BIBIR diketapnya sekuat yang mungkin. Kelopak mata juga dipejam saat dia cuba menyapu ubat pada lengan kanannya yang berbirat lebam. Pedih tak terkata untuk aku gambarkan sakitnya. Air mata yang mengalir aku biarkan menitis jatuh.
Cermin solek dihadapannya ditatap buat seketika. Entah mengapa hati ini tiba-tiba terasa sebak melihat wajah sendiri yang penuh dengan lebam.
"Ya Allah.. ini bukan diri aku.. " rintih Ain Suraya, menunduk kesal memandang lantai. Suasana yang sepi ini membuatkan dia kembali teringat tentang kejadian semalam.
"Ke sini kau! Ikut aku!" gertak Fajar, menarik kasar tangan gadis itu ke bilik. Menggigil tubuh Ain Suraya melihat wajah ketat lelaki itu. Apa pula salah aku kali ini?
"Abang kenapa ni? Tolong jangan apa-apakan Suraya, bang! Apa salah Suraya? Kalau Suraya ada silap, bagitahulah Suraya.. jangan buat Suraya macam ni bang.." rintih Suraya.
"Apa salah kau ek? Ini salah kau!" bentak Fajar, terus menolak kasar tubuh gadis itu jatuh tersungkur ke lantai. Semakin berdebar jantung Ain Suraya apabila melihat lelaki itu mencapai tali pinggang yang tergantung dibelakang pintu.
"Ab.. Abang.. "
"Kau ingat aku ni pekak ke? Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau pergi mengadu dekat jiran yang aku keluar dengan perempuan lain, kan?! Eh, tolong sedar sikit ek. Aku kawin dengan kau pun atas sebab bapak kau yang merayu dekat aku suruh jaga kau! Bukan sebab aku cintakan kau!"
"Sum.. Sumpah bang.. demi Allah Suraya tak pernah cerita pasal abang dekat jiran. Apatah lagi pasal perempuan tu. Suraya tak kesah pun kalau abang nak keluar dengan dia.. suraya langsung tak kesah, bang. Asalkan abang jaga Suraya itu pun dah cukup bagi aya, bang." rintih Ain Suraya, dengan suraya yang bergetar ketakutan.
Berjurai air matanya mengalir keluar, namun sedikit pun Fajar tidak kesah. Senyuman sinis dilemparkan pada gadis itu.
"hei, aku tak bodoh tau! Perempuan macam kau ni cuma tahu nak buka aib suami dekat orang lain! Kau ni kalau sehari tak buat aku marah memang tak sah kan?!" soal Fajar, mencengkam kasar rambut Ain Suraya daripada belakang sehingga gadis itu terdongak memandangnya.
"sa.. sakit bang.."
"Sakit? Betul sakit?"
"Be.. Betul abang.. "
"ini belum sakit lagi. Tapi ini baru sakit!"
BUK!
satu tumbukan kuat dihayunkan tepat pada wajah gadis itu. Bibir dikemamnya menahan perit sakit pada bahagian bibirnya yang pecah."Argh!" jeritan kecil terdengar saat tali pinggang kulit dilibas pada bahagian lengan dan juga pinggangnya berkali-kali. Sakitnya waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Menitis air mata Ain suraya apabila teringat tentang kejadian perit itu. Kalau boleh aku nak lupakan sekarang juga! Tapi.. aku tak boleh. Aku lemah.
"Suraya!" jerit Fajar daripada jauh menyentakkan gadis itu. Lantas, dia mengesat air mata yang melekat pada pipinya sebelum bangun berlari ke tingkat bawah.
Air liur diteguknya dahulu apabila melihat wajah ketat lelaki itu membuka tudung saji. Alamak! Aku lupa nak siapkan makan tengah hari. Macam mana aku boleh lupa ni? Soal Ain Suraya didalam hati.
Kepala ditundukkan ke bawah apabila Fajar mula memerhatikannya dengan jelingan tajam.
"mana makanan tengah hari aku?" Soal Fajar dengan nada serius.
"Su.. suraya lupa nak masak, bang. Abang bagi Suraya lima minit untuk siapkan makan minum abang.." rayu Suraya dengan nada getar.
"Lima minit? Kau tahu kan yang aku dah lambat pergi kerja? Kau sengaja nak balas dendam pasal semalamkan?" Tuduh Fajar, pantas Ain Suraya menggeleng menafikannya.
"tak abang. Sumpah, aya tak ada niat nak balas dendam. Abang bagi Suraya lima minit ek.."pinta Suraya.
Fajar hanya menjeling. Dia terus mengatur langkah ke pintu utama. Bahu gadis itu dilanggar kasar dengan sengaja sehingga Ain suraya terundur beberapa tapak ke belakang.
"Tak payahlah masak. Aku makan dekat luar lagi sedap! Tengok muka kau dekat sini pun dah menyampah. Batal selera aku nak makan!" sinis Fajar.
Ain suraya hanya mendiamkam diri. Helmet diatas motor dicapai fajar, sebelum dia memakainya.
"Ab... Abang. Barang dekat dapur sekarang tak banyak dah dalam peti ais tu." ujar Ain Suraya setelah lama mendiam.
"habis? Kau nak suruh aku belikan untuk kau?" soal Fajar. Pantas gadis itu menggeleng kepala.
"Then? Tak reti pergi pasar sendiri? Huh?"
"Bu.. Bukan macam tu. Pasar kan jauh? Suraya mana reti bawa kereta."
"kau ada kaki kan? Jalan kaki aje lah! Takkan itu pun aku nak kena ajar? Tak pun, kau pandai-pandailah tahan mana-mana teksi dekat kawasan ni. Aku dah lambat!" degus Fajar.
Suraya hanya mengangguk perlahan. Nak bantah pun tak berdaya. Nampaknya, pergi pasar jalan kakilah jawabnya. Keluh Suraya didalam hati.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...