Terjeling-jeling Sadree akan gadis yang berada di sebelahnya sedari tadi. Ada bisikan dalam hatinya yang mengatakan gadis itu tidak bisu. Namun pantas sahaja minda Sadree menidakkan kerana matanya sendiri melihat gadis itu sering menggunakan bahasa isyarat dan bukannya berbual ataupun bercakap.
Baru Sadree perasan, ini adalah kali ketiga dia bertemu dengan gadis itu. Dengan perlahan, Sadree memukul lengannya yang berlapik baju. Laju sahaja dia memandang Sadree dengan wajah cuak.
Hampir tergelak Sadree melihat riak wajahnya itu namun didiamkannya sahaja.
Perlahan-lahan, tangan kiri Sadree naik melakarkan beberapa isyarat yang membawa maksud, 'nama kau siapa?' manakala tangan kanannya tetap memegang streng kereta.
Mulut gadis itu berbentuk 'o' seketika sebelum dia tergesa-gesa mengeluarkan telefon pintar dari dalam kocek seluarnya. Ditulis sesuatu dalam note telefonnya sebelum telefon itu disuakan kepada Sadree.
Melihat itu, Sadree pantas memberhentikan keretanya di bahu jalan. Tak baik memandu sambil fokus benda lain lagipun ada banyak benda yang dia nak tahu pasal gadis di sebelahnya ini.
Telefon gadis itu diambil lalu direnung dalam.
'Mona.'
"Ini nama kau?" soal Zahid.
Gadis itu mengangguk.
Sadree pun meng'oh'. Alang-alang Sadree dah tahu yang dia pandai membaca dan menulis ni, Sadree nak menyoal dia pakai note tu jelah.
Laju tangan Sadree menaip, 'tinggal mana? Sekejap lagi aku nak hantar kau ke situ.'
Telefon itu disuakan kepada si gadis semula. Terangguk-angguk si gadis sebelum mula menaip untuk menjawab soalan Sadree. Setelah siap, dia menunjukkan alamat tempat tinggalnya kepada Sadree.
"Ooo... kat situ rupanya," kata Sadree kepada dirinya sendiri sebelum merampas telefon itu dari tangan Mona sesuka hati. Telefonnya dikeluarkan. Nombor Mona disimpan dalam list kenalannya.
"Nah, ambik" katanya seraya melemparkan telefon itu di atas peha si gadis.
Jelas di matanya mata gadis itu menjadi besar apabila telefon itu selamat mendarat di celah pehanya.
"Haha... sorry. Aku tak sengaja," kata Sadree dalam tawanya. Entah kenapa, lucu pula nampak muka gadis itu macam tu. Hahaha.
Tiba-tiba, tawa Sadree terhenti apabila matanya terpandangkan cermin pandang belakangnya.
"Damn!" dengusnya apabila beberapa orang lelaki mengelilingi keretanya.
Entah dari mana, tiba-tiba sahaja muncul nak serang dia sekali lagi. Tak cukup ke serang dia di tengah mall tadi...
"Keluar!" jerit salah seorang daripada mereka sambil menumbuk cermin kereta Sadree.
Terpejam mata Sadree seketika. Tadi dia memang dah nak pecut laju kereta tapi bila lelaki itu dah 'sentuh' kereta dia, mendidih pula hatinya.
Pintu kereta ditolak sebelum dirinya keluar dari dalam kereta.
"Hohohoho. Dah nak mati pun sempat lagi nak berlagak?" sinis bicara lelaki yang menumbuk cermin kereta Sadree tadi.
"Tak puas hati, settle dengan aku.. bukan kereta aku. Faham?" kata Sadree dalam nada biasa.
"Alright... alright. Woi setan! Kerjakanlah dia, nak aku arah lagi ke?" jerkah lelaki itu sebelum berundur ke belakang apabila orang-orangnya mula mendekati Sadree.
Melihat orang-orangnya mula menyerang Sadree, dia pun mengelilingi kereta Sadree. Kepalanya dirapatkan ke cermin gelap kereta.
***
Terketar-ketar Mona yang berada di dalam kereta melihat Sadree yang berusaha melawan beberapa orang lelaki. Ketakutannya bertambah apabila melihat seorang lelaki tiba-tiba mendekatkan wajahnya ke cermin kereta dekat dengan wajah Mona. Nasib baik cermin itu ada menjadi penghalang kalau tak, naya boh.
"Wauhhh... sejak bila dia pandai bawa perempuan pula ni?" kata lelaki itu apabila melihat Mona yang berada di dalam.
Buk! Buk! Cermin kereta Sadree ditumbuknya berkali-kali. Dia mahu membawa gadis itu keluar dari dalam kereta Sadree.
'Perempuan ni mesti penting bagi dia,' bisik hati lelaki itu sambil terus-terusan menumbuk cermin kereta Sadree.
Mahu sahaja Mona menjerit ketakutan saat itu juga. Dia tidak kisah lagi akan lakonannya yang pura-pura bisu itu tapi malangnya, suaranya tersangkut di kerongkong. Entah bala apa yang menimpanya saat ini. Tadi dirempuh oleh Sadree, sekarang ada lelaki gila nak pecahkan cermin kereta Sadree pula.
Ya Allah, selamatkan hambaMu ini...
Prangggg!
Cermin kereta yang ditumbuk bertalu-talu akhirnya pecah. Tersengih lelaki itu memandang Mona sebelum membuka kunci kereta.
"Comel juga kau ni eh... kecik-kecik je. But, now you're mine," bisiknya sambil menarik tubuh Mona keluar dari perut kereta.
Oh takkk... kali ni aku kena juga jerit..! Oh suara, keluarlah kau... tolong bagi kerjasama kat aku.
"Lepaskan dia sebelum kepala kau pecah!" jerit Sadree tiba-tiba.
Happy reading
2|3|2020
![](https://img.wattpad.com/cover/215572611-288-k992489.jpg)
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...