TSD 46

435 11 0
                                        

Keesokan harinya,

Tok! Tok! Tok!

Pantas Mona membuka pintu rumah sebaik sahaja mendengar ketukan bertalu-talu di pintu rumah.

"Angah mana?" tanya Madihah setelah Mona membuka pintu.

Tak cukup dengan itu, dia terus masuk ke dalam tanpa menunggu pelawaan Mona.

"Dia masih dalam bilik. Nak akak panggil?" tanya Mona cuba beramah mesra.

Madihah menjeling lalu melabuhkan punggung di atas sofa.

"Pergilah panggil. Dihah datang ni nak jumpa angah, bukan jumpa akak!" kata Madihah kasar.

Ya Allah, kalau Rayyan yang buat aku macam ni.. dah lama aku tampar. Sabar jelah, Mona.

Perlahan-lahan Mona mengatur langkah mendaki anak tangga. Pintu bilik dia dan Sadree diketuk sebelum tombol pintu dipulas.

Sadree yang masih berbaring di atas katil didekati. Bahu Sadree disentuh perlahan. Tersedar Sadree lantas membuka matanya namun dia kembali menutupnya semula. Sungguh dia berasa sangat penat dan mengantuk sekali kerana operasi semalam.

"Dihah ada kat bawah. Dia nak jumpa awak," kata Mona.

"Ermmmm..." hanya itu balasan Sadree.

Melihat Sadree benar-benar tidak mampu bangun, Mona pun menarik tangannya. Langkah kaki diatur menuju ke pintu bilik.

"Cakap kat dia, aku penat sangat suruh dia balik. Lepas tu, kau masuk sini balik. Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau," kata Mona dengan suara separa garau kerana baru bangun saat Mona sudah memegang tombol pintu.

"Baiklah," balas Mona lalu keluar dari dalam bilik itu.

Mona mendekati Madihah pula.

"Angah mana?" soal Madihah.

"Dia cakap dia penat dan dia suruh awak balik."

"What? Angah cakap macam tu atau akak yang cakap macam tu?" geram betul Madihah. Tidak pernah lagi Sadree melayannya sebegini walau penat macam mana pun dia.

"Kalau tak ada apa-apa, akak naik atas dulu," kata Mona tanpa mempedulikan kata-kata Madihah.

"Wait." Rambut panjang Mona ditarik membuatkan Mona jatuh terduduk di atas lantai.

"Akak bagitahu kat Dihah apa yang akak dah buat sampai angah boleh kahwin dengan akak."

Perlahan-lahan Mona bangun berdiri dari jatuhnya.

"Akak jampi dia," kata Mona selamba lalu terus berlari mendaki anak tangga menuju ke bilik di mana Sadree menantinya di situ.

Tiba di hadapan pintu bilik itu, Mona membetulkan seketika rambutnya yang ditarik oleh Madihah tadi sebelum menolak daun pintu.

"Apa benda yang awak nak cakap tadi?" tanya Mona sambil melabuhkan punggung di tepi Sadree yang bertiarap dengan mata terpejam.

"Urut belakang aku."

"Tu je?" tanya Mona sambil mula mengurut perlahan-lahan belakang tubuh Sadree.

"Ermmm."

Mona pun mendiamkan diri. Dia tahu kalau Sadree balas macam tu je, maknanya Sadree tak nak cakap banyak lagi.

"Dihah dah balik?" soal Sadree.

"Ya kot."

"Ooo."

"Dia macam terlalu sukakan awak. Kenapa awak tak kahwin dengan dia?" soal Mona tanpa menceritakan perbuatan Madihah ke atasnya.

"Kau ingat perasaan mudah untuk berubah ke?"

Mona terdiam, cuba mencerna soalan Sadree.

"Maksud awak?" tanya Mona, tidak faham.

"Diam. Aku mengantuk."

Mona pun mendiamkan diri. Dia mengurut tubuh Sadree tanpa suara. Saat mendengar dengkuran halus Sadree, Mona berhenti mengurut. Dia bangun mengemas bilik. Baju seragam polis Sadree yang bersepah di atas lantai dimasukkan ke dalam bakul. Mesti dia main buang je masa balik subuh-subuh tadi.

Tak sangka yang Sadree ni jenis suka bersepah eh. Ingatkan pembersih sangat. Mona tersenyum sendiri.

Apa benda lagi yang aku tak tahu pasal kau, Sadree.

Setelah itu, dia membawa kain kotor tadi ke bawah untuk dibasuh menggunakan mesin basuh. Mona tahu menggunakan mesin basuh kerana rumahnya di kampung ada alat elektronik itu.



***


"Mon."

"Ya, Syai?" sahut Mona sebaik sahaja talian bersambung.

"Minggu depan saya dah nak bernikah. Awak dapat datang tak?"

"Seriously? Dengan siapa?" teruja benar Mona.

"Ishraf. Dapat datang ke tak?" tanya Syai lagi.

Ishraf... Ishraf Sadree. Senyuman Mona serta merta mati.

"Sa... saya tak confirm lagi."

Sebak Mona. Terlalu sebak. Mengapa dia tidak tahu pun yang Sadree akan bertunang kemudian berkahwin dengan Syai dalam masa terdekat ini? Kalau bukan Syai yang bagitahu, sampai bila-bila pun Mona tak akan pernah tahu pasal ni.

"Ala Mon... datanglah. Lepas bertunang, kitaorang nikah. Buat sekali sahaja," pujuk Syai.

Ya Allah, aku tak kuat...

"Kat mana?" bergetar bibir Mona bertanya.

"Kampung. Rumah saya."

"Insha-Allah, saya datang."

Mampukah aku?

"Nak hadiah yang special tau!"

"Boleh, Syai. Boleh. Untuk awak semua pun boleh..."

Termasuk bermadu.

"Good! Nanti saya bagi kat WhatsApp tarikh dan hari ya?"

"Okey."

"Assalammualaikum?"

"Waalaikumsalam."

Tut!

Perlahan-lahan, Mona mengesat air matanya sebelum menelefon nombor mama. Dia mahu membincangkan sesuatu yang sangat penting dalam hidupnya. Demi masa depannya sendiri.




Happy reading
10|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang