SECARIK senyuman ditayang Puan Siti sambil dia melangkah kaki menuju kearah suaminya yang sedang mengemas baju untuk minggu hadapan. Ruang kosong disebelah Encik Aman menjadi tempat dia melabuh punggung.
Baju yang berada diatas riba suaminya dicapainya, lalu dilipat dengan kemas.
"Ini kerja sayalah, bang. Nak jumpa menantu takkan sampai macam ini punya excited? Lambat lagi kan untuk kita bertolak ke sana?"
"ish, abang tahulah tapi abang ni rindu sangat pada Suraya. Apa salahnya kalau abang excited? lagipun Suraya itu anak abang kan?" ujar Encik Aman.
Puan Siti hanya mendiam. Sekilas gambar Suraya yang berada didalam bingkai kaca dicapainya. Senyuman nipis dicariknya saat melihat wajah Suraya yang seolah-olah memandangnya. Entah kenapa hatinya kini sebak melihat wajah gadis itu.
Encik Aman mengerut kening setelah melihat puan siti berdiam hampir beberapa minit. "awak kenapa ni?" Soal Encik Aman.
Puan siti mengeluh kecil. "saya masih tak boleh maafkan kesalahan saya pada dia, bang. Saya teringat waktu malam kejadian tu. Kalaulah saya tak tinggal dia seorang diri didalam rumah, pasti perogol tu takkan dapat pecah masuk rumah kita." ujar Puan siti.
Dia kembali teringat tentang kisah lama yang telah menimpa Suraya dahulu. Kalau dia lambat seminit waktu itu, pasti perogol itu sudah dapat merogol Suraya. Elok sahaja puan Siti tiba dirumah, Suraya sudah terbaring diatas lantai.
"Haih, awak ni... benda dah lepas kan? Untuk apa awak ingat kembali benda tu? Perogol itu pun sah sah dah lari jauh daripada sini!"
"Saya tahu, bang... Cuma, saya susah nak lupakan semua tu. Tapi alhamdulillah Fajar ada. Kalau dia tak sudi nak jaga Suraya, apalah yang kita mampu buat kan bang?" ujar Puan siti.
Encik Aman mengangguk setuju. "Fajar tu baik orangnya. Saya pasti keadaan Suraya sekarang selamat dengan dia. Kita ini cuma tunggu cucu aje daripada dia orang..."
"Betul tu, bang. Saya pun rasa Suraya bahagia dengan dia. Pandai abang carikan calon suami untuk anak kita." puji puan siti.
Encik Aman hanya membalasnya dengan senyuman nipis. Bingkai gambar tadi diletakkan kembali keatas meja solek sebelum puan Siti bangun melangkah keluar daripada bilik itu.
BANGKOK, THAILAND.
"aku terima nikahnya Ain Suraya binti Mohamad Aman Zainudin dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
Hanya dengan sekali lafaz, Ain Suraya kini sudah bergelar isteri yang sah kepada Shahrin Haider Amar Rayden Karl. Ayahanda yang menjadi saksi pernikahan mereka, hanya mampu tersenyum bahagia. Begitu juga Azim dan Kazam.
Setelah semuanya selesai, mereka pun mengangkat kaki keluar daripada masjid itu. Terhegeh-hegeh Suraya berlari mendapatkan Shark yang sudah jauh ke hadapan.
Lengan kanan lelaki itu dipeluknya erat, membuatkan langkah Shark terhenti dihadapan tangga. Keluhan kecil dilepaskan perlahan sebelum dia menoleh kearah Suraya yang menayang senyuman padanya.
"Kau buat apa ni?" Soal Shark sambil matanya mengerling kesetiap sudut kawasan itu memastikan ayahanda, kazam dan azim tidak melihat kearah mereka.
"Peluklah. Apa lagi? Awak kan suami Suraya?"
"Haih, kau ni... aku tahulah sekarang kita dah halal, tapi kau tak payahlah nak merenyam macam ni. Aku pun tak over tahu? Malulah sikit orang tengok... " ujar Shark separuh berbisik.
Suraya mencebik bibir. "biarlah orang tengok. Kalau dulu yelah malu, tapi sekarang dah tak perlu lagi." balas Suraya, sambil dia mengerdip matanya berkali-kali.
Malah Shark hanya menjeling. "Perempuan ni karang ada juga yang makan kasut aku kejap lagi!" desisnya perlahan, cukup untuk dia sahaja yang mendengarnya.
"Apa dia?"
"Tak ada apa." bohong Shark.
"Ermm... Kalau suraya nak panggil abang, abang boleh tak?"
"Tak boleh."
"kenapa tak boleh?"
"Sebab aku tak suka."
"kenapa awak tak suka?"
"Sebab nanti jatuh maruah aku."
"apasal jatuh pula?"
"Sebab dapat isteri macam kau! Sudah, lepas! Aku nak pakai kasut ni... Karang kasut ni tak ke kaki, dia ke muka kau." Sindir Shark.
Dia merentap kasar lengannya yang dipeluk tadi sehingga terlepas daripada pelukan gadis itu. Suraya mencebik bibirnya dan memeluk tubuh.
"Nak manja sikit pun tak boleh... " rungutnya perlahan.
Shark menyapu sedikit anak tangga yang sedikit berdebu sebelum dia melabuh punggung disitu. Kasut kanvas yang tersusun dirak kasut dicapai lalu disarung pada kedua belah kakinya. Tali kasut yang terlerai diikatnya kembali dengan ketat supaya tidak longgar.
"Dah, jom..."
Baru sahaja Shark hendak melangkah, tangannya sudah ditarik laju oleh Suraya. Sekali lagi Shark mengeluh untuk ke sekian kalinya.
"apa lagi kau nak?" Soal Shark, dingin.
"Kasut tu... " rungutnya manja, menunding jari kearah kasut selipar merah jambu yang berada ditangga.
"Kenapa dengan kasut tu?"
"Pakaikan lah..."
"Amboi, banyak cantik muka kau? Kau ingat aku ni apa? Bodyguard kau ke yang kena buat semua benda? Aku bagi karang baru tahu!" herdik Shark, geram.
Acah-acah seperti ingin menyigung wajah gadis itu. Suraya mencebik bibirnya dan menunduk kepala ke bawah.
"Kita gurau aje... " rungut Suraya, manja.
"Banyaklah kau punya gurau. Cepatlah pakai kasut tu! Aku dah panas dah ni pakai baju melayu. Seumur hidup aku, aku tak pernah pakai macam ni kau tahu tak? Ini semua disebabkan kau aje aku terpaksa pakai!"
"Eleh, tak pernah pakai konon... takkan waktu awak kecil dahulu tak pernah beraya? Cakap ajelah awak malu mengaku sebab awak itu mafia!"
"Eh, kau elok sikit ek. Aku waktu kecil dahulu dah dididik jadi taiko kau tahu? Tak ada masa nak beraya sakan macam budak-budak lain! Tapi bila jumpa kau ni entahlah... aku pun tak tahu nak cakap macam mana." ujar Shark.
Suraya tertawa kecil. Nampak sangat mamat ni takut dengan aku!
"awak kecut dengan saya ek?" teka Suraya.
"Aku? Aku kecut dengan kau? Tak kuasa aku nak kecut dengan perempuan macam kau. Aku ni boleh aje nak belasah kau, cuma... kau bukan lawan aku untuk aku cari gaduh."
"Hek eleh, yelah tu... "
"Betullah. Dah, cepat pakai kasut tu! Kesian ayahanda dah tunggu lama dalam kereta. Nak tunggu kau pun hampir setengah jam!" sindir Shark.
Suraya mencebik bibirnya. Kasut selipar merah jambu disarungnya, sebelum dia melangkah kearah kereta alphard hitam yang terparkir dihadapan pagar masjid.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...