8

159K 9.4K 2.1K
                                        

SEPUCUK pistol diatas meja dicapainya lalu disimpan ke belakang seluarnya. Jaket kulit yang dipakainya ditarik sedikit ke bawah menutup bahagian pistol yang terdedah. Dia membetulkan sedikit rambutnya yang serabut sebelum melangkah kearah pintu.

Tak sampai beberapa langkah dia terhenti sejenak. Kalau Suraya nampak aku nak keluar nanti mesti dia nak ikut, jadi aku kena keluar senyap-senyaplah jawabnya.

Perlahan-lahan tombol pintu dipulasnya sebelum dibuka separuh. Dia menjenguk kepala ke luar, mencari kelibat Suraya disekitar situ. Tiada.

"Cantik!" ucapnya, perlahan. Lantas dia melangkah keluar daripada bilik itu dan memecut lari kearah pintu utama. Kunci kereta dan topi dicapainya, sebelum masuk kedalam perut kereta.

Cepat-cepat dia menghidupkan enjin kereta, takut jika Suraya melihatnya.

"Mak saya pesan biar lambat asal selamat. Awak nak ke mana tergesa-gesa ni?" tegur Suraya yang duduk dikusyen belakang.

Shark terkedu sejenak. Lambat-lambat dia memusing ke belakang memandang Suraya yang tersengih menampakkan giginya. Keluhan kecil dilepaskan perlahan. Macam mana pula minah ni boleh terlepas masuk dalam kereta aku ni?

"bila masa kau masuk, huh?" soal Shark, dingin.

"Ermm... dalam lima minit yang lepas." balas Suraya, dengan menayang senyuman lebar dibibirnya.

Dia tahu jika dia lambat pasti lelaki ini akan tinggalkan dia seorang diri didalam rumah ini. Sebelah tangan Shark menepuk dahinya, rasa hendak menangis pun ada.

"Aku nak pergi kerjalah, boleh tak kau faham? Bukannya aku nak tinggalkan kau sampai bila-bila pun!"

"Tak nak... saya nak ikut juga!" Degus Suraya, masih tidak ingin mengalah.

Shark mula merengus geram. Kedua belah tangannya mengenggam kuat stereng kereta. "ish, kau ni... susah betullah! Kalau aku cakap dengan binatang pun, dia faham tahu?! Engkau ni aje spesies ganjil yang tak faham bahasa!"

"Saya fahamlah. Awak yang tak faham saya! Saya kata nak ikut, nak ikutlah. Awak tak boleh nak halau saya!"

"masalahnya aku nak pergi kerja!"

"masalahnya saya nak ikut awak!"

"ergh!!" Shark merengus geram. Rasa seperti ingin carik-carikan sahaja wajah gadis itu kalau boleh. Makin lama makin gila dia didalam kereta!

Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus keluar. Dia cuba untuk menenangkan dirinya untuk seketika.

"fine. Kau boleh ikut aku tapi kalau apa-apa jadi dekat kau, kau tanggung sendiri! Faham?!"

"Faham, bos!" balas Suraya, sambil dia menabit tangan didahi. Malah Shark hanya menggeleng perlahan. Letih kalau begini tiap-tiap hari dia kena melayan gadis sewel ini!



MUZIK rancak kedengaran kuat memenuhi ruang kelab malam. Air minuman syaitan yang terhidang diatas meja dicapai segelas lalu diteguk laju. Sekilas jam ditangannya dipandang sejenak.

"Mana bos kau ni tak sampai-sampai lagi, zam? Dia tak nak duit ke?" Soal Rayden. Sebelah tangannya memeluk erat gadis seksi disebelahnya. Kazam pula hanya membalasnya dengan menjongketkan kedua-dua belah bahunya.

"Entahlah, Rayden. Selalunya awal sahaja dia sampai, mungkin sebab perempuan tu kot?" balas Kazam.

Rayden mengerut kening. "perempuan? Perempuan mana?"

"Suraya. Bos kutip dia dekat lorong. Kita orang tengok dia macam lurus bendul sedikit."

"Kenapa Shark bawa balik dia? Dia nak jual ke?" soal Rayden, lagi. Azim mencebik bibirnya, dia pun tidak tahu apa tujuan Shark membawa Suraya pulang ke rumah.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang