Seusai membasuh pinggan mangkuk yang diguna pakai sewaktu makan malam tadi, Mona pun masuk ke dalam biliknya.
Sadree tak ada. Dia dalam bilik mandi di luar rumah.
Mona menepuk tilam dan bantal beberapa kali lalu berbaring. Telefonnya dicapai kemudian data dihidupkan.
Ting!
Masuk mesej daripada Syai melalui aplikasi WhatsApp. Laju jari Mona membukanya.
Syai: Salam. Awk dh tido? 😕
Mona: Wasalam. Blm lg. Knp ni.. mcm ada something je?
Mona menyentuh keningnya seketika. One tick tandanya Syai tak on data telefonnya. Dah tidur kot lagipun dah pukul sepuluh lebih juga.
Tek!
Pintu dibuka dari luar. Sadree masuk ke dalam dengan hanya bertuala di pinggang. Cepat-cepat Mona melarikan pandangan mata.
"Kenapa kau?" soal Sadree.
"Macam tak biasa nampak aku tak pakai baju pula. Tadi pagi kan dah nampak," tambah Sadree.
Dia mendekati almari baju. Dijeling Mona yang tidak menjawab kata-katanya. Sehelai baju T putih dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Tuala ditanggalkan dan terlihat seluar bermuda sudah sedia dipakainya selepas mandi tadi.
Setelah itu, dia berjalan ke arah katil. Didekati Mona yang fokus dengan game Wormzone.
"Boleh aku tidur sini?"
Kepala Mona terangkat memandang Sadree. Eh ehh comel pula Sadree renung muka Mona macam tu.
"Tidurlah. Buat macam tilam sendiri," kata Mona sambil menepuk bantal Sadree di sebelahnya. Ini bukan cerita novel ke apa nak tidur asing-asing bagai. Sadree suami Mona, jadi Mona kena taat dan patuh pada arahan sang suami.
"Tak takut aku 'ngap' kau?" Sadree sudah tersenyum sinis. Pun begitu, dia mula berbaring di sebelah Mona.
"Tak," jawab Mona selamba.
Sadree tersenyum lalu baring mengiring menghadap Mona. Setelah itu, dia memejamkan mata. Terkebil-kebil Mona seketika. Senyuman Sadree tadi... hm.
Ini pertama kali Mona melihat senyuman manis dan ikhlas Sadree. Kembang setaman bunga di hati Moma.
Ya Allah, aku semakin jatuh cinta pada suami sendiri.
"Satu soalan yang aku tak nak kau tanya aku, 'aku sayang kau ke tak'. Jangan pernah tanya soalan tu sebab kau dah tahu apa jawapan aku. Aku pernah jawab sebelum ni," kata Sadree tanpa membuka matanya.
Dia tahu Moma sedang merenungnya lama dan dia membiarkan sahaja Mona menilik semua apa yang berada di wajahnya. Ini kali pertama Mona merenungnya dalam. Sadree tahu itu.
"Okey," balas Mona ringkas.
Mona berpusing ke belakang. Data telefon dihidupkan semula.
Ting!
Masuk satu mesej daripada Syai.
Syai: Sye rindukan someone ☹️
Mona: Sape 😳
Typing...
Syai: Ishraf 😓
Terpaku Mona membacanya.
"Ishraf..." sebut Mona perlahan tanpa sedar.
"Ada apa?" soal Sadree seraya merampas telefon Mona.
"Eh jangan..." Mona terlambat. Telefonnya sudah berada di tangan Sadree.
Laju sahaja mata Sadree membaca mesej Mona dan Syai dengan teliti.
"Syairah sukakan aku?" soal Sadree sambil menghulurkan telefon Mona kepada Mona semula.
Mona menjongket bahu lalu mengambil telefonnya dari tangan Sadree.
"Kalau dia suka aku, tak ada masalah. Aku boleh jadikan dia bini kedua aku, aku mampu" selamba Sadree berkata demikian.
Zaaapppp!
Mona terluka. Benar-benar terluka mendengarnya. Apa Sadree fikir dia tidak punya perasaan.
"Awak sukakan Syai?" tanya Mona sekadar ingin mengetahui jawapan Sadree.
"Suka."
Zaaappp!
Hati Mona terluka lagi.
Kenapa awak kahwin dengan saya walhal awak tak cintakan saya, Sadree? Awak cintakan Syai. Sama juga dengan Haiqal. Dia cintakan Damia. Kenapa saya kena hadap semua ni?!
"Kenapa kau diam?" soal Sadree mengejutkan Mona daripada terus meratapi nasib hidupnya di dalam hati.
"Erm... nanti saya bagitahu Syai yang awak nak kahwin dengan dia."
"Kau sanggup bermadu?"
"Syai suka awak, awak pun sukakan Syai. Kenapa pula saya tak sanggup nak bermadu?" soal Mona balik dengan suara yang cuba ditahan getaran sebaknya.
Sungguh. Dia benar-benar tak sepadan dengan Sadree.
Tangannya mula menaip satu persatu huruf untuk melengkapkan ayat untuk dihantar kepada Syai.
Mona: Kalau Sadree ajak awk kahwin, awk nk x? 😄
Typing...
Syai: Sadree tu Ishraf la kan? 🤔 r u ok? 😳 dia ada jumpa awk dan ckp mcm tu ke? 🙄
Mona: sja ckp mcm tu 🙂
Syai: kalau dy ckp mcm tu, mestilah sye nk 😍 sape xnk kalau crush ajak kawen 😂
Kelu lidah Moma sesaat dua. Hanya mata yang terkebil-kebil membaca chat dia dan Syai. Memang jodoh Syai dan Sadree kuat sangat ni.
"Apa dia cakap?" soal Sadree sambil merampas telefon Mona sekali lagi.
Dibaca chat terbaru Mona dan Syai dari atas ke bawah. Mona membiarkan.
"Tak payah reply. Dah, tidur!" telefon Mona, Sadree letak di bawah bantalnya.
"Saya nak main game. Kalau tak, tak boleh tidur," kata Mona laju.
"Ada pula macam tu. Tidur jelah ke... nak saya dodoikan?"
Mona menjeling Sadree lalu berbaring membelakangi Sadree. Lantaklah berdosa ke apa, dia tak kisah. Tanpa sedar, dia terlelap dengan hati yang penuh dendam terhadap Sadree.
Happy reading
7|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...