TDT 41

367 8 0
                                    

"Mak cik nak kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu dah buat kat anak mak cik."

Berkerut kening Haiqal.

"Apa yang saya dah buat dengan anak mak cik?" tanya Haiqal hairan.

"Kamu jangan buat-buat tak tahu Haiqal, kamu dah tebuk dara Damia dan tinggalkan benih kamu yang dah masuk tiga bulan tu, tiba-tiba pula tak tahu?!" herdik Mak Ya.

"Damia mengandung?" tersentak Haiqal.

"Kamu nak bertanggungjawab atau nak masuk penjara?" ugut Mak Ya.

"Saya tak pernah sentuh Damia, mak cik. Ini fitnah. Saya dah putus kawan dengan dia sejak lima tahun yang lalu kenapa pula dia tiba-tiba mengandungkan anak saya?" soal Haiqal bengang.

"Awak jangan nak mengelak!" jerkah Damia tiba-tiba.

Entah dari mana dia muncul, tiba-tiba sahaja sudah berada di sebelah Mak Ya.

"Ada apa bising-bising ni?" pantas mama keluar melihat.

Didekati Mak Ya, Damia dan Haiqal.

"Ada apa ni?" tanya mama.

"Haiqal ni ha. Dah berjaya buat Damia mengandung, tak nak bertanggungjawab pula," jelas Mak Ya.

"Betul ke ni, Haiqal?" tanya mama.

Wajah Haiqal dipandang.

"Tak mak cik. Haiqal tak pernah buat benda haram tu dengan mana-mana perempuan. Damia buat fitnah. Entah dengan jantan mana dia buat, tiba-tiba pula nak jadikan Haiqal kambing hitam," kata Haiqal bengang.

Mona turut keluar melihat. Dia berdiri memerhati tidak jauh dari mereka.

"Saya tak buat cerita, Haiqal. Apa awak ni? Hari tu bukan main merayu nak. Bila saya dah bagi, awak tak nak bertanggungjawab pula!" herdik Damia.

"Mengaku jelah Haiqal kalau betul kamu buat," kata Mak Ya pula.

"Ya Allah! Apasal korang anak-beranak ni eh? Kalau macam tu, jom kita pergi check kat hospital siapa punya bayi tu. Kalau bukan saya punya, siap awak Damia!"

"Baik. Awak ingat saya takut? Jom!" balas Damia berani.

Tergeleng-geleng kepala Mona melihat kereta Haiqal mula bergerak pergi dari perkarangan rumah. Mama juga ikut sama untuk melihat bukti.

Macam-macam aje Damia dan Haiqal ni...

***

"Bukan Haiqal punya," kata mama sambil melabuhkan punggung di sebelah Mona.

Mona hanya diam.

"Teruk betul Damia tu. Ada pula nak jadikan Haiqal sebagai galang ganti. Ingat Haiqal bodoh sangat ke apa? Kan dah tanggung malu tadi."

Mona diam lagi.

"Haiqal nak kahwin dengan Mona."

Kali ini Mona mengangguk kecil mendengar kata-kata mama.

"Dia ada cakap tadi," katanya perlahan.

"Ye?"

Mona angguk.

"Tapi tak sempat Mona nak cakap apa-apa, Mak Ya datang. Apa mama cakap kat Haiqal?"

"Mama suruh Haiqal jauhkan diri dari Mona sebab Mona dah berkahwin. Haiqal tanya siapa nama suami Mona mama pun bagitahu nama penuh Sadree. Dia meng'oh' lalu terus tukar topik dan hantar mama ke sini. Lepas tu dia balik."

Terangguk-angguk kepala Mona.

"Baguslah kalau dia dah tahu. Taklah dia datang balik sini lagi," kata Mona.

"Ish. Apa pula cakap macam tu? Mama suka je kalau Haiqal datang sini tapi mama harap dia mampu lupakan Mona secepat mungkin," kata mama.

"Eh mama. Haiqal tu kan..."

"Apa dia?" tanya mama.

"Mona pernah bercinta dengan Haiqal dan Haiqal tu adik kepada arwah Cikgu Syamailiha," kata Mona.

Mama tersenyum nipis.

"Kenangan pahit tu. Kenapa tak cakap awal-awal kat mama yang Haiqal adik arwah?"

"Mona takut."

"Hm. Mama lagi takut kalau Haiqal berdendam dengan Mona. Takut dia apa-apakan Mona selepas apa yang Mona dan kawan-kawan Mona dah buat kat arwah kakak dia."

"Tapi bukan Mona yang salah, mama" tekan Mona.

"Bagi kita, ya. Bukan Mona yang salah tapi bagi Haiqal, tak. Dia tetap akan anggap Mona punca kematian kakak dia lebih-lebih lagi Bella dan Anne dah meninggal. Mona atau Syai yang masih hidup tetap akan dipersalahkan."

Gulp!

Mona telan liur tawarnya.

Betul kata mama. Takut pula Mona tiba-tiba. Tapi, Haiqal tak tunjuk yang dia berdendam dengan Syai dan Mona pun.

Tiba-tiba, Mona teringatkan Syai ada memberitahu yang dia ingin dibunuh tempoh hari tapi nasib baik ada Sadree masa itu menjadi hero.

Mungkinkah orang suruhan Haiqal.

Atau, orang suruhan Sadree sendiri yang mahu membuatkan Syai semakin jatuh cinta dengannya.

Ya Allah, apa aku fikir ni...




Happy reading
7|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now