TDT 22

357 12 0
                                    

Mona menghempas punggungnya di atas sofa. Fikirannya menerawang jauh mengingati kejadian di lapangan terbang tadi.

Haiqal.

Sadree.

Naik kapal terbang yang sama dengan keduanya sekali pada hari yang sama. Bezanya, Sadree duduk tepi Mona. Haiqal pula Mona tak tahu dia duduk mana dalam flight tadi. Tiba-tiba saja datang menegur Mona.

Tapikan, Sadree dah tahu ke yang Mona sebenarnya tak bisu?

Dalam kereta tadi, Sadree banyak diam. Nak pandang Mona pun dia macam nak tak nak. Mungkin dia sudah tahu.

Eh eh. Biar jelah dia tahu. Itu yang bagus. Tak payahlah Mona berlakon bisu lagi.

Nada dering Silk berkumandang daripada telefon Mona menandakan ada panggilan telefon. Pantas Mona mengangkatnya.

"Hello?" sapanya.

"Hello. Haiqal ni..." kata suara di hujung sana.

"Nombor baharu?" tanya Mona terus.

"Ha'ah."

"Oo..." terangguk-angguk Mona.

"Awak dah sampai rumah?" tanya Haiqal.

"Dah. Sadree hantarkan," menjuling mata Mona ke atas menyebut nama Sadree.

Entah kenapa, meluatnya kepada lelaki itu semakin meninggi lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini mereka sering terbertemu.

"Dia tu siapa bagi awak?"

"Maksud awak?" soal Mona balik, tidak faham.

"Boyfriend awak?"

"Kawan biasa aje."

"Kalau kawan, kenapa awak biarkan dia sentuh awak?"

Mona diam. Dia bukan biarkan tapi tak boleh nak tolak, Sadree degil sangat lagipun berlapik juga. Setiap kali Sadree menyentuhnya, bahagian yang akan disentuh semuanya berlapik contohnya lengan dan bahu Mona. Sadree tak pernah sentuh kulit Mona lagi.

Tapi, tetap haram kan?

"Ada sesuatu yang saya nak bagitahu awak," kata Haiqal apabila Mona hanya mendiamkan diri, lama.

"Apa dia?"

"Esok, lunch time awak keluar dengan saya. Boleh?"

"Tak boleh."

"Kenapa?" berkerut kening Haiqal mendengar penolakan Mona.

"Saya tak suka keluar berdua dengan lelaki. Maaf," ucap Mona.

"Dengan Sadree boleh pula?" sinis nada bicara Haiqal membuatkan Mona terpaku lama.

"Baiklah. Esok pagi saya jumpa awak," kata Haiqal akhirnya apabila Mona berdiam diri. Lama.

"Baiklah."

"Assalammualaikum?"

Ehh reti pula bagi salam.

"Waalaikumsalam," balas Mona sebelum talian diputuskan.

Apa benda yang Haiqal nak bagitahu esok tu. Haih, tak sabar nak tahu.

"Aku bekas kekasih dia."

Kata-kata Haiqal di airport tadi tiba-tiba bermain di mindanya semula. Apa kejadah lelaki handsome dan kaya macam Haiqal tiba-tiba cakap macam tu.

Nasib baik Mona tak kembang kempis depan Sadree dan Haiqal tadi bila dengar Haiqal cakap macam tu. Dahlah kacak, kalau boleh nak aje melompat keluar jantung Mona.

'Oh Haiqal.. kalau kau Haiqal bekas kekasih aku lima tahun yang lepas kan bagus,' bisik hati Mona.

Teringat dia akan punca perpisahan dia dan Haiqal lima tahun yang lalu.

Flashback

"Awak berdua buat apa ni?" sergah Mona.

Dia benar-benar terkejut melihat Haiqal dan Damia yang berpegangan tangan sambil berjalan beriringan menuju ke perpustakaan sekolah.

Haiqal dan Damia terkejut. Pantas Haiqal menarik tangannya.

"Awak dari mana?" tanya Haiqal sambil mendekati Mona namun Mona berundur beberapa tapak ke belakang. Tidak mahu didekati oleh Haiqal.

"Saya tak sangka awak sama macam lelaki lain...," kata Mona kesal.

"Mona, awak salah faham ni. Damia.."

"Awak diam! Awak nak cakap yang perempuan tu..." jari telunjuk Mona naik menuding ke arah Damia yang terpinga-pinga.

"... sepupu awak kan? Macam selalu. Dahlah Haiqal, saya dah muak dengan alasan awak. Dah basi, tahu tak? Dah basi. Well, mulai hari ni kita dah tak ada apa-apa lagi. Semoga awak bahagia dengan Damia dan kau, Damia..." matanya dialihkan kepada Damia.

"Berbanggalah dapat rampas Haiqal daripada aku. All the best for both of you!" tangan Mona naik ke tepi dahi membuat gaya tabik hormat sebelum berpaling meninggalkan Haiqal dan Damia.

"Mona, please... i'll give you some explanation," pantas Haiqal berdiri di hadapan Mona dengan tangan didepangkan, menghalang gadis itu daripada memboloskan diri.

"Damia..",

"Ke tepi sebelum saya bencikan awak seumur hidup!" tengking Mona.

"Ohh marah! Saya nak kasi penjelasan tak nak. Macam tu lah perangai, minta-minta kena pujuk. Bila orang dah pujuk, minta puji pula."

Pangg!

Terketar-ketar tangan Mona seusai selamat menampar Haiqal buat pertama kali dan mungkin juga adalah kali terakhirnya.

"Awak tak patut cakap saya macam tu. Serius, Haiqal... awak dah berubah. Saya benci awak!" hambur Mona lalu menolak dada Haiqal sebelum berlari pergi dari situ.

Haiqal terdiam. Masih terkejut menerima tamparan daripada Mona buat pertama kalinya. Dijeling tajam Mona yang semakin jauh berlari pergi dari situ.

End flashback

Mona mendongak memandang siling mengingati perpisahannya dengan Haiqal dulu.

Dia rindukan Haiqal...

Sungguh.




Happy reading
3|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now