TDT 25

389 12 0
                                    

Kurr... kurr...

Tersedar Sadree dari tidurnya tatkala mendengar suara dengkuran halus berada dekat dengannya. Pantas dia bangun dan memandang ke arah Mona yang tertidur dengan gaya duduk di tepinya tadi.

Kasihan.

Sangat kasihan.

"Wei, bangun! Aku hantar kau balik," bahu Mona digoncang kuat.

Gadis itu menepis tangannya dengan mata masih terpejam. Tak lembut, tak juga kasar.

"Saya nak tidur ni, Syai... janganlah kacau," katanya dengan mata masih tertutup.

Syai?

Sadree pun membiarkannya terus tidur di situ. Jarum jam sudah menunjukkan angka sepuluh. Sadree mengatur langkah menuju ke biliknya di tingkat atas, hendak membersihkan diri dan mencuci lukanya. Selepas itu, dia nak balut nanti. Tak perlu pertolongan orang lain, dia boleh buat sendiri selagi kedua belah tangannya masih ada.

Setelah siap, dia turun semula ke bawah. Mona yang menenyeh mata mungkin baru sedar dihampiri.

"Jom aku hantar kau balik," katanya.

"Tapi saya nak kerja."

"Dah pukul sebelas. Bukan tu masa kau balik ke?" soal Sadree.

"Macam mana awak tahu?" soal Mona sambil memandang Sadree.

Err.

Apasal... Sadree nampak... handsome sangat tiba-tiba ni? Oh tak tak tak. Apa aku fikir ni.

"Bukan urusan kau," jawab Sadree selamba.

Mona tetap diam. Dia masih terkejut melihat rupa Sadree. Wajah Sadree jika dipandang lama, makin lama makin handsome. Selama ini, Mona hanya melihatnya sekilas-sekilas. Tapi kali ni... masya-Allah.

He's so perfect. Adorable. Charming. Tough. Hunk. Tall. Handsome. Too... too... too perfect to describe.

"Nak balik ke tak?"

"Mestilah nak," pantas Mona menjawab meski dia sebenarnya tak berapa jelas dengan suara Sadree tadi.

"Jom."

"Ke mana?" soal Mona.

"Kau ni memang bodoh ke apa? Lantaklah kau, aku malas nak ulang!"

Tengok tu... angin je lebih.

Mona bangun berdiri lalu mengejar langkah kaki Sadree yang terlalu pantas.

"Jalan laju-laju ni, dah sihat ke kaki tu?" perli Mona.

"Aku lelaki, aku kuat."

Mona mencebik. Sadree tak nampak.

"Tak semua lelaki kuat dan tak semua perempuan lemah," bidas Mona sebelum memboloskan diri masuk ke dalam kereta Sadree.

Baru Mon perasan. Sadree dah tukar kereta baharu. Mana dia letak kereta lama? Mesti dia buat koleksi kan.

***

"Bagi handphone kau."

"Nak buat apa?" tanya Mona.

Ketika itu, mereka sudah berada di hadapan rumah Mona. Mereka berdua berdiri di tepi kereta Sadree.

"Bagi jelah."

"Cakap dulu nak buat apa barulah saya bagi," tegas Mona.

Sadree mengerdipkan mata beberapa kali sebelum menggosok belakang tengkuknya.

"Aku nak call seseorang. Handphone aku mati," katanya.

Terangguk-angguk Mona. Telefon yang berada di dalam beg diambil lalu dihulurkan kepada Sadree dengan senang hati.

"Thanks."

"Sama-sama," balas Mona ringkas ketika telefon sudah bertukar tangan.

"Tak ada lock?" soal Sadree.

Mona menggeleng tanda tidak ada.

Tangan Sadree pun menghidupkan telefon Mona. Dia mencari nombor seseorang dalam telefon Mona. Sempat dijauhkan dirinya dari Mona.

Nombor seseorang itu didail. Seminit sahaja berbual, dia terus mematikan talian. Mona kembali dihampiri lalu telefon dikembalikan.

"Dah?" tangan Mona mengambil telefon sendiri.

Sadree hanya tersengih.

"Aku balik dulu."

"Baiklah, hati-hati drive" balas Mona.

Sadree pandang Mona yang senyum manis sekilas.

"Kau berhenti senyum boleh tak?"

Gulp!

Mona telan liur bila Sadree cakap macam tu. Senyumannya terus mati.

"... ingat comel ke?"

Zassssss!

Sadree sangat melampau.

"Takkan senyum pun tak boleh? Senyum tu kan sedekah," kata Mona.

Vrroooommmm!

Terpaku Mona. Punyalah dia beria cakap macam tadi dengan Sadree, boleh pula Sadree selamba memecut laju pergi dari situ.

Kurang asam betul lelaki tu.

Mona mengetap bibir seketika lalu kaki diangkat menuju ke gril rumah. Mangga dibuka sebelum pintu ditolak dari luar. Setelah itu, dia masuk ke dalam.

Tubuh dihempas di atas sofa. Terasa dirinya terlalu penat hari ini ditambah lagi dengan rasa pening yang tidak boleh dibawa bincang yang dirasakannya sekarang.

Sekejap sahaja, dia sudah selamat tidur berdengkur.




Happy reading
4|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now