TDT 28

346 9 0
                                    

Buk! Buk! Buk!

Syai dan Mona yang melalui sebuah lorong sudah berpandangan dengan wajah pucat sebaik sahaja mendengar bunyi tumbukan demi tumbukan dari lorong tersebut.

"Bunyi apa tu?" tanya Syai kepada Mona.

"Entah," jawab Mona.

"Jom pergi dari sini, macam tak selamat pula tempat ni" kata Syai. Serentak itu, lengan Mona ditarik.

"Mona, stop!" jerit satu suara tiba-tiba.

Terpaku Mona dan Syai. Kedua-dua menoleh serentak ke belakang mereka.

"Haiqal... awak..."

"Muhammad Haiqal Farihin, bekas kekasih awak lima tahun yang lalu... awak masih ingat?" potong Haiqal dengan wajah serius.

Entah dari mana, tiba-tiba sahaja dia berada di belakang Mona dan Syai.

"Macam mana awak boleh tahu pas..."

"Saya Haiqal tu, Mona. Saya bekas kekasih awak lima tahun yang lalu!" potong Haiqal sambil mara mendekati Mona.

"Saya acccident. Muka saya hancur sebab tu saya tukar rupa. Dah lama saya cari awak tapi sejak awak bekerja dekat ofis saya, saya rasa lega sangat," bahu Mona disentuh lembut.

Syai di sebelah ternganga.

Haiqal... dalam versi baharu. Menakjubkan. Amat.

"Apa awak cakap ni?" soal Mona. Serentak itu, tangan Haiqal ditolak daripada terus memegang bahunya.

"See? Sejak awak kenal dengan Sadree si bedebah tu, awak makin lain. Bila dia sentuh awak, awak suka. Bila saya yang sentuh awak, awak tolak!" marah betul Haiqal dengan sikap Mona. Dari dulu masih sama.

Kenapa dengan Sadree, Mona lain?

Bengang betul Mona mendengar kata-kata Haiqal.

"Awak tak ada hak nak tuduh saya macam tu, Haiqal. Saya biarkan Sadree sentuh saya sebab dia tak macam awak! Awak lain, dia lain," marah Mona balik.

"Kenapa awak pertahankan lelaki tu? Sedarlah Mona.. dia tak sebaik macam yang awak sangka!" kata Haiqal tidak mahu mengalah.

"Awak yang patut sedar Haiqal, bukan saya."

"Mona... dengarlah. Jauhkan diri dari dia," rayu Haiqal.

"Dahlah, Haiqal. Mona tahu apa yang dia tengah buat. Biarkanlah dia lagipun korang dah tak ada apa-apa. Itu hak Mona, dia nak sukakan Sadree ke, awak ke.. tu hak dia," sampuk Syai yang menjadi pemerhati sedari tadi.

"Awak diam, Syai. Saya tak bercakap dengan awak!"

Gulp!

Kasarnya Haiqal.

"Kenapa awak ni, Haiqal? Kena rasuk?" tengking Mona.

"Saya masih sukakan awak, Mona. Tolonglah, bagi saya peluang nak jelaskan apa hubungan saya dengan Damia. Lima tahun tu buat saya terseksa tunggu awak...",

Weirk!

Syai hanya boleh muntah dalam hati mendengar kata-kata Haiqal. Ikutkan hati, nak aje dia muntah semangkuk depan Haiqal sekarang.

Mona pula mengurut dahinya seketika. Geli. Tak suka dan pening mendengar luahan Haiqal. Kenapa tak dari dulu? Dah puas bercintun dengan Damia, barulah sibuk nak bagi penjelasan konon.

"Lain kali, okey? Sekarang saya nak balik," putus Mona.

"Baiklah. Esok pukul 8:00 pagi dalam bilik ofis saya."

Mona mengangguk lalu membawa Syai pergi dari situ.

'Tak. Apa bunyi tadi tu eh sebelum Haiqal tiba-tiba muncul?' bisik hati Mona.

Berkerut-kerut keningnya sendiri.

"Wei Mona. Terkejut tau tengok wajah baharu Haiqal tadi. Macam retis KPOP pun ada. Kalau dia tak bagitahu nama dia Haiqal tadi, nak runtuh iman ni wei," kata Syai.

"Sadree lagi hensem," tutur Mona tanpa sedar.

"What?!"

"Hah?" Mona terpinga-pinga.

"Tak ada apa. Jom kita balik."

Syai menyentuh keningnya seketika. Meski Syai belum pernah melihat wajah Sadree yang selalu disebut dan diceritakan oleh Mona, Syai dapat merasakan ada suatu perasaan yang Mona sembunyikan darinya.

Syai perasan tatkala Mona menyebut perihal Sadree, wajah Mona akan berubah ceria. Wajahnya berseri-seri bak pengantin baharu.

Mungkinkah Mona menyukai Sadree...

Sebaik dan sekacak apa si Sadree sehingga mampu membuatkan sepupunya itu bisa move on dari Haiqal yang terlalu dicintai dan disayangi selama ini.

Syai ingat lagi kata-kata Mona beberapa tahun yang lalu tatkala dia menyuruh Mona untuk move on. Kata Mona,

"Saya akan move on itupun kalau ada khabar berita yang Haiqal dah berkahwin. This is my promise."

Tapi, Haiqal belum berkahwin pun Mona dah berjaya lupakan dia.

Sehebat apa si Sadree sehingga mampu membuatkan Mona terjatuh suka ke dia.

Tergaru-garu hati Syai mahu mengenali Sadree sekarang juga.

Semoga suatu hari nanti Syai dapat bertemu dengan Sadree.





Happy reading
5|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now