Flashback
"Wei, korang nak buat apa dengan asid tu?" soal Mona kepada Bella yang memegang sebotol asid.
"Nak siram cikgu poyo," jawab Bella selamba.
"Cikgu Syamailiha?" soal Mona menginginkan kepastian.
"Ya," jawab Syai yang berdiri di sebelah Bella.
"Boleh mati cikgu tu nanti wei. Janganlah," halang Mona.
"Biarlah mati. Siapa suruh dia asyik denda kita aje. Ni revenge namanya, revenge atau dendam" kata Anne pula sambil menyentuh botol asid di tangan Bella.
"Tapi janganlah sampai bunuh dia," kata Mona lagi.
Memang Cikgu Syamailiha selalu menghukum mereka akibat masalah disiplin iaitu ponteng, lewat datang sekolah, merokok, tak siap kerjarumah, bergaduh dan macam-macam lagi tapi Mona taklah sampai nak bunuh cikgu muda itu.
"Kau kalau tak nak ikut, diam! Jangan cuba nak menghalang kami," marah Bella.
Mona pun mendiamkan diri. Tak guna halang mereka. Mona memandang Syai. Syai sanggup ke ikut mereka membunuh?
"Err... aku tarik diri. Aku sangka korang cuma simbah asid kat muka dia, bila dengar korang nak bunuh tu aku tak boleh do. Aku tarik diri nak ikut," kata Syai lalu berdiri di sebelah Mona.
"Ok fine. Tapi korang kena zip mulut kalau dengar berita kematian perempuan poyo tu eh. Jangan cuba buka cerita!" kata Anne.
Mona dan Syai berpandangan seketika sebelum masing-masing mendiamkan diri. Tidak menjawab apa-apa. Angguk tak, geleng pun tak.
"Kitaorang nak ke tandas, korang nak ikut?" ajak Mona kemudian.
"Tak," jawab Bella ringkas.
Mendengar itu, Mona dan Syai pun meninggalkan Bella dan Anne di situ. Entah apa yang mereka berdua rancangkan, Mona dan Syai tak nak ambil tahu lagi.
Keesokan harinya,
"Aaaaaaaaaaaaaarghhhhhh...!" jerit Cikgu Syamailiha di hujung blok tingkatan lima tiba-tiba.
Serentak Mona dan Syai berpandangan sebelum turut berlari bersama pelajar lain menuju ke hujung blok dari arah datangnya suara Cikgu Syamailiha tadi.
Kelihatan Cikgu Syamailiha terjatuh di tingkat bawah dengan kepala berlumuran darah. Wajahnya pula kelihatan berasap-asap dan berubah menjadi semakin buruk.
Gara-gara asid.
Sekali lagi Mona dan Syai berpandangan. Mereka pantas berlari ke tingkat bawah dan mendekati Cikgu Syamailiha. Kepala cikgu itu Mona letak di atas ribaannya.
"Saya minta maaf, cikgu..." ucap Mona, pilu.
Dulu dia benci dengan guru ini tapi bila melihat keadaan dia yang seteruk ini, tersayat pula hatinya. Macam tak sanggup nak tengok.
"Tolong cikgu, Mona... Syairah... ini se.. mua kerja Arabella deng... dengan Anne. Tolong cikgu... cikgu tak.. nak mati... lagi...," rintih Cikgu Syamailiha dalam kepayahan.
"Tolong... cikgu...." tidak berhenti Cikgu Syamailiha meminta tolong kepada Mona dan Syai yang pastinya tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
"Tepi!" jerit satu suara garau tiba-tiba.
Tuan Pengetua sekolah aka suami Cikgu Syamailiha dah datang..!
Pantas Mona dan Syai bangun berdiri dan menjarakkan diri mereka.
"Ya Allah...! Mai, kenapa awak boleh jadi sampai macam ni sekali..? Siapa yang buat awak macam ni...?" tangis Tuan Pengetua sepenuh hati buat pertama kalinya.
"Kamu berdua, ikut saya!" arah Tuan Pengetua sambil mencempung tubuh Cikgu Syamailiha yang sudah tidak sedarkan diri menuju ke keretanya. Mona dan Syai mengekori sahaja. Biarlah apa nak jadi, jadilah. Mereka berdua redha untuk terima hukuman.
Vrrrooommm!
Kecut perut Syai dan Mona tika itu kerana ini adalah kali pertamanya Tuan Pengetua bertegas dan benar-benar marah dengan mereka berdua walhal ini bukan salah mereka berdua.
Uhuk! Uhuk!
Cikgu Syamailiha terbatuk-batuk darah dan tiba-tiba...
Burrrrrrrrr...!
Tersembur darah merah pekat dari mulutnya ke wajah dan tubuh Mona dan Syai. Syai yang paling teruk kerana dia yang duduk dekat dengan Cikgu Syamailiha.
Terkebil-kebil Mona dan Syai sebelum masing-masing mengelap darah di wajah.
"Tolong cikgu... Mona... Syairah... tolong cikgu...," rintih Cikgu Syamailiha berkali-kali.
Mona dan Syai kelu. Sudah terlalu lewat untuk menolong kerana Cikgu Syamailiha tidak berhenti memuntahkan darah. Kepalanya juga sama, mengalirkan darah pekat. Seluruh tubuhnya pula tidak dapat digerakkan. Patah, hancur tulang belulang kerana ditolak jatuh dari tingkat lima. Kejamnya Bella dan Anne.
"Tolong cikgu...",
Buk!
Tiba-tiba, tubuh Cikgu Syamailiha terkulai layu. Matanya terbuka besar. Nadi dan jantungnya serentak berhenti berfungsi.
Serentak Mona dan Syai memalingkan wajah ke arah lain. Tidak sanggup melihat rupa Cikgu Syamailiha lagi.
Innalillahiwainailaihirojiun...
End flashback
Happy reading
2|3|2020

ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...