncinya. Dia masuk ke dalam bilik Rayyan menjenguk adiknya itu. Kelihatan Rayyan sudah tertidur.

Dia pun berjalan masuk ke dalam biliknya, bersedia untuk berbaring. Kalau nak tidur, memang taklah. Mona bukan seorang yang pandai tidur awal. Paling awal dia akan masuk tidur adalah pukul sepuluh setengah malam.

Tubuh dihempas di atas tilam. Dengan baring mengiring, dia bermain dengan telefonnya. Game Wormzone menjadi pilihan hati. Malas pula nak on data malam ini.

Sedang seronok bermain game, tiba-tiba pintu rumah diketuk.

Aik. Siapa pula datang malam-malam ni? Memang taklah Mona nak buka pintu kalau tak ada suara. Mona seorang yang penakut nak mampus. Perlahan-lahan Mona meletakkan telefonnya di bawah bantalnya.

Meremang pula bulu romanya saat ini. Mona menarik selimut sehingga paras dada. Mata dipejam rapat serapat-rapatnya dan dia berharap semoga ketukan tadi tidak berulang lagi.

Lima minit. Sepuluh minit. Lima belas minit. Ketukan tadi tidak lagi kedengaran. Mona menghela nafas panjang. Dia membuka matanya semula lalu mengambil telefonnya. Game Wormzone dibuka semula.

Sedang seronok bermain game, tiba-tiba matanya bulat besar melihat satu figura tubuh yang sangat dikenalinya duduk di birai katilnya.

"A.. awak..."

"Hai, Mona?" tegur lelaki itu.

"Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh masuk?" laju sahaja Mona berundur ke kepala katil dengan perut mulai kecut memandang Haiqal yang masih duduk di birai katilnya tersenyum manis memandangnya.

"Apa benda yang saya nak, saya pasti akan dapatkan," kata Haiqal. Dia masih duduk di tempat yang sama.

"Awak jangan macam-macam Haiqal. Saya jerit nanti," kata Mona takut.

"Haha. Don't worry. Saya tak akan buat apa-apa. Saya cuma rindukan awak. Sekejap lagi saya balik."

Mona diam. Mengawasi setiap gerak geri Haiqal.

"Mona," sebut Haiqal tanpa memandang Mona. Dia masih berada di tempat yang sama sambil merenung tangannya sendiri.

"Awak tahu saya sayangkan awak kan?" soalnya.

Mona tetap diam. Dia tidak mahu menjawab apa-apa. Matanya merenung tajam setiap inci tubuh Haiqal sekarang yang tak ubah seperti pesakit mental walhal baru beberapa minggu mereka tak jumpa setelah Mak Ya dan Damia datang tempoh hari.

Mentalkah Haiqal.

"Tapi kenapa awak kahwin dengan lelaki lain?" Haiqal merenung wajah Mona dengan pandangan sayunya.

Mona telan liur.

"... saya sayangkan awak sangat. Saya berusaha nafikan tuduhan orang lain terhadap awak yang awak bunuh kakak saya. Saya abaikan semua tu sebab saya percayakan awak. Lima tahun saya tunggu awak, Mona... saya tunggu awak balik semula dengan saya dan akhirnya tahun ni Allah izinkan saya jumpa awak lagi. Awal pertemuan kita tahun ni saya dah rancang nak hantar rombongan untuk pinang awak tapi tak pernah nak jadi sebab saya nak tanya awak dulu awak nak terima saya jadi suami awak atau tak dan masa kita kat dapur hari tu, awak suruh saya 'buktikan'. Saya pun buat penilaian kat sana mungkin awak sudi jadi isteri saya. Tapi, mama awak bagitahu kat saya masa Damia buat hal tu yang awak dah berkahwin. Awak tahu tak bertapa pedihnya hati saya dapat tahu tu?" Haiqal meraup wajahnya sambil mengesat air matanya.

Haiqal menangis.

Tersentuh hati Mona. Memang dia pernah suruh Haiqal buktikan sekiranya dia benar-benar ingin memiliki Mona tapi Mona tak sangka Haiqal benar-benar ingin membuktikannya. Rasa macam nak ikut menangis pula daa.





Happy reading
9|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang