35

127K 8.1K 1.4K
                                    

SEGELAS cawan air putih diletakkan diatas meja. Kerusi malas yang berada dibelakangnya menjadi tempat dia melabuh punggung. Beberapa biji ubat antipsikotik dicapainya, lantas dimasukkan ke dalam mulut. Berkerut dahinya menahan rasa kelat ubat itu apabila ditelan. Cepat-cepat dia meneguk air putih itu menghilang rasa kelat ditekak.

Tak sampai beberapa minit, rasa kelat itu pudar. Setiap kali dia menelan ubat ini pasti dia akan teringat tentang Suraya. Mungkin ubat ini ada tinggalkan kenangan aku dan gadis itu.

"Awak kena makan ubat ni ikut masa yang ditetapkan. Jangan ambil berlebihan pula, saya takut nanti kalau awak sakit." pesan Suraya, dengan nada lembut. Beberapa biji ubat diletakkan diatas telapak tangan lelaki itu.

Lambat-lambat Haidin mengangkat wajah memandang Suraya yang duduk dihadapannya. "Aku boleh tenang dengan ubat ni? Kau yakin?"

"tentulah saya yakin. Kenapa? Awak was-was nak percayakan saya?" soalan dibalas soalan.

Haidin menggeleng perlahan. Bukan itu yang dia maksudkan. "aku boleh tenang tanpa ubat ni kalau kau sentiasa ada dekat dengan aku." ujar Haidin, serius.

Suraya tertawa kecil. Tergeleng kepalanya memandang Haidin dihadapannya.

"awak ni pandai berguraulah Encik Haidin. Tak apalah, nanti saya kembali ke sini semula. Saya nak melawat pesakit yang lain pula." pinta Suraya, lantas dia bangun menuju ke arah pintu utama.

Haidin mula tidak keruan. Dia terasa gelisah saat melihat gadis itu berlalu meninggalkan dia disitu keseorangan. Tanpa membuang masa, dia terus bangun berlari mengejar langkah Suraya.

PAP!
Suraya tersentak saat jalannya dihalang oleh Haidin. Sebelah tangan lelaki itu melekap pada dinding. Anak mata mereka kini saling bertentangan. Suraya tergamam sejenak.

"Doktor Suraya... "

"Tak apa, nurse." halang Suraya, apabila jururawat wanita itu cuba untuk menghampiri mereka. Dia tahu, jika dia mendekati Haidin pasti Haidin bakal naik minyak.

"kenapa, Encik Haidin?" soal Suraya.

"Panggil aku abang."

"huh?"

"Aku nak kau panggil aku abang. Aku nak jadi suami kau. Kau baik, tak macam perempuan yang aku kenal sebelum ni. Bila aku jumpa kau, baru aku sedar... yang jiwa aku masih belum mati." ujar Haidin.

Suraya terdiam buat beberapa minit. Tak lama selepas itu dia mengukir senyuman. Kepala dianggukan perlahan.

"Kalau macam tu, awak kena keluar daripada tempat ni. Saya nak tengok awak sihat. Saya tak nak tengok awak bunuh orang lagi, saya tak nak awak pukul sesiapa pun. Kalau awak sahut cabaran saya, saya akan panggil awak abang."

"Kau janji?"

"Ya, saya janji. Boleh saya pergi sekarang?" soal Suraya. Dia mengangguk dan tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia menarik semula tangannya yang menghalang jalan Suraya.

"Bos," celah seseorang, mematikan lamunannya. Terus Haidin memusing ke belakang memandang Jack yang tercungap-cungap kepenatan.

"Kenapa dengan kau ni?"

"Shark, bos. Dia datang nak jumpa bos. Kita orang dah cuba halang dia tapi tak boleh. Dia berkeras juga nak jumpa."

"Budak ikan ni memang tak habis-habis menyusahkan hidup aku." sinisnya, geram.

Dia terus bangun daripada kerusi malas itu, melangkah keluar menuju kearah halaman rumahnya. Senyuman menyenget dicariknya saat dia melihat figura Shark bersama kuncu-kuncu yang berdiri teguh dibelakang lelaki itu.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now