Bangg!
"Erghhh...!"
"Sadree! Kau okey?" jerit Leng seraya berlari mendapatkan Sadree yang terbaring sambil menyentuh dadanya.
Membuak-buak darah keluar dari dadanya hasil terkena peluru lawan.
"Aku okey... erghh...",
"Kau kena bertahan Sadree. Sekejap lagi tamatlah semua ni. Bertahan!" pantas Leng membantu Sadree bangun menuju ke tempat yang selamat.
Didudukan Sadree di kubu pertahanan.
"Kau tunggu sini. Siap semua ni, aku bawa kau ke hospital," kata Leng sambil bersiap sedia dengan pistolnya.
Dia keluar dari kubu pertahanan lalu menyambung membalas serangan pihak lawan. Kali ini pertarungan mereka agak sengit kerana musuh mereka bukan sebarang musuh. Mereka kelihatan lebih bersedia berbanding musuh sebelum-sebelum ini.
Sadree mengerang kecil sambil cuba mengeluarkan peluru yang berada di dadanya. Ini kali pertama dia terkena peluru. Rasanya terlalu berbisa. Lebih sakit daripada segala sakit yang pernah dirasainya sebelum ini.
"Allahuakbar..."
Plak!
Terkeluar akhirnya peluru itu. Tercungap-cungap nafas Sadree. Terasa bagaikan sudah tiba masa roh dan jasadnya berpisah. Darah semakin banyak membuak keluar dari dadanya.
"Erghh..." serta-merta, mata Sadree tertutup lemah.
"Line dah clear, musuh dah tumpas. Sadree... bangun, Sadree. Kau tak boleh mati.. lagi," tersedar Sadree dari pengsannya saat tubuhnya digerak-gerakkan oleh Leng yang tiba-tiba muncul.
"Jom! Jom aku bawa kau ke hospital," pantas Leng memapah Sadree keluar dari kubu pertahanan apabila melihat Sadree masih lagi bernafas. Sungguh dia sangka Sadree sudah tiada tadi.
Lemah benar terasa seluruh anggota tubuh Sadree. Dia berpaut sepenuhnya di tubuh Leng.
Tiba-tiba,
Bangg!
"Sadreeeeeeeeeeeeee...!"
Kau cakap semua musuh dah tumpas, Leng.
***
"Pergilah tengok Sadre, Mon... dia perlukan awak," kata Syai.
"Biarlah dia. Orang ego macam tu tak payah ditengok."
"Dia suami awak, Mon. Syurga awak di bawah telapak kaki dia."
Sungguh berita Sadree ditembak dua kali oleh pihak musuh benar-benar mengejutkan semua orang. Kalau bukan kerana Mujib dan Leng, Syai dan Mona tak akan tahu pasal ni.
Kesian Sadree.
"Pergilah tengok dia, Mona. Betul cakap Syai, Sadree perlukan awak sekarang," sampuk Mujib.
"Dia sayangkan kau, dia turun operasi kali ni pun dia sempat sebut nama kau, cerita pasal kau. Kesian dia, Mona. Apa salahnya kau pergi tengok dia walaupun kau dah tak sayangkan dia lagi," kata Leng pula.
Mona memejamkan matanya seketika.
Siapa cakap aku tak sayangkan Sadree lagi?
Leng yang cakap.
***
Tidak sudah-sudah Mona menangis di sebelah Sadree. Tangan lelaki itu digenggam erat. Sudah masuk hari ketiga, baru Mona pergi melawat Sadree yang masih koma.
"Bangunlah, Sadree... saya masih sayangkan awak... awak jangan pergi dulu..." tangis Mona.
"Saya minta maaf sebab dah sakitkan hati awak... saya tak tahu yang awak pun sayangkan saya selama ni...",
Perlahan-lahan Mona meletakkan tangan Sadree di pipinya.
"Sekarang dah tahu kan?"
Terkejut Mona. Pantas dia memandang wajah Sadree.
Lelaki itu tersenyum manis memandangnya. Walaupun pucat, tapi handsomenya tetap ada.
"Awak dah sedar...," air mata Mona mengalir semula. Dipeluk kejap tubuh Sadree sebelum di meleraikannya cepat-cepat.
"Saya panggilkan doktor," kata Mona lalu keluar memanggil doktor dengan hati tidak sudah-sudah mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana masih membenarkan Sadree untuk hidup di dunia ini.
***
Sebulan kemudian,
Mona yang berdiri di balkoni rumah didekati.
"Menungkan apa?" tanya Sadree.
Mona menggeleng lalu memandang Sadree. Tangan lelaki itu dicapai lembut.
"Saya minta maaf sebab pernah sakitkan hati awak, tuduh awak bukan-bukan, itulah, inilah... sekarang saya menyesal. Maafkan saya ya?" pinta Mona, lembut sambil membawa tangan Sadree ke pipinya.
Sadree tidak membalas apa-apa. Tangannya ditarik perlahan sebelum tubuh Mona ditenggelamkan di dada bidangnya. Mona membiarkan. Tenang pula hatinya berada dalam pelukan lelaki bernama Muhammad Ishraf Sadree.
"Aku maafkan kau dan sebenarnya aku tak pernah ambil hati dengan apa yang kau buat selama ni. Aku terima semuanya sebab..." Sadree gantungkan ayatnya seketika. Pelukan semakin dikemaskan.
"Aku sayang kau. Aku bukan lelaki jenis sweet talker sebab tu aku tak pernah luah perasaan aku kat kau. So, hari ni aku nak luah. Masa aku jadi murid baharu kat sekolah kau dulu, aku tersukakan kau. Tak sangka aku jumpa kau balik masa kau SPM, yang aku terlanggar anjing tu hahaha... dan aku pula budak STP masa tu. Aku rasa kau memang berjodoh kuat dengan aku sebab tu aku terus lamar kau guna abah. Tak sangka abah pun suka aku jadi menantu dia, mama pun sama dan begitulah ceritanya...",
Mona mengherotkan senyuman nipis.
"Memang bukan sweet talker," komen Mona.
"Yups! But, i'm perfectly sweet in another side especially on bed side," kata Sadree sambil mengenyitkan matanya.
"Ishh... baru sembuh dah nak? Gatalnya."
"Kita tak 'pernah lagi' kan?" makin mengada Sadree mengusik.
Mona terdiam. Sesungguhnya dia belum bersedia lagi hendak melakukan 'itu' dengan Sadree.
"Aku gurau jelah. Jom masuk tidur, dah lewat ni."
"Sadree...",
"Erm?" sahut Sadree.
"I love you."
Terkedu Sadree sebelum mengusap kepala Mona.
"I love you more than you are," balas Sadree.
Mereka berbalas senyuman. Akhirnya cinta Mona berbalas jua. Tak sia-sia dia cintakan Sadree selama ini.
Kesimpulannya, Haiqal telah dimasukkan ke dalam penjara kerana disyaki adalah kepala kepada mereka yang menembak dan menyerang Sadree and the gangs tempoh hari.
Damia pula dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana mengalami tekanan jiwa kerana Haiqal tidak menerima cintanya.
Syai dan Mujib dah bahagia.
Leng masih solo.
Madihah pula menyambung pelajaran di Jordan.
- TAMAT -
11|3|2020#menulis hanya untuk suka-suka
- TicoBabe -
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...