DULANG bersisi segelas air susu bersama beberapa keping biskut dibawa menuju kearah ruang tamu. Senyuman nipis diukir Suraya saat dia melihat figura Shark sedang duduk disitu menonton cerita aksi. Dia meletakkan dulang itu keatas meja sebelum melabuh punggung disebelah suaminya. Sesekali dia menoleh kearah televisyen yang menayangkan aksi pembunuhan kejam sebelum dia berpaling kearah Shark.
"Saya ada bawa susu dengan biskut, makanlah..."
"Kau ingat aku ni budak-budak ke tiap-tiap malam kena minum susu dengan makan biskut? Hidanglah makanan yang menarik sikit, burger ke? Nasi ayam ke? Barulah berselera sikit tekak aku nak makan."
"Tapi ayahanda cakap awak... "
"Hish, aku kata tak nak kan? So tukar aje lah makanan lain. Susah sangat ke permintaan aku tu? Dah, pergi! pergi! ambil makanan tu sekali bawa ke dapur!" herdik Shark. Dia menepis sedikit dulang itu ke tepi.
Kecil sahaja pandangan Suraya memandangnya. Mahu sahaja dia mencekik lelaki disebelahnya itu, tetapi apakan daya aku tak mampu. Apalah sangat tangan aku ni nak cekik dia? Silap-silap aku cekik dia bukan dia yang mati, tapi aku yang mati dulu!
"mengada awak ni tahu tak? Kawin lain nanti baru tahu! Heh!" bentak Suraya, sebelum dia bangun mengangkat dulang itu ke dapur semula.
Shark mengerut kening. Kepalanya tergeleng memandang figura gadis itu daripada belakang yang semakin lama semakin hilang daripada pandangannya.
"ada hati nak kawin lain... siapa suami siapa isteri sekarang ni? Kalau tak kerana aku, tak adanya kau tinggal sini!" gumam Shark perlahan. Geram. Dia menjeling sebelum tangannya merayap ke belakang pinggangnya mencapai senaskah buku yang disorokkan tadi.
Senyuman sinis terukir dibibirnya, sambil jari jemarinya sibuk mencari muka surat yang dibaca tadi. Helaian muka surat bertanda menjadi sasarannya. Anak matanya bergerak-gerak membaca ayat yang tercetak diatas kertas itu.
"membuat kejutan pada isteri contohnya mendukung atau menggendong isteri adalah satu perkara yang boleh membuatkan hati si isteri cair."
Shark mengerut kening. Dia kembali menutup buku itu dan mengusap dagu memikirkan ayat yang dibacanya tadi. Biar betul buku ni?
"gila payah nak jadi sweet sampai kena main angkat-angkat. Kalau ringan tak apalah juga. Ini berat macam gajah, buat patah pinggang aku sahaja!" desisnya perlahan.
Dia kembali membuka buku itu dan mencari muka surat yang lain. Kini halaman muka surat 45 pula menjadi sasarannya.
"mencium isteri secara mengejut akan membuatkan si isteri ketawa dan merasa malu. Ia juga akan membuatkan hati si isteri bahagia."
Buku ini memang sengaja nak kenakan aku ke apa ni? Azim dengan kazim ini betul-betul cari fasal dengan aku! Lain yang aku suruh cari, lain yang mereka beli!
"Kau agak-agaklah nak aku cium dia! Aku peluk pun tak pernah, inikan cium? Jatuh nama Shark aku nanti kau tahu tak? Tapi... memang itu pun aku idamkan. Asyik terliur pun tak guna juga, betul tak? Sesekali buat apa salahnya kan? Aku kan suami dia?" ujarnya, dan tersenyum nakal.
Buku nota kecil yang berada disebelah kiri dicapainya bersama pen biru. Pantas dia mencatat ayat itu sebagai tips yang ke 21. Tanpa sedar Suraya sudah berada dibelakangnya. Dia menjenguk sedikit kepala dan mengecilkan pandangannya membaca tajuk yang tertera pada buku itu.
"cara-cara memikat hati isteri? What?!"
PRANGGG!!!
Dulang yang digenggam Suraya dilepaskan jatuh ke lantai tanpa sengaja. Tersentak Shark dibuatnya, pantas dia mengambil buku dan bangun memusing memandang Suraya yang tercengang disitu. Buku tadi disorokkan ke belakang tubuhnya.Alamak! Dah kantoilah pula!
"aw... awak... awak nak pikat saya?"
"Mana ada! Kau merepek apa ni?"
"Habis buku tu?"
"Aku cuma study sahaja, salah ke kalau aku nak baca buku macam ni? Bukannya aku nak pikat kau pun! Jangan perasanlah!" bentak Shark, menafikannya.
Suraya mengangkat kening sebelahnya. Boleh percaya ke mamat jerung ni? Tak pernah-pernah lagi aku tengok dia baca buku sebelum ini.
"mencurigakanlah awak ni... "
"tak payah nak curiga sangatlah! Mana susu dengan biskut aku?"
"eh, tadi awak juga yang suruh saya tukar? Saya masakkan awak nasi lauk ayam masak lemak cili api. Tapi itulah... dah jatuh." rungut Suraya sambil dia tersengih menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aku tak sengaja nak jatuhkan dulang tadi. Yelah, terkejut punya fasal!
"hish, kau ni... aku suruh kau buat benda simple pun susah ke? Sudahlah! Kemas balik makanan tu, ambil biskut dengan susu tadi bawa masuk bilik."
"laa... tak nak tengok cerita aksi awak tu ke?"
"Dalam bilik pun ada tv!" cantasny laju. Dia menjeling anak mata kearah Suraya sebelum melangkah pergi daripada situ. Suraya mencebik bibirnya dan memeluk tubuh.
"baca tajuk pun nak marah! Cakap aje lah nak pikat aku, itu pun susah ke? Perangai ego tak habis-habis. Baik aku kawin dengan ayahanda aje kalau macam ni... ayahanda lagi sweet! Tak ada marah-marah macam ni. Tak pun... cari lelaki lain!"
"Kau cakap apa tadi?" Celah Shark. Menghentikan langkahnya.
"Tak ada apalah... Heh!" sinis Suraya, Acah-acah seperti merajuk dan berpaling ke lain. Shark tersenyum menyenget. Dia kembali mengatur langkah ke arah Suraya. Kedua belah tangannya mencekak pinggang sambil sebelah keningnya dijongket keatas.
"mencium isteri secara mengejut akan membuatkan si isteri ketawa dan merasa malu. Ia juga akan membuatkan hati si isteri bahagia."
Ayat tadi kembali bermain difikirannya. Dia mengangguk perlahan.
cupp!
Suraya tersentak buat seketika saat merasakan pipinya disapa sesuatu. Hatinya sudah mula berdetak laju. Terus pandangan dialih kearah Shark. Tak tahu nak senyum ke nak apa sekarang ni? Ini Shark ke belut?
"Aku tak marah kau. Jangan cari lelaki lain." ucapnya serius sebelum dia kembali menyambung langkah naik ke tingkat dua. Suraya hanya mengangguk sambil menayang senyuman manis dibibirnya. Terasa longgar sudah lutut aku ini!
"thats my husband, yaw! Baby shark dodo! Ouhyeah!"
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...