Jarum jam sudah menunjukkan angka satu pagi namun mata Haiqal masih belum mahu bertutup.
Haiqal meraup wajahnya seketika. Bayangan wajah Mona semakin menyesakkan mindanya. Tidak disangka gadis itu muncul semula ke dalam hidupnya sekali lagi.
Sekali lagi.
Mona Aisha atau nama pendeknya Mona merupakan bekas kekasihnya lima tahun yang lalu. Gadis itu semakin cantik dan comel. Hilang terus wajah dan perangai keanak-anakannya dulu.
Haiqal mendengus. Entah apa yang merasuknya untuk bertemu dengan gadis itu sejak kebelakangan ini. Adakalanya Haiqal akan memerhatikan Mona dari jauh tapi gadis itu tidak sedar.
Kenapa awak muncul balik?!
Flashback awal pertemuan Haiqal dan Mona :
Lima tahun yang lalu,
"Berhenti!" tegas sungguh Haiqal menyuruh seorang pelajar perempuan free hair dengan gaya uniform sekolah singkat. Dah tu tak pakai stoking lagi.
"Apa?" soal pelajar perempuan itu, kasar sambil memandang tajam ke anak mata Haiqal.
Haiqal kaku. Pandangan mata pelajar perempuan itu menjadikan dia tiba-tiba jadi gugup.
Kenapa dengan kau ni, Haiqal...
Kau tak boleh jadi macam ni.
"Bagi nama!" kata Haiqal tegas.
"Aishamona Nawab," sebut si pelajar perempuan dengan lancar.
"Kelas?"
"3 Alpha. Anak sulung dari dua beradik, tinggal Kampung Langsat simpang 2. Ada apa-apa lagi?" soal pelajar perempuan itu selamba.
Haiqal mengetap gigi dalam diam. Kalau pelajar lain, pasti dah kena tumbuk ni tak kira pelajar perempuan atau lelaki tapi dengan pelajar ni... Haiqal jadi bodoh pula.
Kenapa eh...
"Kenapa lambat?" soal Haiqal.
"Kereta abah saya rosak tengah jalan jadi saya terpaksa sambung perjalanan nak sekolah dengan berjalan kaki. Apa lagi?"
"Awak boleh masuk kelas," arah Haiqal, malas betul dia dengan pelajar perempuan banyak cakap ni.
"Terima kasih. Awak sangat baik," ucap pelajar perempuan itu lalu meninggalkan Haiqal yang terpinga-pinga sendiri.
"Awak sangat baik."
"Aku baik ke?" soal Haiqal kepada dirinya sendiri.
"Dah kenapa cakap sorang-sorang?" tegur rakan setugasnya menjaga pagar sekolah pagi ini.
"Kau diamlah!" marah Haiqal.
Haih. Tiba-tiba hangin...
End flashback
***
"Mona" sebut Haiqal sambil mendekati Mona yang sudah berada di tingkat paling bawah.
Dari tadi dia menunggu gadis itu keluar apabila jarum jam sudah menunjukkan angka 11 pagi, waktu untuk Mona pulang ke rumah.
Mona yang berjalan laju terus memberhentikan langkah kakinya. Dia berpusing menghadap Haiqal.
"Encik. Ada apa ya?" tanya Mona kepada Haiqal yang sudah berada di hadapannya.
"Balik naik apa?"
"Bas. Kenapa?" tanya Mona balik.
"Hari ni, biar saya hantar awak balik," kata Haiqal tanpa mempedulikan pertanyaan Mona.
"Tak apa, encik. Tak apa.." tolak Mona kalut.
Sekarang ni office hour, mana boleh Haiqal keluar. Walaupun dia CEO syarikat, dia tak patut keluar sesuka hati. Disiplin mana disiplin...
"It's okey, hari ni je. Lagipun saya nak balik sekejap kat rumah. Ada fail tertinggal," kata Haiqal.
Bukan ada fail tertinggal bebetul pun. Dia saja bagi alasan macam tu sebab dia tahu Mona akan tetap menolak kalau tak ada alasan munasabah. Dia kenal gadis ini... terlalu kenal.
"Oo... kalau macam tu, baiklah" kata Mona akhirnya.
Rezeki jangan ditolak...
"Jom?" ajak Haiqal sambil mula membuka langkah menuju ke arah keretanya Honda Civic ala-ala racing car. Kereta orang berada katakan.
Bulat juga mata Mona memandang pada awalnya kerana dia suka kereta tu sejak dahulu. Tapi dia tahu, dia tak akan mampu nak beli.
"Masuklah," pelawa Haiqal yang sudah pun membukakan pintu kereta untuknya.
Hak oi.. rasa macam princess pula dilayan macam ni.
Mona tersenyum nipis lalu memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Dalam hati, malu pula dia mengingatkan yang dia tadinya duk sibuk ternganga-nganga dengan mata sekejap kecil sekejap besar merenung kereta Haiqal.
Moga Haiqal tak perasan itu.
Setelah Haiqal menutup pintu kereta untuk Mona, dia terus masuk dan duduk di bahagian driver pula. Enjin kereta dihidupkan lalu dengan perlahan Haiqal membawa keretanya meluncur meninggalkan kawasan itu menuju ke lebuh raya.
Happy reading
1|3|2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...